Friday, February 18, 2011

Natural Skin Care

Salam,

I've read about how Kak Baya maintain her beauty yesterday. Lepas tu CR pun berfikir.... sangatlah CR x sayang kan diri, lama dah tak memanjakan diri. So, first thing in the morning, I googled for some useful tips and I found one from About.com. No chemicals needed, no prescriptive needed...only the effort dan vitamin R yang banyak... Tau tak apa Vitamin R tu? [nanti ada yang cakap CR bagi ajaran sesat pulak...] RAJIN okeh.

  1. Dry Brush Exfoliation - gosok jer brush ke serata badan, brush nyer mesti lembut. Bertujuan untuk membetulkan peredaran darah. Juga membantu membuang toxic kerana kulit kan merupakan organ perkumuhan terbesar.
  2. Baiki Sistem Pencernaan - Haaa...to get a good skin, you must have a good digestive system. kenapa yek? Orang kata kalau toxic dah kurang dalam badan, mestilah terserlah di luaran:) tul tak? Kita leh banyakkan fiber in our diet, cubalah makan prunes. Selain tu banyakkan water intake. yang ni paling selalu kita dengar, an apple a day, take the Dr away.
  3. Exercise - Ni memang dah banyak daripada kita tahu,kan? Tapi tulah, MALAS tu besar sangat. hehehheh Dicadangkan, x payah nak susah-susah, banyakkan berjalan, kurangkan lift, lagi-lagi yang bekerja jenis duduk je tu. Sebab, CR pernah terbaca, kalau duduk jer akan membanyakkan selulit. Adoi, padanlah CR banyak selulit...Tak boleh jadi ni. So, kawan-kawan...Jangan lupa bawa-bawalah berjalan....[kalau window shopping, berjalan juga,kan? hehehhe]
  4. No Excess Sugar - Kurangkan gula dalam makanan, banyak-banyakkan dalam senyuman. Menurut About.com ni, pengambilan gula yang berlebihan akan membantu pada premature aging. Kelebihan gula akan membentuk compound yang boleh memusnahkan collagen dalam badan. Collagen ni lah yang membantu keanjalan kulit, tau korang. So, if you love your skin, you should love your collagen too, then, avoid excess sugar:)
  5. Consume Good Fats - Lemak memang penting, lebih-lebih lagi untuk pembentukan hormones dan membran sel. Lemak yang dicadangkan adalah lemak sayuran, kekacang dan minyak ikan. Bukan bermakna kena makan lemak yang kat daging tu tau:)
Okeh, itu jer perkongsian ilmu yang CR dapat cari... From now on, CR nak mula memanjakan diri...korang camne lak?

Thursday, February 17, 2011

Apa nama awak?

"Ma ismuka, Ma ismuki, Siapa nama anta, siapa nama anti?"

lirik sebenar lagu ini [berdasarkan pemerhatian dan translation logik oleh Ibu...

"Masemuka, Masemuki, Siapa nama anda, siapa nama anti?"

lirik ikut versi Adam:)

hehehhehe...terima jelah ye, lagu versi budak-budak ni....nyanyian berkumandang sambil jari jemari Adam sibuk menolak button papan LOGICO PRIMOnya...

puas menyanyi, nagis sebab tak puas hati dengan LEGOnya pulak...

Adam, Adam....dialah yang buat Ibu marah, dialah juga yang buat Ibu senyum....
Alhamdulillah Ya Allah....

Wednesday, February 16, 2011

lamanya SUNYI

Salam,

semenjak dua menjak dah jadi MISS 3 thn ni hehhehe sunyi jer blog ni.... bukan apa, x tahu nak cerita apa. Maklumlah, kata dah matang, otak kebudak-budak pun makin kurang...[ye ke?]

Haa... CR dapat cuti 2 minggu ni, so, teramatlah bosannya. Maklumlah dah biasa x reti duduk diam, bila diberi MC sampai 2 minggu, rasa stress juga...

Apalah CR ni, diberi cuti pun stress...isk,isk,isk....

So, disebabkan cuti ada banyak lagi, CR pun menjahitlah apa yang patut. Untung-untung boleh buat jual masa 'car boot sale' kat sekolah nanti...kita kumpul stock banyak-banyak ye... haaa..ni antara yang CR jahit... dah bosan sangat lah tu:)





so, take care korang...doakan CR cepat sembuh ye:)

Wednesday, February 9, 2011

Alhamdulillah Ya Allah

Selamat Hari Lahir yang ke 30 buat diri aku.

Ya, menginjak ke usia yang berubah pangkalnya menyaksikan perubahan dari banyak segi. Aku mohon semoga pertambahan usia semakin mematangkan diri ini. Semakin menambahkan kekuatan secara mental terutamanya. Kerana kekuatan mental ku rasakan amat penting dalam mendepani segala cabaran... Kuatlah hati, Tabahlah jiwa, Utuhlah iman....

Suami berkata, kita tak pernah tahu apa hikmah yang Allah janjikan atas segala ujian yang diberiNya. Yang mampu kita lakukan adalah berdoa semoga sentiasa berada pada landasan yang benar dan percaya pada Qada dan QadarNya.

Ya, sempena hari kelahiran ini, aku turut melahirkan apa yang ditakdirkan bukan milikku. Yakinlah hati, pasti akan ada hikmahnya.....

Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam....
Allahu Akbar!!!

Tuesday, February 8, 2011

Kami masih diuji

Bismillahirrahman nirrahim...

Dengan nama Allah, aku mohon kekuatan dan ketabahan. Tiada apa lagi yang mampu aku ucapkan selain dari rayuan ini. Kami masih diuji, Ya... itulah erti kehidupan. Tidak ia dinamakan kehidupan jika tidak disertai dengan ujian.

Bagaimana harus aku kuatkan hati ini bila kehilangan berturut-turut harus aku hadapi. Tenanglah hati, kuatlah akal... Tabahlah jiwa, semoga kekalutan ini sentiasa dipermudahkan....

Wednesday, January 26, 2011

Demam RM

Hye,

Happy Wednesday!
RM tu bukan Puan Sri Rosmah Mansor, ye... bukan juga Rohani Mansor, mama CR, but I really want to share bout demam RINGGIT MALAYSIA dalam persekitaran saya.

As I said before, tahun ni CR nak jadi manusia bermata DUITAN.... Ada beberapa langkah telah dijalankan dan rasanya ianya agak personal untuk dikongsikan. Apa yang nak dikongsikan ialah, rupanya bukan CR saja yang bermata RM semenjak dua menjak ni, kawan-kawan di sekolah pun sama rupanya.

Baru-baru ni banyak sungguh skim-skim yang melibatkan pelaburan untuk masa hadapan yang CR dengar. Ada yang memperkenalkan

  1. Gold Saving Account dari Maybank and Public Bank
  2. Account Dinar dari Public Bank / Kijang dari Maybank
  3. Beli jongkong emas pun salah satu option
  4. Haaa buat ASB loan dari bank pun boleh juga, tapi menambahkan hutang lah untuk masa terdekat sebelum menuai. Korang boleh survey CIMB, Maybank, dan yang terbaru dan agak menarik dari RHB Bank.
Mmm, apapun korang survey betul-betul dulu ye. CR tak berani nak recommend apa-apa.

Balik semula, nampaknya masalah peningkatan taraf hidup semakin menjadi isu, ye. Dan rasanya masing-masing berlumba-lumba untuk menambahkan pendapatan. Usaha tangga kejayaan, tau. Syabas, korang semua!

Cuma, jangan lupa tanggungjawab kita pada bangsa dan agama. Apa-apapun marilah kita berkongsi rezeki yang Allah beri dengan komuniti dengan berzakat. ZAKAT MEMBAWA BERKAT, ye dak?

take care.

Tuesday, January 25, 2011

Mengaji

Salam,

Semalam hari pertama CR ajar Adam mengaji. Korang ingat lagi hari pertama korang mengaji? Bagi CR, dah lama sangat agaknya. Tapi mengajilah pendidikan tak formal (bukan dalam kelas) pertama yang CR belajar. Mulanya ikut2 anak baby sitter g mengaji, lepas tu menyusullah bermacam-macam pengalaman mengaji. Tapi semuanya di rumah orang.

So, merasa juga CR mengajar anak sendiri. AGREE! mengajar anak sendiri memang memenatkan... sebab alih-alihnya, bukan kita yang mengajar, dia ajar kita semula. Ish,ish Adam. Baru mula mengenalkan huruf jawi pada Adam, memandangkan dia ada kelas iqra' di taska. So, mengaji di rumah harapnya dapat membantu anak CR ni. Adam dah ingat2 lupa alif sampai dal. Good start,huh?

Mungkin hari pertama ni, CR agak tegas. CR rasakan mendekatkan diri dengan Al-Quran adalah pedoman pertama yang ingin diterapkan pada anak-anak. Biar lambat, asalkan mereka sedar, pendidikan al-quran penting dan perlu diutamakan. Jadi perlu agak tegas.

Tapi, nampaknya Encik Shah nampak CR agak tegas sangat, so dia tegur supaya CR tak sampai memberi tekanan pada Adam. Ok! I take that in a positive way. Cubaan kedua nanti CR akan slow down the volume heheheh...

I'll update letter,k