Mati. Ya itulah destinasi kita semua, sebelum menunggu tibanya Hari Pembalasan. Sudahkah aku bersedia untuk mati? Belum. Tapi kita tidak akan diberi pilihan untuk menetapkan bila kita akan mati. Jadi aku harus belajar untuk bersedia menghadapi mati.
Minggu ini aku berhadapan dgn 2 berita kematian pd hari yang sama. Seorangnya, pasti menjadi bidadari syurga kerana masih suci. Beliau adalah seorang bayi. Sama seperti anakku Aiesya Zaffan, Insyaallah. Dan seorang lagi adalah Pak Long ku yang telah ditarik penderitaannya melawan kanser. Al-Fatihah buat keduanya.
Pengajaran yang jelas untuk ku, mati itu x kenal umur; tua muda kanak-kanak bayi. Teringat kata-kata imam saat talkin untuk Aiesya Zaffan dibaca "Maka ingatlah kita semua bahawa mati itu benar dan tidak mengira peringkat umur"
Pengajaran yang ku perolehi :
- Allah memberi kesudahan yg baik utk hambanya yang bersabar.
- Penyakit itu kifarah dosa. Sejuk hati memikirkan arwah pak long sempat memohon maaf dan berterima kasih pd org sekeliling. Ya Allah sempatkah aku memohon maaf pd semua orang?
- Anak itu pinjaman Allah. Kita takkan pernah tahu hingga bila Allah beri pinjaman itu. So, lakukan yang terbaik untuk anak kita selagi kita punya masa.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment