Thursday, January 10, 2013

BABYWEARING : Baby Pouch #1

Salam,

Dalam entry ni CR ada share tentang babywearing which is baby pouch.  Atas permintaan sahabat CR, I would like to share some info about baby pouch.  Actually, leh je google senang nak dapat info.  Tapi apalah salahnye jika dikongsi di blog ni untuk rujukan CR juga nanti:)

ada beberapa jenis babywearing ni which are Baby Pouch, Sling Ring, Soft Structured Carrier, Mei Tai dan tu je kut yang glamour sepanjang pembacaan CR.

Tapi CR nak fokus on Pouch.

Kalau google, di Malaysia tak ramai yang pakai or share about pouch.  Ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya

  • kalau nak guna pouch, mesti mendapatkan saiz yang betul untuk menjamin keselesaan kepada bayi yang dikendong juga kepada ibu yang mengendong:)
  • sesuai untuk saiz yang terhad (sebab menggunakan sebelah bahu, kalau berat baby dah bertambah, sakitlah bahu,ye dak?)
Namun begitu, berbanding babywearing yang lain, Pouch boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut kesesuaian umur bayi anda.  Ada 5 cara yang boleh dicuba.

Craddle Carry (for newborn until 3 month:
based on baby size)

Tummy to tummy (4 months and above - 
pastikan baby dah boleh duduk and hold 
his/her head up with support)


Hip Carry (after 4 month - pastikan leher baby cukup kuat dulu ye)

Kanggaroo carry (dari newborn up to 6 month
depend on baby size - tapi kaki baby cam bersila,
penat kut kalau nak jalan lama)
  • Even nak carry twin or dua baby pun boleh, larat atau tak je 
Cara-cara nak masukkan baby pun ada shared by this blogger.  Gambar-gambar ni CR ambil dari Slinglings.com  Boleh refer ye. Sangat-sangat berguna.  Lagi satu boleh belajar guna Pouch juga di Youtube.  Ada ramai minah-minah saleh yang rajin berkongsi:)

Daa... CR akan kongsi, website yang CR rujuk semasa menjahit my own Pouch ye. Tunggu:)

p/s:  Ini adalah pengetahuan CR yang sedikit tentang babywearing.  Andai ada maklumat yang kurang tepat, harap diberitahu agar CR dapat betulkan. Terima Kasih.

7 comments:

  1. thanks ila..share info pasal baby pouch ni..aku dh try buat pg tadi.dh ikut measurement yg betul, tp jd mcm kecik pulak..xtau lah kot mmg mcm tu saiznya..skrg ni tgh practice nk pakai.nt ada masa aku update kt blog..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia,

      akunye pun cam kecik...tapi bila tgk gambar2 derang pakai memang camtu pun gayenye...kalau baby dah besar sikit nnt nak kene ikut kesesuaiannye lah:) okeh, jangan lupa update kat blog ye:)

      Delete
    2. terima kasih,cikgu..
      senang sikit saya nak study..
      exam dah dekat..tp,baby kami asek nak suruh dukung aje..

      Delete
    3. Ahmed.
      selamat mengendong anak ye...baby akan rasa lebih tenang sbb warm and parents x yah nak tertinjau2 tgk baby during study:)
      best of luck:)

      Delete
  2. Salam Ila. Wah, bagus2. Jom berjinak-jinak dengan babywearing. I love babywearing and enjoyed it so much! tapi anak dah besar2 ni sakit pinggang kalau lelama. Hehe. Skrg kita guna SSC je. Dulu masa Aiman kecik mmg beli Pouch. Pouch memang kena kecik sikit sebab dia nak bagi support. Nak senang ring sling, boleh adjust. Boleh buat sendiri dan beli je ring dia dari vendor yang dipercayai. Ring tak boleh beli sembarangan takut tak kuat dan patah. Nanti Ila boleh jahit SSC sendiri. Ramai local vendors yang jual utk SSC jugak. Jom join group Malaysian Babywearers utk get more info. Kat FB agak aktif juga mereka. Selalu ada meet-up. Bila teringat babywearing ni rindu nak ada baby kecik yang boleh dikendong selalu. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wawe...

      tq for the link. haah, mula-mula memang nak try pouch dulu sebab senang nak jahit. but aiming for SSC bila baby dah besar sikit. xdanlah nak menjahit:) sbb cam perlu tumpu lebih and consume lebih masa.
      tapi tulah, rasa kagum pada ibu2 yang agak small size tapi boleh baby wearing anak-anak yang dah besar jugak...

      Delete
  3. Assalamualaikum cikgu. :D Cikgu boleh buatkan pouch sling untuk kawan saya tak? Dia sangat berminat dengan pouch sebab one hand handled. Masalahnya susah sangat nak cari. Saya pernah beli about 5 years back. La ni dah tak ada. Huhu...

    ReplyDelete