Wednesday, January 9, 2013

RESEPI : Daging Burger Homemade

Salam,

CR ni mmg lah buat sesuatu ikut mood.  Haa, ni mood menggodek resepi google dah datang.  So, terajinlah nak buat daging burger homemade.  Awal-awal CR nak ngaku dulu ye, resepi ni bukan resepi CR, tapi diceduk dr beberapa blog.  CR hanya gabungkan ikut barang2 yang ada di dapur je.

Bahan-bahan:
  • Daging cincang (CR guna brand Ramly)
  • 1/2 biji Bawang besar (dipotong dadu)
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk paprika
  • Seasoning Maggi
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • telur sebiji
Cara nak buat:
  1. Daging cincang dicarik-carikkan (supaya senang nak gaul nanti)
  2. Masukkan bawang besar, sebuk lada putih, lada hitam dan serbuk paprika
  3. Gaulkan sehingga sebati. Segala serbuk tu, masukkan agak-agak ikut taste masing-masing.
  4. Setelah sebati, masukkan seasoning maggi dalam 2 sudu besar dan garam secukup rasa. Gaulkan lagi.
  5. Daun bawang dan daun sup yg telah dihiris dimasukkan akhir sekali.
  6. Pukul telur sebiji dan masukkan kedalam adunan sebagai bahan untuk menyatukan adunan tadi. Gaul sehingga boleh dikepal.
  7. Bentukkan patty daging mengikut saiz yang diingini.
  8. Masukkan ke dalam feezer sekurang-kurangnya sejam. Lagi lama lebih baik.
Burger yang dah siap:)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment