Thursday, October 28, 2010

Kedai Pok Cik Habib

Salam kawan-kawan,

lama kita tak update, rindu sangat nak menaip...

Kita just nak update yang semalam kita g Kedai Pok Cik Habib... Dah lama kita nak pegi tukarkan barang-barang kita yang sehalus janggut udang tu. Akhirnya kita dapat gak tukar. Korang nak tau tak sekarang harga 916 gold is RM151/g. And the price is expected to increase until June. Kalau nak tunggu turun reganya, alamatlah...

Haa, satu menda nak bagi tau korang...kalau nak tukar barang, JANGAN le buat kat cawangan MELAKA. Cis, tertipu saya! Korang g jelah Cawangan lain. Bukannya apa, kalau barang yang kita beli murah sikit dari barang yang kita tukar, Pok Cik Habib MELAKA ni hanya leh refund below RM100. Tapi kalau cawangan kat KL, brapa pun dia leh refund...Jadinya, kita terpaksalah menambah barang and end up kluar jugak duit.

Hmmm and lagi satu 29th until 31st Oct Kedai Pok Cik Habib ni ada jualan gudang for their Diamonds. 50% off tau korang, tapi korang tgklah harga asal dia pulak... leh buat tukar keta 2nd hand sebiji. So, sementara kita menunggu, kita pun wat lah muka tak malu; try Diamond's Collection yang mak datin suka pakai tu...Sales person dia yang ajak tau... (hubby geleng je lah..hehehe)

Gedabak you cincinnya...Korang layan gambar yer:)

Yang kiri tu RM31,000 Tengah RM12,000 yang kanan RM24,000
Korang minat tak?

Cincin OngGeDek ni tak tanya lak berapa...

Haa, yang ni kita tibai try kejap...X dapat pun rasa pakai jadilah...sbb sure x kan pakai bunga kembang mekar ni punya...:)

Till then, daaa

Tasty Thursday : Potato Salad

Potato Salad
Kiriman: hasna

Bahan-Bahan:

3 medium size potatoes
mayonaise
pepper
few slices of sausages or meat loaf
parsley leaves
olive oil

Method:

boiled the potatoes with the skin.
after the potatoes is cooked and soft, unskinned the potatoes.
Cut the potatoes into dice and place in a bowl.
Boil or microwave the sausages or meat loaf. After cooked, cut them into small dices and mixed into the potatoes.
put enough mayonnaise and dash a little of olive oil and grated pepper (not too wet). Mixed them up gently while the potatoes is still warm.
Garnished it with cut parsley leaves. Put it into the fridge before serving.

How to Serve:

serving enough for 2-3 person, best served chilled. Suitable for parties and BBQ.

Friday, October 22, 2010

POLYVORE - 1st try:)

Salam,

First time I see people playing (betul ke?) with POLYVORE is at school. It's funny, but true and the person is one of my colleague. She says that it is fun [macam main patung kertas masa kita kecik-kecik dulu]. I thought I would never try this game, as I thought I don't have enough time and lack of knowledge in fashion.

The second person I saw involve with POLYVORE is Zieha; my everdearest old friend. And I think I should try once. hehhehe.

So, this is the first try, and might be the last; I don't know.
Sparky Black

Hobby : Designer Fabric

Yeah, yeah...its been a long time...:)

but I'm here at last. No latest product. I've been unproductive lately. I'm sorry.
I've been surfing for designer's fabric for the past 2 weeks. And I found that Michael Miller's design always catch my eye. I love the pattern and the abstract ahaaa and also the child type of the design. Always make me dream of the fabric ahahhaha And another designer is Amy Butler. Do check their fabrics!Pics from http://www.michaelmillerfabrics.com/MMF/NewProduct.cfm?Gid=1224

so, here I list a few blogger that sell designer fabrics for you:)

Thursday, October 21, 2010

Melaka Maju 2010

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-isytihar-melaka-maju-2010/


Happy Thursday!
Well, today is a public holiday for us in Melaka.
Will enjoy this day with beloved family...yeay!

Oh ya, seperti dalam link di atas, Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri maju pertama di Malaysia. Ini mengambilkira beberapa aspek antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.

"MELAKA Maju 20.10.2010 @ 20.10"

Wednesday, October 20, 2010

Hutang

Salam,

Layan radio on the way to school today. The issue is HUTANG; Nikmat atau Terjerat. Mmmm, blog ZetyZin has a good entry on this topic. Syabas ZZ!

As for me, hidup sekarang memang sangat susah mencari individu yang tidak berhutang. Seawal belajar di institusi pengajian tinggi saya telah menandatangi perjanjian sebagai pemiutang. Bukan sedikit kawan-kawan, 20K. [Jadi saya berikrar, menyimpan untuk pendidikan anak-anak saya; kalau tak 100% cukup, mungkin dapat meringankan nanti]

Selain itu, hutang kereta memang dah pasti. Mana mampu saya nak membeli kereta cash. Namun, insyaAllah hutang kereta ni semakin sampai ke penghujungnya. Yeay!! Tak sabar rasanya.

Ada juga diberitakan bahawa penggunaan CC adalah penyumbang utama kepada hutang isi rumah rakyat Malaysia. Saya sangat-sangat bersetuju. Andai anda ingin menggunakan CC, pastikan kita sentiasa berddisiplin. As for me, Alhamdulillah setakat ini, saya rasa saya tidak perlukan CC. Bukan tak mengikuti teknologi, tapi tak percaya pada disiplin diri sendiri; ukur baju di badan sendiri,kan?

Apa yang menyumbang kepada hutang isi rumah korang ye?

Rindu Sama Kamu

Kamu pergi
niat yang suci

Kamu pergi
mencari redha Ilahi

Kamu pergi
x sabar rasa bertemu kembali

Rindu
mula bersarang

Rindu
mula terkenang

Sihatlah di sana
Kuatlah di sana
Beramallah di sana
Carilah redhaNya
Burulah mabrur dariNya

Sungguh!
Walau aku rindu sama kamu

Mama dan Papa telah bertolak ke Tanah Suci pada 19 Okt Jam 5.30 am. Semoga sentiasa dilindungiNya dan beroleh Haji yang mabrur. Ameen