
Salam,
Result SPM dah selamat sampai ke tangan pemiliknya. Dan kami selaku guru-guru juga selamat menerima analisa subjek masing-masing.
First of all, ALHAMDULILLAH kerana result tahun ni melonjak dengan saujananya:) Bukan senang nak capai percentage A sebanyak 81% iaitu seramai 358 orang daripada 438 orang pelajar.
Seronok tengok slip masing-masing dengan huruf A+, A dan A-. So anak murid sekelian, subjek yang korang fobia tu harapnya tidak lagi menjadi subjek yang dibenci,ye!
Tujuan entry ini ditulis untuk mengingatkan CR tentang prestasi kelas CR. Daripada 73 orang pelajar, yang terbahagi kepada 3 kelas seramai 58 orang pelajar mencapai gred A, 12 orang mencapai gred B, 2 orang gred C dan seorang D.
Mmmm. Itulah CR kene kerja keras lagi ni how come pelajar yang datang dengan 8A membawa pulang C dan D dalam SPM.
Tapi students sekalian, CR tak pernah membezakan pelajar... semuanya diajar dengan adil selagi semua student mahu mengambil kesempatan. Usaha daripada sebelah pihak sahaja tidak akan bermakna.
Diharap students CR tahun ini lebih berusaha. CR juga akan terus berusaha membantu!
Tahniah kepada anak Homeroom Delima 1 yang diingati. Semoga akan teliti memilih course di peringkat yang lebih tinggi!