Happy Wednesday!
RM tu bukan Puan Sri Rosmah Mansor, ye... bukan juga Rohani Mansor, mama CR, but I really want to share bout demam RINGGIT MALAYSIA dalam persekitaran saya.
As I said before, tahun ni CR nak jadi manusia bermata DUITAN.... Ada beberapa langkah telah dijalankan dan rasanya ianya agak personal untuk dikongsikan. Apa yang nak dikongsikan ialah, rupanya bukan CR saja yang bermata RM semenjak dua menjak ni, kawan-kawan di sekolah pun sama rupanya.
Baru-baru ni banyak sungguh skim-skim yang melibatkan pelaburan untuk masa hadapan yang CR dengar. Ada yang memperkenalkan
- Gold Saving Account dari Maybank and Public Bank
- Account Dinar dari Public Bank / Kijang dari Maybank
- Beli jongkong emas pun salah satu option
- Haaa buat ASB loan dari bank pun boleh juga, tapi menambahkan hutang lah untuk masa terdekat sebelum menuai. Korang boleh survey CIMB, Maybank, dan yang terbaru dan agak menarik dari RHB Bank.
Balik semula, nampaknya masalah peningkatan taraf hidup semakin menjadi isu, ye. Dan rasanya masing-masing berlumba-lumba untuk menambahkan pendapatan. Usaha tangga kejayaan, tau. Syabas, korang semua!
Cuma, jangan lupa tanggungjawab kita pada bangsa dan agama. Apa-apapun marilah kita berkongsi rezeki yang Allah beri dengan komuniti dengan berzakat. ZAKAT MEMBAWA BERKAT, ye dak?
take care.
No comments:
Post a Comment