Hye Joy...
Lama sangat dah CR tak update blog ni... cam sunyi jer [memang pun hehhe] Kalau baca tajuk, cam iye,iye je CR ni.
Actually, hero CR ni dah panjang fikir sikit... maklumlah, selalu sangat sebut adik Aiesya, adik Aiesya... sedangkan Adam x pernah jumpa pun adiknya tu... so, dia pun tertanya-tanya, apa adik tu agaknya. Sampaikan ada incident Adam cakap
Adam: Ibu, Ibu nanti adik Adam pakai baju Ben10 orange tu,kan?
Ibu : adik Adam?
Adam: Yelah, adik Boy Adam.. Adam pakai baju Ben10 blue, adik pakai baju Ben10 orange...
Ibu: ??? oooo ye ke...
Kesian Adam...mesti dah boring sangat duduk sorang-sorang kat rumah...
Sabarlah nak, murah rezeki adalah adik Adam nanti. Sama-samalah doa...
Monday, January 24, 2011
Sunday, January 16, 2011
Judgmental
Salam,
Memang pantang dengan orang yang ada sifat ni. Korang pun sama rasanya. Ya... kadangkala kita memang x dapat lari dari bersikap judgmental, tapi berfikiran positif adalah kunci penghalangnya. Kita tidak akan selamanya betul, dan orang lain juga tidak akan selamanya salah. Ini kerana kita adalah hamba Allah yang tak lekang melakukan kesilapan.
Actually, terpanggil nak berkongsi sebab baru lepas tengok telemovie arahan Shahrul Ezzad. Tajuknya Antara Garisan. Bagi CR yang x celik ilmu-ilmu drama ni, I think I like the telemovie. Peringatannya diberikan dengan jelas, bagaimana syaitan mempunyai bermacam-macam cara untuk menyesatkan manusia. Namun, bisikan hati adalah musuh yang paling utama.
Ilmu yang penuh di dada tidak akan bermanfaat jika tidak diamalkan, malah menjadikan akal fikiran sebagai tuan turut bakal membawa padah. Orang yang kelihatan jahat, tidak akan selamanya jahat dan orang yang konon baik tidak akan selamanya baik. Sisi gelap dan hitam itu hanyalah dibatasi dengan sebuah garisan yang halus yang mana kita tidak akan sedar kita boleh melintasinya pada bila-bila masa....
Ingatan untuk diri CR juga:)

Labels:
General
Wednesday, January 12, 2011
RM50,000 sbg ganjaran
Salam,
Tahniah buat semua pemain Bola Sepak Malaysia kerana bakal menerima habuan RM50,000 seorang daripada kerajaan Malaysia. Rumah dapat, tanah dapat, duit dapat.
Maaf jika CR mengatakan CR agak kurang bersetuju dengan pengumuman ini. Ya, keputusan ini telah dipertimbangkan sebaiknya, namun dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ini, habuan sebanyak itu agak ironik. Apatah lagi, rakyat sedang bertarung dengan kenaikan sara hidup yang semakin membebbankan.
Agak-agak korang lah, duit daripada mana tu,ye? Ada kemungkinan tak semuanya hasil daripada cukai daripada kita semua?
Maaf sekali lagi, CR bukan tidak patriotik. Cuma berkongsi rasa hati.

It is now STARTED
Salam,
hmm hari-hari sibuk CR semakin bermula. banyak kerja-kerja dokumentasi yang perlu dilakukan memandangkan azam thn 2011 ni tinggi menggunung. Maklumlah, selagi nyawa dikandung badan, biarlah CR terus berjasa hehhehe.... haaa tinggi harapan tu!
Minggu pertama persekolahan dimulakan dengan baik. Adam pun sporting membantu meringankan kekabutan CR. Kelas formal juga telah dimulakan. Ada muka-muka yang hadir dengan penuh semangat. Syabas! Namun masih ada muka-muka dengan attitude yang sama, SO... Tugas CR lah membantu mereka.
Persekitaran di sekolah masih sama... tidak banyak menaikkan semangat, tetapi Alhamdulillah kawan-kawan dan anak murid sentiasa sedia membantu.
Kawan-kawan, semoga kita dapat sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain:)
Haaa... ada satu lagi yang sudah bermula----semoga semuanya berjalan lancar. Akan CR khabarkan sekiranya keadaan mengizinkan dan Allah memudahkan segalanya...
Till then, Assalamualaikum....Doakan CR,ye:)

Friday, January 7, 2011
Hari yang SENDU
Ada tak hari yang SENDU dalam hidup korang?
Hari ni 7 Januari, memang hari yang penuh SENDU. Pagi-pagi yang hening dengan hujan yang renyai-renyai memang menambah keSENDUan. Tambah pulak Hot FM radio penghangat ni memainkan lagu yang penuh nostalgic buat CR. Lagu PERGI by Aizat... Sungguh-sungguh CR memang keSENDUan. Meleleh-leleh air mata.
Kenapa hari ni SENDU sangat? Sebenarnya pada tarikh ini, CR kehilangan AIESYA. Genap sudah setahun CR kehilangan dia. Rindu rasanya, tak tercerita. CR tahu... entry seumpama ini dah banyak kali. klise bak kata wartawan-wartawan kat Malaysia ni. Tapi apakan daya, itulah yang CR rasakan. CR cuba untuk menukar haluan entry ini supaya tidak menyebabkan mana-mana pembaca mengalirkan air mata. Mungkin lebih santai...
CR yakin, AIESYA akan sabar tunggu CR di sana, sebagaimana CR cuba bersabar dengan dugaan ini. CR pun yakinkan naluri keibuan ini bahawa AIESYA memang ditempat yang sangat membahagiakan dia. Allah pasti memberi kegembiraan padanya....
AIESYA, Ibu takkan pernah melupakan Aiesya kerana tempat yang Aiesya tinggalkan tetap ada nama Aiesya.... Semoga Allah satukan kita sekeluarga satu masa nanti...Amin.
Al-Fatihah buat puteri Ibu....

My Girl
Wednesday, January 5, 2011
Banyaknya yang NAIK!~
alahaiiiiii....
Naik, naik dan terus naik.... apalah nasib agaknya. CR ingatkan minyak je yang naik smalam. Rupanya ada banyak lagi yang naik dalam hidup CR.
Mendapat berita gembira kenaikan harga minyak petrol bukan yang terakhir rupanya. Lewat petang, CR terima berita ada satu lagi kenaikan yang menyebabkan monthly installment CR bertambah RM110 daripada asal. Ini semua disebabkan kenaikan BLR oleh bank negara bermula tahun ini.
tambah lagi, darah juga makin naik disebabkan hal yang susah nak dikongsikan. Semalam memang hari naik hanginlah...
Awal pagi tadi ada satu lagi cerita naik. Berat badan pun bukan main sudi menunjukkan kenaikan dan rasanya kenaikan tu mungkin bertambah....[tapi yang ini CR x naik angin,ye. sendiri buat, sendiri terima]

Monday, January 3, 2011
Kami bersama
Pernah tak korang ada gambar yang korang suka? As for me, inilah gambar yang saya paling sayang....mesti yang kata CR ni tak de taste betul. Bukan sebab kecantikan dan keunikan gambar, tetapi its sentimental value. Sebenarnya dalam gambar ni menyatukan kami sekeluarga. CR, Hubby, cheecky Adam dan yang sangata dirindui arwah Aiesya [x nampak,kan? sebab memang tak pernah ada gambar Aiesya bersama kami melainkan yang dalam perut ni lah] That is why this picture is so meaningful to me...
Apa yang CR ada adalah bunyi CTG Aiesya subuh sehari sebelum CR melahirkan Aiesya... Itu sahaja. Jumaat ini genaplah setahun anak perempuan yang kami nantikan meninggalkan kami. Al-fatihah buat yang sangat dirindui Aiesya Zaffan binti Shah Rizal

Subscribe to:
Posts (Atom)