Wednesday, April 25, 2012

BUSUKNYA!!!

Salam,
Pernah tak bau suami kita busuk sangat sampai tak larat nak bau. Yang peliknya, bila tengah bersiap dgn splash of branded perfume pun rasa busuk sangat. Apatah lagi lah klu balik dr kerja. Hehehe kesian sangat kat MrHubby.
Haaaa tu kenangan masa pregnantkan Adam dulu. Seriously, mmg busuk hahaha......
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, April 17, 2012

RESEPI: Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Salam,

Hari ni CR cuti, so sempena menyambut kepulangan suami dan anak tercinta hehehhe meh lah nak merajinkan diri memasak.

CR rasa masakan nilah yang paling senang yang mama dan uwan (oghang noghori panggil nenek) pernah ajar.
ikannye dah tinggal ni je....capture pic lambat sangat:P

Bahan:

Ikan Tenggiri ( sebelah - dipotong )
Cili api segenggam ( ikut kepedasan yang korang sanggup )
kunyit hidup ( sikit je, dalam seinci )
serai 2 batang ( dititik )
asam keping
santan pekat (secawan )
garam
terung / tomato dipotong sedang / sederhana

Cara:
1 - tumbuk cili api, kunyit dan garam sehingga lumat
2 - masukkan bahan yang ditumbuk, serai dan ikan tenggiri tadi ke dalam periuk, hidupkan api yang  
     sederhana
3 - saya masukkan sekali dengan separuh santan pekat tadi - masak ikan tak perlu lama-lama
     biarkan sahaja 2-3 minit supaya cili dan santan tadi masuk ke dalam ikan
4 - lepas tu masukkan semua santan yang lebih tadi.  Biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.  
     Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak
5 - masukkan asam keping (supaya kepedasan diimbangkan dengan masam dari asam keping tadi)
6 - masukkan sayur yang ingin dicampurkan tadi
7 - dah boleh hidang.

Selamat Mencuba


Sunday, April 8, 2012

Yang Hidup Akhirnya Akan Mati

Salam,

Mati. Ya itulah destinasi kita semua, sebelum menunggu tibanya Hari Pembalasan. Sudahkah aku bersedia untuk mati? Belum. Tapi kita tidak akan diberi pilihan untuk menetapkan bila kita akan mati. Jadi aku harus belajar untuk bersedia menghadapi mati.

Minggu ini aku berhadapan dgn 2 berita kematian pd hari yang sama. Seorangnya, pasti menjadi bidadari syurga kerana masih suci. Beliau adalah seorang bayi. Sama seperti anakku Aiesya Zaffan, Insyaallah. Dan seorang lagi adalah Pak Long ku yang telah ditarik penderitaannya melawan kanser. Al-Fatihah buat keduanya.

Pengajaran yang jelas untuk ku, mati itu x kenal umur; tua muda kanak-kanak bayi. Teringat kata-kata imam saat talkin untuk Aiesya Zaffan dibaca "Maka ingatlah kita semua bahawa mati itu benar dan tidak mengira peringkat umur"

Pengajaran yang ku perolehi :

  1. Allah memberi kesudahan yg baik utk hambanya yang bersabar.
  2. Penyakit itu kifarah dosa. Sejuk hati memikirkan arwah pak long sempat memohon maaf dan berterima kasih pd org sekeliling. Ya Allah sempatkah aku memohon maaf pd semua orang?
  3. Anak itu pinjaman Allah.  Kita takkan pernah tahu hingga bila Allah beri pinjaman itu. So, lakukan yang terbaik untuk anak kita selagi kita punya masa.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, April 1, 2012

Kuatkan Aku.

Aku harus terus kuat
Lebih kuat dan utuh dr tembok besar China
Lebih gagah dr Badang
Kerana pokok pangkalnya
Semua dari Allah
Mereka juga makhluk Allah
Allah jugalah yg menentukan
Maka kerana itu aku yg harus kuat berusaha yg termampu memelihara
Published with Blogger-droid v1.7.4