Thursday, August 25, 2011

Aim for FRIDAY

Salam,

The festive season is coming. Tapi rumah CR still tongkang pecah. Kipas, langsir and carpet semua dah siap dibersihkan. Tapi mop satu rumah belum lagi....stress pulak CR pikir.

So, aim untuk jumaat yang mulia, mengelap n menggilapkan lantai dan cermin. If sempat, memunggah toys Adam n menutup mata lalu membuangkannya saja. Dah byk sgt ayah dia kumpul....

Kita tgk esok ye;)

posted from Bloggeroid

CERITA BASI #1 : Makan-Makan Turkish Style di Belanda

Salam,

Haaa...memandangkan bulan Ramadhan ni semua orang/kebanyakan orang sibuk cerita pasal food. Jomlah layan cerita basi CR ni.

Actually, program makan ni happen during our trip to Utrecht, Netherlands from 26th June to 1st July tempoh hari [3rd International Environment Scientific Project Olympiad].

So, jom layan our eating activity..:P

Super waffle - 2 Euro. Itu je rupanya. Cuba tukar currency ke RM. How much this thin waffle have cost us? RM8.50. Taubat tak beli hahhahha... Tapi ni je food yang leh makan and dari sumber yang diyakini masa tu. Well it taste like biscuit, very crunchy and soooo sweet, kalau makcik ada diabetes, tok sah lah makan ye...

Turkish Kebab. Its kind of familiar. Yelah, food in Malaysia have been influenced by middle east food. And here in Europe, there are large community of Turks. And most important, they are muslims. So layanlah kebab for lunch.

Buruk perangai...Tapi dah kedainya begitu. They just have 5-6 chairs and a long table. Kind like a kiosk. But I like the taste of kebab. Juicy and full with veges. Oh CR is a veggie lover tau.

Tengok semua orang gembira sebab perut dah kenyang. CR only able to eat half of the kebab. Oh ya, the Turkish Kebab - 4 Euro Mineral Water - 1.5 Euro [kiraler berapa harga lunch kami hari tu,ye]

Dinner on the 2nd day we arrive. BBQ is sponsored by a Turkish School at lupa lak name nye. Khemah dia cool! Agak2nya, kalau Malaysian yang tinggal oversea buat gathering, camnilah rasanya,kut..:)

Hambik kau...atas meja jer lah pinggannya. Roti beralaskan meja. Roti nilah santapan berhari-hari hehehhe masa kat sana ingat balik Malaysia, tak tengok roti dah...:)

Tu dia...the bbq meat. Satay giant, tak tau Turk community ni panggil apa. [Lupa nak catit pulak] Again, we eat those meat with super fresh salads and I really love it. The salads are crunchy and the tomatoes are yummy:) But for a true Malaysian like CR, I need to eat those meat with ketchup and mayos. Tawar...seasoning dia tak macam kat Malaysia. Masuk tempat orang, kita layan je.

Haa..senyum simpul sebab dah tak sabar nak makan lah tu...

So, Till then...kalau ada masa lagi, CR akan share Cerita Basi lain pulak ye...:)


Friday, August 19, 2011

Kebuncitan...:(

Salam...
Waaaa. Nak nangis gitu. Mau taknya, gara-gara memakai maxi dress ke sekolah, ramailah yg bertanya CR preggy ke? Siap ada yg takut nk bg kerja sbb igt CR dah preggy.

Actually, mmg pesennya maxi dress tu ada getah di depan n blkg yg akan mengembungkan bhgn yg dah sedia terkembung hehehe...
Satu lagi, mmg faktanya CR mengalami kebuncitan hahaha bhgn lain mmg turun bulan puasa ni, dua tempat je x turun-turun.

Tapi kan, I am positive! Semoga doa mereka ini dimakbulkan Allah. Harapnya adalah rezrki kami, insyaallah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 17, 2011

Cerita Minggu Ini


Salam,
Ramadhan dah berlalu 17 hari. Apa yang masih perlu diperbaiki? Bagi CR masih terlalu banyak. Hidupkan satu perjalanan, jadi masih banyak yg perlu dipelajari

Ramadhan dlm minggu ke tiga ini mmg mencabar dr segi physical. Kepenatan sgt2 dirasai. Sampai mlmnya tak larat nk buka mata dah. Ujian tu. Ye, sejauh mana CR bersabar menjalankan rutin seharian. Masak mmg kene masak, ngajar mmg kene ajar. Tambahan pula intensive drilling program dah bermula, ada harinya jadual kami hingga 6 jam. Fuh...bionicwoman betul.

Minggu ni juga (hari ni sbnrnya) dah dapat ayat x sayang mulut dr senior, seronok je labelkan kami unit plg bermasalah. CR x kisah, tapi apa guna Allah suruh berpuasa kalau mulut mcm petir menyambar2 hati org lain. Seriously, CR mmg x puas hati. Boleh ke puas hati kalau senang je dia kata "kalau bercerai berai pun dia x kisah, datang tetap datang." Bukan escape pun,just nk tukar masa je....

Tak pe lah, CR dah ada pengubat sakit hati kat rumah. My new NV90E. Baik CR layan mesin sulam ni lagi bagus...

Hope that your whole week bring lots of hikmah...till then

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 16, 2011

Trial SPM 2011 has started

Salam,

I am blogging from my beloved SCHOOL. By looking @ the pictures, probably I'm in the lab rite now..of course!

Actually, the Trial SPM 2011 has started since 4th August 2011. Today is the last paper. But this time it is the Practical Session. The real Writing Trial Examination is on September. Best wishes boys and girls. May Allah help you and surely you have to work harder to get good results:)

Jom kita skodeng anak-anak murid CR ni:)
Apa agaknya kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam gambar 1 dan 2?

Gambar 1


Gambar 2

Gambar 3

Khusyuknya pelajar-pelajar ni buat amali ye...Cuba teka dalam makmal apa ni?

.
.
.

nak tahu tak jawapannya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar 1
Bak kata prof di U dulu...tengah guna burrette, gajah bertenggek di atas nya...hehehhehe you will get inaccurate reading if there are excess solution in the filter funnel:)
.
.
.
.
.
.
.
Gambar 2
Hebat sungguh pelajar ini. Kalis bahan kimia ni...Pegang je burette while pouring the solution. Kalaulah asid tu agak pekat, kurang mas kahwin nanti. Tak guna filter funnel pulak tu.
.
.
.
.
.
.
Itulah dia anak-anak murid kesayangan. Bila kita buat amali di kelas, tak semua yang suka nak ambil tahu cara yang betul dan selamat. Bila terpaksa buat sendiri, mahu berpeluh tapak tangan.

Take care. Jaga keselamatan anda di mana anda berada:)

Wednesday, August 10, 2011

Cepatnya proses itu..


Salam...
Mmm, now is 10.50pm. And i still guiding my Adam doing his homework. Mesti nak ibu juga guiding him. Untungnya ayah. Tadi awal2 dua beranak ni sibuk layan tv. Tulah dia bila ibu terlelap...

Looking at what he is writing...rasa sayu sangat, the process is too quick. Cepatnya belajar membaca. Cepatnya stay up for homework... Ibu foakan Adam akan sentiasa tekun. Therefore I need to ensure that he will join as many cocurricular activity as the curricular. Supaya tak mudah bosan. Maklumlah, pada usia ini sepatutnya kawannya hanya his toys. Tapi kita tidak boleh menidakkan kemajuan zaman mereka.

So, take care people;)

posted from Bloggeroid

Saturday, August 6, 2011

RESEPI: Nasi Arab Saya



Salam ramadhan...

Nampaknya bulan berkat ni dah masuk hari keenam. Masih banyak lagi yang CR ingin lakukan. Perlu memperbaiki banyak hal lagi.

Sempena bulan berpuasa ni, boleh la kita berkongsi resepi. Mesti ramai yang bercita-cita nak masak untuk keluarga tercinta hehe

Berbuka hari ini nampaknya dengan Nasi Arab MesraNet. Senang resepinya. Ni pengaruh Ketuk2 Ramadhan Sheila Rusli lah ni. Harap rasanys ok. Maklumlah pertama kali ;)

Oh suami ku...jgnlah awak kritik kaw kaw ye. Kalau nak kritik pun sikit2 dah le. Takut lenkali sifat malas isteri mu ni datang lagi pulak hehe *nanti CR UPDATE lagi ye*

Take care

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 3, 2011

Adik punya...

Salam,
Sejak akhir-akhir ni Adam makin matang bila bercakap. Mungkin dia telah dapat menyesuaikan diri di sekolah dan banyak bergaul.

Kenapa CR kata yg Adam lebih matang?
1-sifat keabangannya mula terserlah. Mungkin sebab kawan2 ramai yg beradik. Adam mula cakap toys lama dia untuk adik, nnt nak beli mainan baby untuk adik. Sian Adam. Sabarlah nak.

2-ayahnya kurang sihat,senak perut katanya,ke hulu ke hilir Adam ikut ayahnya. "Adam nak jaga ayah" katanya. Ibu doa Adam akan jadi anak yg soleh yg berbakti pada orang tua,InsyaAllah.

Take care

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 2, 2011

RESEPI: Ayam Stress Marking



Salam,
Nak share recipe org tgh stress marking. Nama recipe pun pelik hehe

Ayam (daging dipotong sedang)
Digaul dgn kunyit, garam, kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam
Perap dlm 15 min
Bungkus dlm aluminium foil, jerang je dlm kuali

Kentang dihiris sedang
Goreng dlm minyak smpi agak empuk
Masukkan bwg merah, bwg putih dan halia yg dipotong dadu
Goreng sampai naik bau
Add in kicap, serbuk lada hitam dan sedikit air. Tambah 2 sudu kecil tepung jagung dlm air tadi untuk thickening effect.
Bila mendidih, tambah carrot. Biarkan empuk sekejap.
Masukkan capsicum dan cili merah yg dah dihiris nipis.
Rasalah. Siap, tuangkan atas ayam tadi bila dah nak makan.

Haaa, apa recipe berbuka korang?

posted from Bloggeroid

Cerita apa pula?

Salam,


Salam RAMADHAN. Dah masuk hari kedua pun. Tenangnya Ramadhan, Alhamdulillah.

Plan for today:
  1. amik darah di Poliklinik Bandar. CR dah menginjak ke three series. So kene berjaga-jaga. Prevention is better than cure. Nak buat full blood test. Keputusan dalam 2 hari lagi.
  2. CR also plan to see the gynea for consultation. Hope that everything went well. ** sebab Klinik Gynea ni buka lambat. Postpone lah next week insyaAllah.**
So, macam mana hari kedua anda berpuasa??

posted from Bloggeroid