Saturday, April 4, 2015

Aku Sebuah Papan Gosok

Namaku Si Biru; diberi oleh tuan ku sempena kulit asalku yang kebiru-biruan. Telah lama aku berkhidmat untuk tuan ku...rasanya hampir 9 tahun lamanya. Sejak tuanku masih muda bergaya, sehingga kini patutnya sudah beranak tiga.

Aku memerhati dan menjadi penunggu setia di rumah ini. Untuk pengetahuan semua, partner ku telah 2 kali berganti. Dulu yang pertama, si genit National berwarna merah hati, kini aku dipasangkan bersama Si hitam Panasonic yang beratnya, Ya Ampuun...kepalang. Adakalanya, terpeleot kaki ku yang pernah dipateri ini dibuatnya.

Iya... Selama umurku di rumah ini, kaki ku pernah patah akibat komitednya aku terhadap tugasku. Alhamdulillah, aku tidah dicampak ke tepi rumah sebagaimana pengakhiran hidup barang-barang kelengkapan rumah yang rosak. Ku fikir, berakhirlah khidmatku dalam hayat ini apabila patahnya kakiku... Namun, kerana sifat berjimat tuan ku, aku dihantar hingga ke Masjid Tanah untuk dipateri. Dibengkel pertukangan kereta Kolej Kemahiran Tinggi MARA; sempat aku menjeling di pintu masuknya. Lalu aku masih dapat berdiri dan masih utuh memberi khidmat bakti kepada tuan ku. Akan ku balas kepercayaannya kepada ku ikrar ku dalam hati.

Sebenarnya sepanjang tempoh perkhidmatan ku, sarung ku sudah beberapa kali diganti. Yang pertama dulu, alasannya aku tidak gebu, susah untuk menggosok katanya. Lalu aku disarungkan dengan alas Biru 'heat absorber' yang kononnya berfungsi menambah nilai kualiti gosokkan ku. Namun, mmg indah iklan daripada hakikat....alas Biru masih pada tahap ok-ok saja kata tuan ku. Namun disebabkan telah dibeli, alas Biru masih kekal menjadi sarungku. Yang kedua, alas Kelabu 'built-in metal heat reflector' katanya. Mmm ku risik2 getus hati tuan ku, akhirnya aku tahu tuan ku agak berpuas hati dan merasa berbaloi mengeluarkan RM 25.00 di Jusco membeli alas Kelabu. Masa menggosok berkurang sedikit katanya... Maka jadilah aku Si Biru yang dibaluti alas Kelabu selama hampir 3 tahun.

Namun minggu ini, ku dengar2 kata hati tuan ku ingin menukarkan alas Kelabu. Kesian, alas Kelabu telah lama berjasa, terkoyak sudah permukaannya. Nampaknya, x lama dah masa si alas Kelabu ni, kataku di dalam hati. Namun, untuk kesekian kalinya sifat berjimat dan 'do it yourself' tuan ku memungkinkan si alas Biru, si alas Kelabu dan aku Si Biru masih mampu menjalankan peranan kami... Ini kerana, aku yang masih disaluti si alas Biru pada lapisan pertama dan si alas Kelabu pada lapisan kedua akhirnya disaluti si Fabric IKEA. Maksudnya, kami bertiga masih diperlukan di rumah ini, masih diperlukan untuk terus menabur bakti, masih boleh menemani tuan ku menggosok baju-bajunya....alhamdulillah, kerana aku adalah Si Papan Penggosok yang kini berwajah baru.

Saturday, March 28, 2015

Saya Si Gigi Besi

Salam Sabtu
Does your weekend is cool enough? I hope the answer is yes! And tomorrow will brings another fantastic moment to you, InshaAllah.

As for me, my saturday isn't that great. But I enjoy it to the fullest with my 3 heroes. Yeay! Weekend is great with these 3.

Just to share with JOY, after quite sometimes(lama...dari anak dara CR berfikir hahaah), I finally made up my mind to wear this metal thing inside my mouth. Memaksa diri actually. I did mentioned here that Dentist had made prediction that Adam has higer tendency to wear braces... before the son wearing it, let the mother try it first,kan......



So, here I am...menahan kesakitan masa makan. I have to stop myself from eating variety type of food...yeahhh this is not so cool man...because I love to eat!



Till then, have a great Saturday peeps...muah muah

#updateonday3

Thursday, March 26, 2015

SCHOOL - Menikmati Terik Mentari...

Salam hari Khamis,

Inilah senarionya bila anak murid datang lewat 30 minit dan waktu teaching and learning hanya 50 minit hari iniπŸ˜‰

Jom anak-anak, CR x kuasa nak menambah kedutan di muka yang nyata tidak ada (kononnya...). Tak mahu marah2, x mahu bebel-bebel.

Marilah kita nikmati suara breezy and sunny day di MRSMTGB. Lawa, kan pepohon yang hijau melambai...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

#sayasayanganakmuridsaya #sayasukajadicikgu

Wednesday, March 25, 2015

Scrapbooking - My Baby Boo

Assalamualaikum,

On the 1st of March 2015, CR has received new nephew...yeah cousin of Adam and Amsyar. We feel very grateful and full of happiness to welcome our new family member.

CR has made a flipped door sign for this baby boo...

Actually, this baby scrapbooking set is bought from POPULAR. Nice one, isn't it? CR just adds some creativity and accessories to this masterpiece and tadaaaa...

This is a dua by Prophet Ibrahim... a very beautiful dua. May Aish Al-Kauthar become a pious muslimin...


Take care, peeps. Muah!

Sunday, January 18, 2015

Tahun 2015 - Be Positive

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah hampir 20 hari kita semua di tahun 2015.  Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah atas umur yang semakin meningkat dan tanggungjawab yang semakin besar.

CR berdoa semoga dalam tahun ini kita masing-masing dapat memperbaiki diri, dan trademark tahun ini adalah BE POSITIVE.  Apapun yang berlaku, jom sama-sama bersangka baik pada Allah, berhusnudzon pada rakan-rakan sekeliling.  InshaAllah dunia kita akan lebih positive dan menggembirakan.

CR tak sabar nak mengharungi 2015.  Iya, peningkatan umur yang dipinjamkan oleh Allah ni sebenarnya seiring dengan pertambahan kematangan harapnya dalam apa juga yang CR hadapi, InshaAllah.

CR tak sabar nak kembali bertugas.  Rindu pada anak-anak yang dah lama bercuti.  Merekalah amanah yang perlu CR selesaikan sebagai penjawat awam.

Have a great year ahead, friend...


Friday, December 5, 2014

CR Beli Baju Nursing

Salam,

Rasanya entry ni cam dah lewat sangat untuk diupdatekan.  Tapi xpelah InShaAllah ada manfaatnya pada sesiapa yang Google for baju menyusu or nursing attire.

Ya, CR memang fully breastfeed anak kedua CR.  Alhamdulillah rezeki yang Allah beri.  So baju menyusu memang sangat perlu jika keluar bersama anak.  Lagi-lagi sekarang Anak Soleh CR ni dah 2 tahun.  Macam-macam gaya menyusu dibuatnya.  Alhamdulillah, dia boleh kompromi supaya bersabar hingga ke Baby Room atau kereta.

Favourite Nursing Attire site adalah .... MUMSLUV.
Memang puas hati.  Inilah kerjanya orang yang tiada masa nak bershopping di luar ni.

CR dah try

a) Awatif Fish-Tail Blouse RM100


 b) Sarah Blouse RM90


c) Qarissa buttoned-Blouse RM80



d) Dress Marissa RM169


e) Ainy Nursing Kurung RM159


f) Ariana and Arissa Nursing T RM65



haaa... x perlulah letak gambar CR sebab CR memang bukan jenis yang OOTD tu kan... Cukuplah dengan gambar model dari website mumsluv.com

Yang pentingnya, kenapa CR suka nursing attire dari MUMSLUV?

i) Sizenya sesuai dgn bentuk badan CR yang bukan macam supermodel ni.  Inilah masalah yang biasa dialami oleh orang yang portion badan dia x seimbang... hahaha tidak perlu diulas di situ ye.

ii) Material yang selesa dan tak panas untuk ibu-ibu yang sangat aktif :)

iii) simple yet elegant.  Tak perlu diulas di situ. Betul,kan?

ok...Selamat Bercuti untuk ibu-ibu yang masih bercuti.... Assalamualaikum.

Wednesday, December 3, 2014

Cikgu Rozila di alam maya

Salam beribu kali salam sejahtera CR ucapkan....

oh my, oh my gosh... this year would be the most unproductive year for me as blogger... sungguh, peranan blogger pada CR dah banyak diambil alih oleh peranan sebagai ibu yang selalu berlagak 'hulk', cikgu yang merangkap tukang buat report, laminator and the list tak pernah stop...

Maafkan CR JOY kerana telah mengabaikan kamu sepanjang tahun ni... meh kita tengok statistic sikit.

haaa??? 7 entry jer tahun 2014 ni? uish..uish uish... ada eloknya ditutup sahaja kamu JOY.  Tapi, sayanglah pulak... kalau CR nak ngomel, mana nak diomelkan?

okey, enough membebel... before I change my mind, better for me to resume the aim of today's entry. CR nak share tentang lambakan media sosial.  Apakah apps atau media sosial yang anda semua gunakan? As for me...

i)  Facebook paling aktif digunakan. Sharing and Like lah selalunya.


ii)  Instagram always wonder, why are people have beautiful attractive picture???

iii)  Twitter layan ex-students lah selalunya. Gen-Y ni kuat luah perasaan di twitter... ye ke korang???

iv)  Whatsapp yang ni apps paling active di hp... gambar and video slalu memberatkan hp CR


v)  Telegram info sekolah yang utama. Sebab Telegram boleh added more people in a group.

vi)  Pinterest menggila tengok gambar... otak pun pusing-pusing pk apa pulak CR nak buat...

Haa.. so amacam?  Care to share korang punya role di alam maya?

psst:  Lepas ni nak buat entry pasal shopping pulak lah...:)
Assalamualaikum...