Sunday, January 16, 2011

Judgmental

Salam,

Memang pantang dengan orang yang ada sifat ni. Korang pun sama rasanya. Ya... kadangkala kita memang x dapat lari dari bersikap judgmental, tapi berfikiran positif adalah kunci penghalangnya. Kita tidak akan selamanya betul, dan orang lain juga tidak akan selamanya salah. Ini kerana kita adalah hamba Allah yang tak lekang melakukan kesilapan.

Actually, terpanggil nak berkongsi sebab baru lepas tengok telemovie arahan Shahrul Ezzad. Tajuknya Antara Garisan. Bagi CR yang x celik ilmu-ilmu drama ni, I think I like the telemovie. Peringatannya diberikan dengan jelas, bagaimana syaitan mempunyai bermacam-macam cara untuk menyesatkan manusia. Namun, bisikan hati adalah musuh yang paling utama.

Ilmu yang penuh di dada tidak akan bermanfaat jika tidak diamalkan, malah menjadikan akal fikiran sebagai tuan turut bakal membawa padah. Orang yang kelihatan jahat, tidak akan selamanya jahat dan orang yang konon baik tidak akan selamanya baik. Sisi gelap dan hitam itu hanyalah dibatasi dengan sebuah garisan yang halus yang mana kita tidak akan sedar kita boleh melintasinya pada bila-bila masa....

Ingatan untuk diri CR juga:)

1 comment:

  1. agree!!

    cikgu,follow blog saya cikgu.

    http://helmethumble.blogspot.com/

    thnx :)

    ReplyDelete