Friday, October 18, 2013

Salam Jumaat

Salam,

Moga hari Jumaat yang berkat lebih dirahmati Allah. CR masih berkampung di Pantai Hospital as my 2nd boy is still in recorvering state. He is infected by rotavirus.... Oh Allah, please let this desease go away. Sembuhkanlah dan permudahkanlah proses ini. Amin....

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidil Adha

Salam...

Lepas Ramadhan...terus Aidiladha??? Itulah kisah Cikgu Rozila ni. Semenjak dah ada baby...dah 11 bulan dah umurnya, masa sangat mencemburui. Memang CR mengaku x dapat bagi komitmen utk JOY lagi.

Nak tutup blog, sayang pulak. So, biarlah JOY menjadi tempat CR mencoret kisah keluarga, kerjaya dan diri CR. Takkan mampu nak jadikan blog JOY ni tempat berkawan. Sebab sentiasa x mampu nak mengikuti kawan mahupun update cerita utk kawan2....

Sempena AidilAdha tahun ini CR yang terbaik utk semua orang...Moga Allah sentiasa merahmati kita semua. AMIN

Tuesday, July 30, 2013

Hello 10 malam terakhir Ramadhan











Semoga kita digolongkan dalam kalangan yg beruntung. Jom sama-sama berusaha mengaut keberkatan malam malam ini...

Daripada CR dan keluarga

posted from Bloggeroid

Sunday, July 21, 2013

Rindukan Dia

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, akhirnya dpt juga CR sekeluarga melawat tempat ini. Lama sungguh x ke sini. Maafkan Ibu, Aiesya. Hari ni ibu bawa abang Adam n adik Amsyar sekali walaupun adik tinggal dalam kereta kerana menyusu.

Tenangnya tempat ini sehingga Ibu berasa tenang dan damai. Dekatnya manusia dengan kematian umpama selangkah kerana yang hidup PASTI akan mati.

Aiesya, selama mana pun kita terpisah, ibu yakin janji Allah itu pasti. Kita akan dipertemukan pada hari ITU nanti. Bantulah aminkan doa ibu agar kita sekeluarga dipertemukan dalam kalangan orang yang dikasihi Allah.

Anakku Aiesya, salam Ramadhan keempat tanpa mu di sisi. Sebaknya menusuk di hati Ibu....bantulah Ibu agar Ibu sepenuhnya redha...Amin.



posted from Bloggeroid

Friday, June 28, 2013

Starting Solid Food for Baby

Salam,

Alhamdulillah...its been a beautiful journey. I've been able to bf Amsyar for 6 month exclusively...and it is time to introduce solid food to my baby. I need to as my baby is categorized as under weight baby.

Ive been trying to introduce fruit puree to him but ive failed. Firstly dgn avocado puree, then try pulak dgn apple...seminggu jugak trying. But still no progress. Amsyar keep on kerap mulut n sembur semua keluar.

Try pula dengan biskut Farley. Still x berjaya. It was almost 3 weeks trying. Guna sudu RM24 ringgit x jalan. Guna sudu sundae McD, ada progress sikit. Akhirnya, there was time where i use my finger to give those liquid to him.

And today, Amsyar is 7 months and 3 weeks. Alhamdulillah, its been 2 weeks since he accepted the porridge. Dah anak melayu...makan makanan ruji orang melayulah.

CR mula dengan bubur ayam, bubur ikan bilis, bubur daging yang dicampurkan dengan sayur bayam atau carrot dan tomato atau sayur sawi. CR juga campurkan halia atau bawang atau daun bawang as perisa dan penambah bau.

I am planning to introduce him with fruit n fruit juice. We will see then...

Take care.







posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

Haze in Malacca



Salam,

How's your Sunday peeps? As for me n my family, we woke up to see our house full of fogging gas. As if , ok. And the smell, can't elaborate much. Hurting our nose n our throat as well.

So don't forget to drink much n much water,wear your face mask and avoid outdoor activity....pray for d best.

Take care

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 19, 2013

Kuliah di Dewan Ilmiah

Salam,
Saja nk update activity seharian CR. Entry kali ni nak cerita tentang Dewan Ilmiah. Dewan ni mmg sgt nostalgic. Di sinilah CR menimba ilmu. Ingat lagi cikgu Adenan (sekrg dah jd lecturer kat nilai) ngajar lukis isomer kat sini dulu.

Sekarang giliran CR pula berkongsi ilmu di dewan ini. Bertepatan sungguh nama Dewan Ilmiah dgn dewan kuliah ni. Berapa byk ilmu dah disampaikan di sini ye.

So, jgn berhenti belajar n berkongsi ilmu ye korang.... take care




posted from Bloggeroid

Friday, June 14, 2013

Public Library - PERPUSTAM

Salam,

Dah lama nk update cerita library ni. Tapi byk sgt halangan. Last school holiday, we doesn't have special activity to do with the kids. As my husband and CR have to work. Name je cuti sekolah...xpe. Thats normal for my school.

So, we decided to spend time in Library. Perpustakaan Negara. Tapi, when we in KL, Adik pulak x sihat. So PERPUSTAM is the second choice.

Wow! That's the first word comes from my mouth. First time here, and I think PERPUSTAM berjaya attract students to spend time in library.

Positively, PERPUSTAM have small theater room for 12 childs. The movies are all 3d movies. So we have to pay RM5 for the 3d spec.







PERPUSTAM also provide pcs for internet surfer at minimum rate. RM1 for half an hour. There are also multimedia room to play games. I dont like this at all. But thinking it is better for the kids to play games in library than in shopping complex, i think it is ok....but x setuju sgt hehehe

Nak tau sebab ape? Sbb Adam prefer to play games than reading the book. That's why. But this is his first time here. CR x nk paksa. I told him, next time we come here, you have to read 1 book, then only you can play the game.



Apa pulak si Adik buat?
Tido sambil menikmati......


posted from Bloggeroid

Sambutan Hari Guru Yang Tertunda

Salam...

Entry kali ini entry bergambar. We celebrated the Teacher's Day on the 11th June 2013. It was almost one month after Malaysian celebrate it. I said "one of the secret to success for MRSM TGB - never celebrate teacher's day on d exact day but change it to Chemistry exam day hahaha. Its been 2 years"

Ok...no more mengadu domba. Layan lah gambar sambutan yg best jugak. Walaupun ramai jugak cikgu yg x dtg...











posted from Bloggeroid

Thursday, June 6, 2013

RECIPE - Fresh Salad with Simple Dressing

BREASTFEEDING #6 - Kenapa Ibu Tidak Menyusu

Salam,

Entry kali ni CR nak kongsi sbb ibu tidak menyusu. Ada antara faktor ni adalah penyebab CR x berjaya dlm penyusuan terdahulu. Fakta ni CR ambil dari Majalah Pa&Ma keluaran Jun.

1- kurang ilmu.
Ramai yg misunderstood ttg bf. Ya, ia mmg semulajadi tetapi perlukan pengetahuan dlm byk aspek. Tentang cara menyusukan. Fisiologi cik b tu sendiri. Cara dealing klu bengkak b n byk lagi. Tu x termasuk pemakanan dan emosi.

2 - tiada sokongan.
Bila anak asyik nangis or ngempeng, org keliling akan ckp susu kita x ada or tak cukup. Kesian...takut anak lapar. So, we have to made up our mind adakah sanggup berhadapan dgn situasi ni. Tetapkan matlamat. Peranan mommy adalah berkongsi sbyk mungkin pengetahuan dgn suami supaya ada jugak yg console kita klu berhadapan dgn situasi begini.

3 - penat, stress.
Dalam pantang mmg penat. Nak sihatkan luka2 lagi. Nak jaga baby lagi. Lagi pulak bila anak jaundice. Jadi mommy perlu sentiasa sabar dan set mind yg inilah saat2 indah yg kita nantikan...so enjoy d moment. Sikit sebanyak dapat membantu kita. Doalah byk2 supaya Allah tenangkan hati dan murahkan rezeki;)

4 - anak x cukup susu.
Ni satu lagi mitos klu anak merengek. Insyaallah cukup susu. Baby menangis bukan semata2 sbb lapar. Klu kita berada di persekitaran baru pun kita x selesa kan. 9 bulan dia berenang dlm amniotik fluid, bergelap, mendengar degup jantung kita. Tiba2 suasana jd bising, panas, terang...of coz he felt d differences. Jgn tersalah sangka dgn rengekan baby tau

5 - hamil.
Yang ni terpulanglah pada tahap kesihatan ibu dan kandungan. Ada tu anak sendiri yg stop menyusu bila nk dpt adik. Ada yg teruskan penyusuan.

Haaa...tu jelah perkongsian tuk hari ni.
support breastfeeding....yeay.

Saturday, March 9, 2013

Dulu, Dulu-dulu n kini



Haaa ni gambar pada kad kesihatan CR. Dari mula masuk kerja (2004), baru kawen (2007), adam dlm setahun (2008)...

Memang byk berubah ye kelebaran muka. Dan pastinye kematangan tu nampak makin bertambah hehehe (dalam ayat jahat sikit, ketuaan :P)

Dan yang terkini (2013)

posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

BREASTFEEDING #4 : Gadget Saya

Salam,

Lama sunggh CR menyepi. Sampai entry bulan Feb langsung tak ada.  Maklumlah, bila maternity leave habis, dah start kerja, terlalu banyak benda yang mesti diutamakan.  Akhirnya, terpaksalah meninggalkan blog ni bersawang:).  Nak mulakan entry March with my most needed gadget at school for d time being.




  1. My stripy pink bag with cooler box 
  2. Spectra 3 BP (6 tahun dah beli) and accessories


Now, where did I do the project?
posted from Bloggeroid

Monday, January 21, 2013

BREASTFEEDING #3 : Ranking Susu

Salam,

Semalam CR ada terbaca sisipan Kesihatan dalam Mingguan Malaysia yang bertopikkan PENYUSUAN ANAK ANGKAT.  Artikel tersebut berkisarkan kepada langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang wanita yang ingin menyusukan anak angkatnya.  Langkah tersebut sebaiknya dimulakan seawal 6 bulan sebelum kelahiran bayi tersebut.  Ya, menyusukan anak angkat memang merupakan satu solusi kepada masalah aurat dan menjadikan anak tersebut mahram kepada suami.


Apa yang menarik perhatian CR adalah ranking yang diberikan kepada susu ibu.  Sebagaimana yang kita ketahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi yang mengandungi kesemua zat yang lengkap untuk tumbesaran bayi.  Justeru susu ibu berada pada ranking teratas.

Ini diikuti oleh susu perahan yang telah dibekukan kemudian dicairkan semula. Ini kerana susu ini telah kehilangan sedikit nutrisi serta antibodi akibat pembekuan dan pencairan.  Selain daripada itu, susu perahan yang disimpan ke dalam botol mempunyai risiko terkontaminasi.  Meskipun begitu, susu perahan masih dikategorikan sebagai antara susu yang terbaik.

Ranking ketiga dipegang oleh susu daripada ibu susuan.  Ini merupakan alternatif ketiga yang harus difikirkan oleh seseorang wanita jika tidak mampu menyusukan anaknya.  Namun, dalam situasi sekarang bukan senang mencari wanita yang boleh menyusukan anak kita.  Banyak perkara yang harus diambilkira.  Sekiranya ada adik beradik perempuan mahupun ipar yang sanggup, alangkah baiknya.

Dan Ranking keempat adalah susu formula.  Ya, kebanyakkan kita (termasuklah CR) terus melompat kepada ranking keempat ini sebagai solusi yang paling mudah.


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 

Amin and take care.

Friday, January 18, 2013

BREASTFEEDING #2 : Kenapa guna Milk Storage Bags

Salam,

Entry kali ni CR nak cerita tentang Milk Storage Bags.  Yeah, mestilah untuk simpan susu [expressed breast milk].  Mmm, actually CR beli Milk Storage Bags ni sebab :


  • dah tahu dah Milk Storage Bottle yang CR ada taklah berapa banyak.  Itupun stock masa membekalkan susu untuk arwah Aiesya dulu.
  • memandangkan memang belum ada intention untuk menambah peti ais lagi; nak beli laaagi besar or tambah satu lagi.  Jadi sangatlah sedar diri yang peti ais kat rumah ni memang has limited space.
  • space saving:) lebih kurang cam kat atas.  Just make sure kene keluarkan air bubbles from the bag before sealing it with double zip-lock provided.  Then, during freezing make sure place it horizontally.
  • beli kat Mama and Baby Fair 2012 at MITC Melaka , so harganya konon-konon murah ler. RM50 for 5 boxes.

baringkan macam ni, ye.
tengoklah, freezer rumah saya memang
selalunya penuh. Sangat perlukan
plastic storage supaya jimat space:)
zoom in sikit ye, leh selit-selit kat celah je

Thursday, January 10, 2013

Make Over JOY

Dah lama sangat rasanya guna background yang sama, kalau manusia pun nak kene make over... apatah lagi blog tempat saya mencurah perasaan ni,kan?

I'm using ShabbyPrincess free downloaded digital scrapbooking materials as header.  Nak tengok boleh klik sini.  Tapi CR and the family nak enter-frame jugak heheheh. Tapi rasanya tak lama kut gambar tu... I kan low profile:)

Yang background pulak guna background dari ShabbyBlogs. Ada bermacam-macam background  di sini.  Yang CR boleh cakap, agaknya si Shabby ni suka yang classic.  Tu yang banyak pattern jenis tu. But I like it:)


BABYWEARING : Baby Pouch #1

Salam,

Dalam entry ni CR ada share tentang babywearing which is baby pouch.  Atas permintaan sahabat CR, I would like to share some info about baby pouch.  Actually, leh je google senang nak dapat info.  Tapi apalah salahnye jika dikongsi di blog ni untuk rujukan CR juga nanti:)

ada beberapa jenis babywearing ni which are Baby Pouch, Sling Ring, Soft Structured Carrier, Mei Tai dan tu je kut yang glamour sepanjang pembacaan CR.

Tapi CR nak fokus on Pouch.

Kalau google, di Malaysia tak ramai yang pakai or share about pouch.  Ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya

  • kalau nak guna pouch, mesti mendapatkan saiz yang betul untuk menjamin keselesaan kepada bayi yang dikendong juga kepada ibu yang mengendong:)
  • sesuai untuk saiz yang terhad (sebab menggunakan sebelah bahu, kalau berat baby dah bertambah, sakitlah bahu,ye dak?)
Namun begitu, berbanding babywearing yang lain, Pouch boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut kesesuaian umur bayi anda.  Ada 5 cara yang boleh dicuba.

Craddle Carry (for newborn until 3 month:
based on baby size)

Tummy to tummy (4 months and above - 
pastikan baby dah boleh duduk and hold 
his/her head up with support)


Hip Carry (after 4 month - pastikan leher baby cukup kuat dulu ye)

Kanggaroo carry (dari newborn up to 6 month
depend on baby size - tapi kaki baby cam bersila,
penat kut kalau nak jalan lama)
  • Even nak carry twin or dua baby pun boleh, larat atau tak je 
Cara-cara nak masukkan baby pun ada shared by this blogger.  Gambar-gambar ni CR ambil dari Slinglings.com  Boleh refer ye. Sangat-sangat berguna.  Lagi satu boleh belajar guna Pouch juga di Youtube.  Ada ramai minah-minah saleh yang rajin berkongsi:)

Daa... CR akan kongsi, website yang CR rujuk semasa menjahit my own Pouch ye. Tunggu:)

p/s:  Ini adalah pengetahuan CR yang sedikit tentang babywearing.  Andai ada maklumat yang kurang tepat, harap diberitahu agar CR dapat betulkan. Terima Kasih.

Wednesday, January 9, 2013

RESEPI : Daging Burger Homemade

Salam,

CR ni mmg lah buat sesuatu ikut mood.  Haa, ni mood menggodek resepi google dah datang.  So, terajinlah nak buat daging burger homemade.  Awal-awal CR nak ngaku dulu ye, resepi ni bukan resepi CR, tapi diceduk dr beberapa blog.  CR hanya gabungkan ikut barang2 yang ada di dapur je.

Bahan-bahan:
  • Daging cincang (CR guna brand Ramly)
  • 1/2 biji Bawang besar (dipotong dadu)
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk paprika
  • Seasoning Maggi
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • telur sebiji
Cara nak buat:
  1. Daging cincang dicarik-carikkan (supaya senang nak gaul nanti)
  2. Masukkan bawang besar, sebuk lada putih, lada hitam dan serbuk paprika
  3. Gaulkan sehingga sebati. Segala serbuk tu, masukkan agak-agak ikut taste masing-masing.
  4. Setelah sebati, masukkan seasoning maggi dalam 2 sudu besar dan garam secukup rasa. Gaulkan lagi.
  5. Daun bawang dan daun sup yg telah dihiris dimasukkan akhir sekali.
  6. Pukul telur sebiji dan masukkan kedalam adunan sebagai bahan untuk menyatukan adunan tadi. Gaul sehingga boleh dikepal.
  7. Bentukkan patty daging mengikut saiz yang diingini.
  8. Masukkan ke dalam feezer sekurang-kurangnya sejam. Lagi lama lebih baik.
Burger yang dah siap:)

Monday, January 7, 2013

First Day of School

Salam,

Today is Adam's first day at REAL Kids.  Hope that he's coping well. Ibu tak dapat nak teman Adam and merasai first day nya.  Semoga dengan kehadiran ayah memberi semangat pada Adam.  Lagipun ini bukan kali pertama Adam ke sekolah.

Ibu yang bangun awal pagi tak sabar nak gosok baju Adam.  Maklumlah, Ibu masih dalam maternity leave.  So banyak benda boleh buat semasa anak-anak and suami masih tidur:)

Hari ni Adam mulakan pagi dengan heavy breakfast.  Nasi lemak tu... tapi bukannya sepinggan pun.  Jangan mengantuk sudahlah, nak.

Semoga keputusan yang kami buat ini adalah yang terbaik buat kami sekeluarga, In Sya Allah.

Ayah lah siapkan..dah Ibu sibuk nak capture gambar:p

Sayang adik dulu ye sebelum pergi...:)

Tuesday, January 1, 2013

First Day Out - Baby Pouch


Salam,

nak kata first tu tipulah, dah selamat balik muar, balik melaka, g hospital, g klinik kesihatan, balik KL bagai dah...tapi day out yang leisure. Berjalan-jalan...:)

Haaa, kira firstlah ni. Itupun ke Tesco beli barang rumah. Lor...Jalan lah sangat tu,kan...:) Semenjak ada Amsyar ni, dah macam malas nak kluar sangat.. ececeh, cam baik lah pulak. Bukan apa, Ubi Kentang ku ini breastfed baby...CR tak reti lagi nak Nursing in Public (NIP), so sangatlah membataskan semangat berjalan yang berkobar2... haaa, kan dah bocor rahsia:)

So, as a start CR try guna Baby Pouch.  Maklumlah, stroller Adam dulu nun kat atas lemari 12' tingginye.  Maleh nak ambik tangga semata-mata nak g jalan.  Amsyar pun kecik lagi, so dukung pun OK.  Cuma CR tak sure, cara pemakaian pouch ni betul ke tak.  As for me, saya rasa sangat selesa.  Cuma baby Amsyar tak suka bila kepalanye ke dalam.  Kenelah keluarkan tangan and kepalanya sikit.  Lepas tu, kemain lagi nyenyak dia tidur sampai habis beli barang.  Hangat je kene peluk agaknye.  Dapatlah Ibunya shopping dengan tenang:)

Nanti kene biasakan lagi cara pakai pouch ni, Practice make Perfect,rite?