Saturday, July 3, 2010

Nombor 7 dan 1 dan Medical Card

Salam Joy,

Mungkin ini kebetulan dan tiada kaitan. Kaitannya hanyalah saya. Ya, seems that this number has bring me sadness...tapi perasan tak, nombor ini juga nombor yang baik...

Kenapa 7 dan 1? Sebenarnya akal saya yang cetek saja membawa saya berfikir begitu, tanpa mengetahui hikmah yang terkandung. Pada 7.1.2010 anak kedua saya; Aiesya Zaffan telah pergi meninggalkan saya. Tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis yang mulia. Pada 1.7.2010 juga pada hari khamis, anak saya yang pertama menjalani minor operation disebabkan terjatuh dan terkena bucu almari. Di sinilah kaitannya....

Berbalik pada minor operation tadi, pada malam rabu Adam terjatuh, Ya Allah betapa trauma dan rasa nya saya yang menanggung sakitnya bila melihat banyak darah dar mulut Adam. Rupanya atas bibir Adam, terkoyak. Banyak darah, habis basah baju melayu Adam....

Dengan keadaan saya yang pernah mengalami kehilangan, kejadian ini sangat menyentap hati saya, saya berdoa supaya Allah mengasihani saya, Andai saya yang berdoasa biarlah saya yang dihukum, bukan anak saya...Ya Allah...memang Allah sahaja yang tahu perasaan saya malam itu...

Selepas ke klinik, Dr mengarahkan kami ke General Hospital kerana lukanya agak dalam dan tak mungkin dapat dijahit di klinik. Namun, atas faktor bimbang terpaksa menunggu begitu lama, kami memutuskan untuk terus ke sebuah hospital swasta. After check-up by the MO, she said that probably Adam has to be warded as the wound has to be stitched by the ENT Dr.

Di sinilah silap kami...we don't have a medical card malah cash money yang kami ada tidak mencukupi untuk deposit...Ibu mengutuk diri sendiri, kenapa tak pernah terfikir? Bukan tidak mempunyai Insurans, ada, tapi insurans pendidikan untuk Adam.

Kami bawa Adam pulang ke rumah dengan appoinment keesokan harinya dengan pakar ENT.

Saya akan sambung kemudian...

2 comments: