Salam,
Apa pula lah yang CR nak mengadu pada kali ini....emmm, bukan nak mengadu apatah lagi merungut, cuma CR nak berkongsi apa yang terdetik di hati ini.
CR mengikuti satu forum online tentang perkongsian ibu-ibu dan isteri-isteri yang berusaha untuk mengandung. Ada yang berkongsi tentang rawatan yg mereka jalankan; tradisional, alternatif mahupun moden. Ada juga yang berkongsi petua-petua yg diperturun dari orang tua-tua.
Terima kasih kerana sudi berkongsi. Apa yang terdetik di hati CR adalah ayat2 yang agak tak adil bagi sesetengah ibu-ibu. Ada kawan-kawan mengatakan kami (yang tgh berusaha menambah anak ni-ada di kalangan kami yg berusaha menambah anak selama 9 ke 10 tahun. Ada juga yang mengandung beberapa kali tetapi keguguran. Ada juga yang senang dapat anak pertama tapi masih belum ada rezeki untuk anak yang seterusnya) beruntung kerana sekurang-kurangnya kami ada seorang anak.
Ya Alhamdulillah. Tapi kawan-kawan, sesungguhnya kita serupa. Kita diuji dgn bermacam-macam cara. Pada yang belum berjaya mengandung pasti mengalami tekanan perasaan dan rasa kekurangan. Kami juga merasakan perkara yang sama ditambah kesakitan dan kepayahan jika mengalami keguguran. Apatah lagi jika yang berpengalaman seperti CR yang kehilangan anak yang dah lahir dan sempurna sifatnya. Kita sama-sama mengalami tekanan perasaan.
Yang pastinya telah Allah tulis bahawa belum masanya utk kita menambah ahli keluarga. Bersabarlah kawan-kawan. Lakukan ikhtiar sebagai usaha dan marilah kita bertawakkal kepada Allah kerana Dia lah yang Maha Berkuasa melakukan dan memberikan segalanya.
Take care...hanya secebis perkongsian.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment