Tuesday, September 27, 2011

Adam turns 4

Its been 4 years since I gave birth to Adam.  Rasa sekejap je masa berlalu.  Adam sangat petah bercakap. Tapi tulah....hanya insan terpilih je yang boleh mendengar kepetahan si pemalu ni. Apapun, Ibu bangga pada Adam. You have accomplished so many things dalam umur sekecil ini.  Apa pun Ibu tetap bangga. Adam tetap Adam:)

Ibu berdoa semoga Adam sentiasa dirahmati Allah, sebagaimana yang kita doakan setiap malam. Semoga Adam jadi muslim sejati yang taat pada Allah dan rasul s.a.w. Ibu dan ayah akan berusaha sedaya upaya memberi yang terbaik. Membesarlah dengan sihat dan sempurna anakku, buah hati penawar duka ibu.....

25th Sept: 1.45pm
having our family lunch time together dengan sedikit doa selamat yang dikepalai oleh Acu. Tq Acu:)

Tq Tok Pa, Ummi, Ateh and Acu meramaikan lunch hari ini.  
Sayang Tok Mad, Tok Mah, Suffian's family, Amin and Zeity, 
Sukri and Mak Cu tak dapat bersama...
Kita makan cupcake and watermelon je ke?:P









Adam yang selalu camera shy shy...hehehhe
Ummi and Ibu sibuk tunjuk gelang hehehhe
Goodie Bag for Adam's friends at Taska Ummi.  
Tq Acu lagi sbb gunting and tampal Ben 10 tu.
[sahutan mother nature, kurangkan plastic bag peeps:)]
Isi yang ala kadar, cukup tak anak-anak? 
No jajan from Auntie Ila,k.
Special cookies from Nadisa, tqvm:)

26th Sept : 10.30 am 
 with friends and Teacher Hawa.
Where's my Boy? Yang pemalu tu lahhhh
Looks like everybody were excited, Adam je control

Balik rumah Adam cerita, "semua cakap kek Adam sedaaap. Adam nak lagi lah kek tu...Alhamdulillah, anak-anak suka blackforest cake, lots of chocs and berries"

Mr Comot...Aiks pandai pulak hang makan sendiri no??? "Sebab Teacher ada.." he said...

What sign are you guys trying to perform??? hehehe 


Wednesday, September 21, 2011

At least korang ada.....

Salam,

Apa pula lah yang CR nak mengadu pada kali ini....emmm, bukan nak mengadu apatah lagi merungut, cuma CR nak berkongsi apa yang terdetik di hati ini.

CR mengikuti satu forum online tentang perkongsian ibu-ibu dan isteri-isteri yang berusaha untuk mengandung. Ada yang berkongsi tentang rawatan yg mereka jalankan; tradisional, alternatif mahupun moden. Ada juga yang berkongsi petua-petua yg diperturun dari orang tua-tua.

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Apa yang terdetik di hati CR adalah ayat2 yang agak tak adil bagi sesetengah ibu-ibu. Ada kawan-kawan mengatakan kami (yang tgh berusaha menambah anak ni-ada di kalangan kami yg berusaha menambah anak selama 9 ke 10 tahun. Ada juga yang mengandung beberapa kali tetapi keguguran. Ada juga yang senang dapat anak pertama tapi masih belum ada rezeki untuk anak yang seterusnya) beruntung kerana sekurang-kurangnya kami ada seorang anak.

Ya Alhamdulillah. Tapi kawan-kawan, sesungguhnya kita serupa. Kita diuji dgn bermacam-macam cara. Pada yang belum berjaya mengandung pasti mengalami tekanan perasaan dan rasa kekurangan. Kami juga merasakan perkara yang sama ditambah kesakitan dan kepayahan jika mengalami keguguran. Apatah lagi jika yang berpengalaman seperti CR yang kehilangan anak yang dah lahir dan sempurna sifatnya. Kita sama-sama mengalami tekanan perasaan.

Yang pastinya telah Allah tulis bahawa belum masanya utk kita menambah ahli keluarga. Bersabarlah kawan-kawan. Lakukan ikhtiar sebagai usaha dan marilah kita bertawakkal kepada Allah kerana Dia lah yang Maha Berkuasa melakukan dan memberikan segalanya.

Take care...hanya secebis perkongsian.

posted from Bloggeroid

Monolog untuk Suamiku Sayang

Salam,

Happy Wednesday uolls:) Hari ni baru berkesempatan update blog. Sebenarnya terlintas nak buat entry ni pagi semalam. Masa tengah menggosok Si Kuning Cair tu. Tak tahu pulak kaitan Si Kuning Cair dengan Suamiku Sayang tu.

Alkisdahnya begini. CR ada seorang cikgu merangkap sahabat yang sangat CR hormati. Dulu-dulu kami sering mengusik beliau kut-kut beliau masih ingin mencari peneman. Sahabat CR yang dihormati merupakan seorang ibu tunggal yang sangat komited dan berhikmah dengan caranya yang tersendiri. Tapi, tahu tak kawan-kawan apa yang beliau katakan kepada kami?

"Saya [bukan ganti nama sebenar] sebenarnya bimbang jika Saya mencari pengganti, mungkinkah Saya akan membandingkan keduanya? Apa kata pengganti bukan sebaik Yang Pertama kerana sangat istimewa dengan caranya tersendiri."
Lebih kurang begitulah maksud ayatnya. CR agak lupa ayat sebenar beliau.

Teringatkan kata-kata beliau, buat CR berasa sangat sayu. "Aku ni tak pernah bersyukur aku ada suami yang boleh menemani bila serabut, yang membantu meringankan beban, yang berkongsi walaupun dia malas nak dengar isteri dia mencerabih ni. Kadang-kadang aku asyik terfikir kurang dia je. Asyik-asyik nak bandingkan dia je. Sikit-sikit nak cari salah dia je. Ila, pernah tak ko terfikir yang dia pun ada yang tak berkenan dengan perangai ko, tapi dia sabar je. Ko tu macam lah perfect."

Haa...cam tulah monolog CR pagi-pagi buta. Padanlah lambat menggosok Si Kuning Cair.


"Suamiku Sayang.  Hari ni, saya bersyukur saya ada awak. Saya bersyukur Allah temukan kita. Semoga kita akan terus berusaha melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Khabarkan jika saya terkurang, agar dapat saya perbaiki. Ingatkan jika saya terlebih, agar tidak saya riak. Pujilah jika saya bersederhana, moga saya tahu ada yang menghargai. I love you"

Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA

Salam 1 Malaysia,

16 Sept tahun ini kali pertama kita meraikan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan ke 54.

CR sebagai anak pasca Merdeka rasa sangat bertuah kerana lahir di bumi Malaysia yang aman makmur. Kita kaya dgn hasil bumi dan bumi kita subur.

Cuma, kita sebagai rakyat Malaysia harus selalu bersyukur dan berusaha menjaga keharmonian dan kemakmuran negara. Jangan biarkan perbezaan idealogi memecah belahkan kita. Ingatlah, musyawarah dan toleransi ada langkah terbaik dalam masyarakat majmuk.

Semoga kita terus berusaha ke arah kebaikan, insyaallah.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 11, 2011

AIDIL FITRI 1432H


Salam 14 Syawal.
Dah 14 hari berlalu, harapnya masih belum terlambat untuk CR mengucapkan SALAM AIDILFITRI pada semua.
Nampak tak gambar kat atas tu? Haaa suasana hari raya yg sure semua org tak dapat elak ialah jammed di kawasan kampung. Gambar ni diambil pada raya kedua di kawasan Bukit Putus, Kuala Pilah. Raya pertama kami di Kuala Lumpur adalah bebas dr jammed yeeehaaaa hehehe sebab jammed di istana negara dan seri perdana...org g beraya dgn YDP AGONG dan MENTERI KABINET....haaa korang dapat ke?

posted from Bloggeroid