Wednesday, August 3, 2011

Adik punya...

Salam,
Sejak akhir-akhir ni Adam makin matang bila bercakap. Mungkin dia telah dapat menyesuaikan diri di sekolah dan banyak bergaul.

Kenapa CR kata yg Adam lebih matang?
1-sifat keabangannya mula terserlah. Mungkin sebab kawan2 ramai yg beradik. Adam mula cakap toys lama dia untuk adik, nnt nak beli mainan baby untuk adik. Sian Adam. Sabarlah nak.

2-ayahnya kurang sihat,senak perut katanya,ke hulu ke hilir Adam ikut ayahnya. "Adam nak jaga ayah" katanya. Ibu doa Adam akan jadi anak yg soleh yg berbakti pada orang tua,InsyaAllah.

Take care

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 2, 2011

RESEPI: Ayam Stress Marking



Salam,
Nak share recipe org tgh stress marking. Nama recipe pun pelik hehe

Ayam (daging dipotong sedang)
Digaul dgn kunyit, garam, kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam
Perap dlm 15 min
Bungkus dlm aluminium foil, jerang je dlm kuali

Kentang dihiris sedang
Goreng dlm minyak smpi agak empuk
Masukkan bwg merah, bwg putih dan halia yg dipotong dadu
Goreng sampai naik bau
Add in kicap, serbuk lada hitam dan sedikit air. Tambah 2 sudu kecil tepung jagung dlm air tadi untuk thickening effect.
Bila mendidih, tambah carrot. Biarkan empuk sekejap.
Masukkan capsicum dan cili merah yg dah dihiris nipis.
Rasalah. Siap, tuangkan atas ayam tadi bila dah nak makan.

Haaa, apa recipe berbuka korang?

posted from Bloggeroid

Cerita apa pula?

Salam,


Salam RAMADHAN. Dah masuk hari kedua pun. Tenangnya Ramadhan, Alhamdulillah.

Plan for today:
  1. amik darah di Poliklinik Bandar. CR dah menginjak ke three series. So kene berjaga-jaga. Prevention is better than cure. Nak buat full blood test. Keputusan dalam 2 hari lagi.
  2. CR also plan to see the gynea for consultation. Hope that everything went well. ** sebab Klinik Gynea ni buka lambat. Postpone lah next week insyaAllah.**
So, macam mana hari kedua anda berpuasa??

posted from Bloggeroid

Sunday, July 31, 2011

Sehari sebelum RAMADHAN



@ Masjid India Jln TAR. Dalam kesibukan membeli belah, masih ramai yg ingat tanggungjawab masing-masing.

Salam Ramadhan CR ucapkan. Maafkan keterlanjuran dan kesilapan CR selama ini.

Salam Kemerdekaan juga. Mari manfaatkan kemerdekaan diri kita dr belenggu syaitan. Moga kita mampu memerdekakan diri dari belenggu nafsu.

Take care

posted from Bloggeroid

Cis kau T*B

Salam,
Tak puas hati Mode : ON
Memang tak puas hati lama dah ngan T*B ni. Based on makluman yg CR perolehi, kadar tarif baru untuk penggunaan elektrik hanya diaplikasikan kepada pengguna yg bil eletriknya melebihi Rm70. Maka dgn senang hati kami sure lah x kene. Al maklumlah, rumah x pakai aircond ni mmg takkan cecah RM70. Usually bil rumah CR dlm lingkungan RM50-an.

Tapi semenjak T*B guna sistem checking home to home 2 bulan sekali dan pos estimated bil berselang seli, bil 2 bulan yg sepatutnya RM100 dah jadi RM120 disebabkan tarif yg berbeza selepas RM70. Ini satu PENIPUAN!!!

Seriously tak puas hati!!!

posted from Bloggeroid

Friday, July 29, 2011

PELIK


Salam,

Apa salah saya????

Pernah tak korang bertanyakan soalan sebegini pada diri masing-masing? Pernah tak korang rasa pelik apsal aku???
CR bukanlah baik dan betul, tapi rasanya tindakan yang CR hadapi tidak adil untuk CR. Without knowing why, I am punished.

Tindakan ini pd CR agak keanak-anakan. Masakan org dewasa yg berfikir panjang melakukan tindakan ini. Apa tidak terfikir ke yang tindakan ini mencetuskan suasana tidak selesa dlm bekerja.

CR bukan milik sesiapa (hanya hamba Allah). Jadi tolong jgn bersifat memiliki dan mengongkong kerana CR tak pernah mengongkong sesiapa. CR akan berkawan dgn sesiapa sahaja dan berhak ke mana-mana dgn sediapa sahaja.

Wahai kawan, andai CR bersalah, CR minta diri dimaafkan. Semoga Ramadhan yang tiba bakal memberi hidayah pada kita semua. Mohon supaya anda tidak lagi mengganggu emosi dgn tindakan anda. Tindakan sebegini benar2 dan amat2 tidak meyelesakan.

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

Thursday, July 28, 2011

Facial??

Salam,
Mmg dah lama sangat tak buat facial... Seriously, last time was after confinement of my first child. Rasanya, korang pun tahu anak CR almost 4 years old. Haa, kan dah cakap.

Ntah kenapa tetiba rasa nk memanjakan muka pulak. Apa salahnya, sekali sekala. Lasgipun duit sendiri, ada sapa kisah ke?


Huh,mmg best la sekali sekala memanjakan diri. CR try ikut kawan, mencuba CELLNIQUE. Tak sempat pula bertanya ingredient, tapi bau dia mmg best. Fruity smell. Yang tak tahan bila muka dicungkil-cungkil tu la...meleleh air mata tau.


Tapi CR cadangkan pergilah buat facial, paling-paling 3 bulan sekali. Tu pun dah kira lama. Jgn jd CR pulak, 4 tahun...hehehe Apa citer facial session korang ye? Jom share

posted from Bloggeroid