Thursday, November 22, 2012

3 tahun yang lalu

Lilypie Third Birthday tickers
22 Nov 2012
Hari ini tiga tahun yang lalu, tepat jam 5.00 pm puteri kami Aiesya Zaffan telah dilahirkan di Hospital Batu Pahat melalui kaedah pembedahan.  Melihat ke dalam mata Amsyar semasa menyusu, mengimbas kenangan bersama Aiesya 3 tahun yang lalu.

Ya, ternyata Ibu sangat merindui Aiesya walaupun dalam diam.  Ibu mengaku kehilangan yang pernah kami rasai tidak akan pernah surut walau apa juga yang berlaku.  Begitu juga kerinduan dan keinginan untuk bersama.  Namun apalah daya Ibu,nak.  Aiesya ditakdirkan untuk dipinjamkan kepada ibu hanya untuk 57 hari sahaja.  Walaupun begitu, ibu sangat hargai waktu kita bersama selama 31 minggu 6 hari iaitu semasa Aiesya masih dalam kandungan Ibu.

Selamat Hari Lahir anakku.  Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu dan ditempatkanNya di kalangan roh orang yang dikasihiNya. 

Al-Fatihah.

Saturday, November 17, 2012

Boy Jr - Seminggu Umurnye

Salam,

Alhamdulillah... genap seminggu umur anak kedua kami.  Setelah berbincang, kami sepakat menamakan beliau dengan nama Amsyar Zafri bin Shah Rizal bermaksud Yang Cergas KemenanganKu.

Amsyar dilahirkan secara pembedahan pada jam 12.45 tgh hari, 8 November 2012 bersamaan 23 Zulhijjah 1433 Hijrah.  CR ditolak ke operation theater tepat jam 12.30 tgh hari selepas check-up bulanan pada 7 November 2012.  Menurut Dr Ishaireen, uri / placenta CR telah terlampau matang sehingga terdapat pembentukan garam [CR kurang faham].  Namun yang pastinya, uri yang terlampau matang mengurangkan efficiency uri tersebut dalam membekalkan zat makanan dan oxygen kepada bayi.  Selain daripada itu, amniotic fluid CR juga berada pada tahap minimum, orang kata cukup2 je.  Baby weight juga tidak bertambah berbanding check-up seminggu yang lepas.  Justeru, Dr tidak mahu mengambil risiko Dr sarankan CR segera melahirkan BOY Jr kami.

Memanglah hasrat hati ingin bersalin normal, tapi inilah yang terbaik untuk kami.  CR terima dengan redha memandangkan kedudukan bayi masih transverse pada 37 weeks.  Inilah yang terbaik yang Allah tentukan.

Dalam 10 hari ni, Amsyar still have jaundice pada tahap 11mg/dl selepas peningkatan dari 10 mg/dl (Day 5), 11.5 mg/dl (Day 7) dan 13.1 mg/dl (Day 9).  Harapnya check-up pada hari ke 12 nanti menunjukkan penurunan juga.  Semoga Amsyar will have fast recovery...

Dua hero kami; Adam & Amsyar

Sunday, November 11, 2012

Alhamdulillah...Meet my Baby Cenonet

Salam,

Alhamdulillah, CR dah selamat melahirkan baby Boy Jr pada 8 Nov 2012 melalui pembedahan.  Same bulannye dengan kakak Aiesya Zaffan (arwah anak kedua kami).  Baby Boy Jr dilahirkan secara pembedahan atas sebab2 tertentu (akan CR update di entry lain, InsyaAllah).

Semoga Allah mudahkan proses berpantang kali ini:)

Day 1 - born @ 12.45 pm , 2.45kg @ 37 weeks

Day 2 - tido je kejenye

Monday, November 5, 2012

SPM Starts


Specially dedicated to 
HR Delima 1 2011/2012, 
503 & 505 students

Sunday, November 4, 2012

My Buchuk Abg Adam


Salam,

@36w. Abg Adam pun semakin lah manja n quite emosional. Sikit je dah terasa. Hehehe tapi makin pandai bwk diri. Very proud of you my baby boo...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 2, 2012

SMS dr Students;)

Ikhlas dr 505:
Frst of all..kt0rng nk ckp trime kseh sgt5 n trharu k0wt.k0z x sngke slame nie kt0rng byk wt ckgu mrh tp ckg still sbr ngn prgai kt0rng..hee..btw..kt0rng nk mnx maaf k0z dh mmg 'byk gle2' wt slh kt cg..eh..sdp sgt3 cup cake cg bg..dh abez dh p0wn..ha3..surat cg bg 2 kt0rng nk laminate...n f0t0stat bg sume 0rng..nnt lg 10 ta0n (dgn adnye tndatangan aizat zaffrie)k0mp0m mhl..haha..d0akn kami sume 9a+ n 10a+ wlpn cg dh 2tlis dlm krts 2 tp sje nk ckp lg...n..jgn lupe smpn dlm draft mcg nie..pnt type nie..huu.<3 aizat="aizat" font="font" nbsp="nbsp" tlis="tlis">

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 1, 2012

Berkorban dan Terover Berkorban

Salam,

Salam AidilAdha buat semua umat islam yang sudi membaca (ada kut, InsyaAllah:))

Macam mana sambutan aidiladha anda? CR harapkan semuanya ceria menyambut hari yang mulia ini.  Ada melaksanakan ibadah qurban?  Bagi CR belum tercapai lagi hasrat tu. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memudahkan nya suatu hari nanti, InsyaAllah.

Apa yang Terover berkorban tu?  Haa, terdengar sembang-sembang pagi di ERA bersama JOHARA.  Almost 50, 000 of young people in Malaysia telah diistiharkan muflis.  Uish satu angka yang sangat menakutkan.  Daripada pemanggil yang menelefon, CR dapat maklumat bahawa ramainya adalah golongan di bawah 30-an.  Apakah sebab sehingga situasi ini berlaku? [macam pengulas edisi siasat lah pulak..]


  • Penggunaan credit card yang tidak terkawal - no comment sebab CR sendiri pernah mengalaminya.  Akhirnya, ku gunting saje card tu. Now, kalau ada duit, baru beli.
  • Pinjaman persendirian yang melampaui had kemampuan untuk membayar - yelahkan skrg ni, nak kawen pinjam, nak kereta pinjam, lepas kawen terus nak beli rumah, pinjam lagi...tak kira pinjaman PTPTN yang sedia menanti tu,kan?
So, betullah kata org nak buat apa pun mesti berpada-pada dan besederhanalah dalam semua aspek kehidupan. Wallahu a'lam:)