Monday, March 14, 2011

crEEpy - Perlukan pandangan Anda

Salam and Hye...

Actually this entry is related to what happen to me month ago... This entry is actually a question or should I say "What should I do???"

Berjumpa makcik-makcik selepas keguguran,
soalan yang akan ditanya adalah "Kenapa hari tu?"
Dan jawapan yang keluar adalah "Gugur, Tak de rezeki lagi"
Lalu akan disambut "Cuba lagi lah ye..."
Dan jawapan nak menjaga hati " Tulah..." sambil menguntum senyum sumbing.

Ye CR keguguran... itu satu cerita. Tapi yang memusykilkan adalah bila ada yang mula berkata rumah kami sebenarnya "PANAS" atau lebih tepat lagi bukan kami bertiga je tinggal di rumah kami. Ada makhluk yang tidak kelihatan menumpang sekaki. Dan kemunginan ketidak-berhasilan kami menambah bilangan ahli keluarga adalah disebabkan itu.

Kenapa selepas terjadi benda macam ni baru nak kata "tulah, hari tu masa aku datang, aku dah perasan....tapi..."
Kenapa dah jadi benda macam ni baru nak cakap? Bukan tak jumpa sebelum tu. Kalau tak jumpa pun ingatkan kat phone tak boleh ke?
Kenapa belum jadi tak nak pulak ingatkan?
CR bukan nak cari pasal menyalahan orang, tapi sedih bila cerita macam ni timbul di sebalik kesedihan yang kami alami.

Yelah, CR bukan tak nak percaya. Memang ada makhluk Allah yang lain selain manusia. Tetapi kenapa selepas semua terjadi diungkit-ungkit cerita kematian Aiesya, keguguran CR, accident-accident Adam [memang Adam selalu jatuh. Tapi sebab anak lelaki kan lasak]. Entah lah. Nak menolak, makcik-makcik juga yang menyuarakan.

So, kalau korang jadi CR apa korang buat?

2 comments: