Happy Wednesday uolls:) Hari ni baru berkesempatan update blog. Sebenarnya terlintas nak buat entry ni pagi semalam. Masa tengah menggosok Si Kuning Cair tu. Tak tahu pulak kaitan Si Kuning Cair dengan Suamiku Sayang tu.
Alkisdahnya begini. CR ada seorang cikgu merangkap sahabat yang sangat CR hormati. Dulu-dulu kami sering mengusik beliau kut-kut beliau masih ingin mencari peneman. Sahabat CR yang dihormati merupakan seorang ibu tunggal yang sangat komited dan berhikmah dengan caranya yang tersendiri. Tapi, tahu tak kawan-kawan apa yang beliau katakan kepada kami?
"Saya [bukan ganti nama sebenar] sebenarnya bimbang jika Saya mencari pengganti, mungkinkah Saya akan membandingkan keduanya? Apa kata pengganti bukan sebaik Yang Pertama kerana sangat istimewa dengan caranya tersendiri."
Lebih kurang begitulah maksud ayatnya. CR agak lupa ayat sebenar beliau.
Teringatkan kata-kata beliau, buat CR berasa sangat sayu. "Aku ni tak pernah bersyukur aku ada suami yang boleh menemani bila serabut, yang membantu meringankan beban, yang berkongsi walaupun dia malas nak dengar isteri dia mencerabih ni. Kadang-kadang aku asyik terfikir kurang dia je. Asyik-asyik nak bandingkan dia je. Sikit-sikit nak cari salah dia je. Ila, pernah tak ko terfikir yang dia pun ada yang tak berkenan dengan perangai ko, tapi dia sabar je. Ko tu macam lah perfect."
Haa...cam tulah monolog CR pagi-pagi buta. Padanlah lambat menggosok Si Kuning Cair.
"Suamiku Sayang. Hari ni, saya bersyukur saya ada awak. Saya bersyukur Allah temukan kita. Semoga kita akan terus berusaha melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Khabarkan jika saya terkurang, agar dapat saya perbaiki. Ingatkan jika saya terlebih, agar tidak saya riak. Pujilah jika saya bersederhana, moga saya tahu ada yang menghargai. I love you"
No comments:
Post a Comment