Friday, May 11, 2012

Sejadah Kaabah dan Saya

Salam,

Lama tak post something...Seperti biasalah, usual reason:)
Hari ni tengok ulangan Cerekarama Sejadah Kaabah di TV3, ending cerita ni Ibu (Eja) kehilangan anak bongsunya akibat langgar lari.  Semasa nazak, anaknya sejuk lalu meminta Ibu memeluknya.  Saat-saat begini CR sangat tersentuh mengenangkan pengalaman diri berdepan dengan anak yang menghadapi skaratul maut.  Walaupun situasi agak berlainan, tapi naluri tu tetap sama...

CR memang tak sanggup menghadapi kehilangan lagi.... Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan pada kita semua, Amin...


Wednesday, April 25, 2012

BUSUKNYA!!!

Salam,
Pernah tak bau suami kita busuk sangat sampai tak larat nak bau. Yang peliknya, bila tengah bersiap dgn splash of branded perfume pun rasa busuk sangat. Apatah lagi lah klu balik dr kerja. Hehehe kesian sangat kat MrHubby.
Haaaa tu kenangan masa pregnantkan Adam dulu. Seriously, mmg busuk hahaha......
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, April 17, 2012

RESEPI: Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Salam,

Hari ni CR cuti, so sempena menyambut kepulangan suami dan anak tercinta hehehhe meh lah nak merajinkan diri memasak.

CR rasa masakan nilah yang paling senang yang mama dan uwan (oghang noghori panggil nenek) pernah ajar.
ikannye dah tinggal ni je....capture pic lambat sangat:P

Bahan:

Ikan Tenggiri ( sebelah - dipotong )
Cili api segenggam ( ikut kepedasan yang korang sanggup )
kunyit hidup ( sikit je, dalam seinci )
serai 2 batang ( dititik )
asam keping
santan pekat (secawan )
garam
terung / tomato dipotong sedang / sederhana

Cara:
1 - tumbuk cili api, kunyit dan garam sehingga lumat
2 - masukkan bahan yang ditumbuk, serai dan ikan tenggiri tadi ke dalam periuk, hidupkan api yang  
     sederhana
3 - saya masukkan sekali dengan separuh santan pekat tadi - masak ikan tak perlu lama-lama
     biarkan sahaja 2-3 minit supaya cili dan santan tadi masuk ke dalam ikan
4 - lepas tu masukkan semua santan yang lebih tadi.  Biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.  
     Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak
5 - masukkan asam keping (supaya kepedasan diimbangkan dengan masam dari asam keping tadi)
6 - masukkan sayur yang ingin dicampurkan tadi
7 - dah boleh hidang.

Selamat Mencuba


Sunday, April 8, 2012

Yang Hidup Akhirnya Akan Mati

Salam,

Mati. Ya itulah destinasi kita semua, sebelum menunggu tibanya Hari Pembalasan. Sudahkah aku bersedia untuk mati? Belum. Tapi kita tidak akan diberi pilihan untuk menetapkan bila kita akan mati. Jadi aku harus belajar untuk bersedia menghadapi mati.

Minggu ini aku berhadapan dgn 2 berita kematian pd hari yang sama. Seorangnya, pasti menjadi bidadari syurga kerana masih suci. Beliau adalah seorang bayi. Sama seperti anakku Aiesya Zaffan, Insyaallah. Dan seorang lagi adalah Pak Long ku yang telah ditarik penderitaannya melawan kanser. Al-Fatihah buat keduanya.

Pengajaran yang jelas untuk ku, mati itu x kenal umur; tua muda kanak-kanak bayi. Teringat kata-kata imam saat talkin untuk Aiesya Zaffan dibaca "Maka ingatlah kita semua bahawa mati itu benar dan tidak mengira peringkat umur"

Pengajaran yang ku perolehi :

  1. Allah memberi kesudahan yg baik utk hambanya yang bersabar.
  2. Penyakit itu kifarah dosa. Sejuk hati memikirkan arwah pak long sempat memohon maaf dan berterima kasih pd org sekeliling. Ya Allah sempatkah aku memohon maaf pd semua orang?
  3. Anak itu pinjaman Allah.  Kita takkan pernah tahu hingga bila Allah beri pinjaman itu. So, lakukan yang terbaik untuk anak kita selagi kita punya masa.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, April 1, 2012

Kuatkan Aku.

Aku harus terus kuat
Lebih kuat dan utuh dr tembok besar China
Lebih gagah dr Badang
Kerana pokok pangkalnya
Semua dari Allah
Mereka juga makhluk Allah
Allah jugalah yg menentukan
Maka kerana itu aku yg harus kuat berusaha yg termampu memelihara
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, March 28, 2012

I'm on clomiphene citrate

Salam,

erm...ini ada usaha yang seterusnya.

Kerana CR percaya Allah akan memberikan yang terbaik asalkan kita berusaha mendapatkannya.  InsyaAllah. Telah undergoes first cycle and am waiting for the result.

kat sini CR nak share beberapa maklumat penting tentang clomiphene citrate ni.
Harap membantu kawan-kawan yang ingin tahu.....

http://infertility.about.com/od/infertilitytreatments/a/clomid101.htm

Sunday, March 25, 2012

72.3% A's

Salam,

First of all, ALHAMDULILLAH kerana Allah memberikan rezeki yang murah ini.  Apa yang 72.3% nya?  72.3% A untuk subjek KIMIA [yang susah tu - kata students]. 72.3% A dari 447 orang pelajar tau which is 322 orang.  I think ini pencapaian yang baik.  Walaupun ada terdetik sedih di hati kerana peratusan ini menurun sebanyak 9% berbanding tahun lepas.

Mungkin Allah mahu memperingatkan CR supaya berusaha lebih lagi untuk SPM 2012.  Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar-pelajar Batch 2010/2011, guru-guru MRSM TGB, staf-staf dan ibu bapa yang banyak memberikan sokongan kerana maktab kita telah dinobatkan berada pada tempat pertama antara MRSM se-Malaysia.

WELL DONE you guys!