Saturday, November 20, 2010

Biar mati anak, Jangan mati adat

Gila! Itulah perkataan yang sesuai pada saya. Ada ke anak yang dah susah2 kita mengandungkan, besarkan dibiar mati semata-mata nak bagi adat tu diikuti... Memang gila!

Adat tu adalah ciptaan manusia, tapi kalau biar mati anak, jangan mati agama, InsyaAllah saya boleh terima. Sebab anak tu pinjaman dari Allah yang maha utama.

Erm, bukan apa; hari ni saya meneman Mak [panggilan pada mak mertua saya] ke rumah bakal biras untuk membincangkan aturcara majlis perkahwinan adik ipar saya yang akan berlangsung March nanti. Keluarga pihak perempuan inginkan Majlis Nikah diadakan selepas Asar dan Bersanding keesokan harinya. Mungkin untuk memberi ruang diadakan Majlis Berinai pada sebelah malam [after akad nikah]. Adatlah tu...

Namun, Mak mohon jasa baik pihak perempuan supaya Majlis Perkahwinan ini dimudahkan dan dibuat dalam 1hari sahaja untuk memudahkan pihak kami dari Muar [supaya tidak perlu bermalam]. Lagipun, pakcik makcik ramai yang dah tua dan sakit. Tak sesuai rasanya meninggalkan atok semalaman di Muar.

Alhamdulillah, keluarga pihak perempuan mengamalkan diplomasi dan bukannya memegang pepatah "Biar mati anak, Jangan mati adat" permohonan kami dipersetujui....Alhamdulillah.

Korang amalkan pepatah ni ker?

Thursday, November 18, 2010

TAG : November

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?

orang...sebab saya suka mengadu:P

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

pagi tadi beli mee goreng 4 bungkus, sbb maleh nak wat breakfast
sedap pulak tengok mee goreng ni

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

alamak, mak cik dah kawen lah.....xnak berangan pasal ni dah...sayang pak cik hubby!

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

every day I fall in love with him heheheh

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

hingga hujung nyawa, InsyaAllah... Moga Allah perkenankan Aminnn


6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

kat umah ler...umah kami bersama, kekadang dating berdua TAMBAH satu [bukan cam lagu Suhaimi Meor Hassan n Anna Raffali tau] satu lagi tu, anak ku ler

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?

Men are from Mars, Women are from Venus by John Gray

8. apakah nama penuh korang?

Siti Rozila Zainuddin

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

Mama

but I love them both

10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?

Aiesya Zaffan, tgk sekejap pun jadilah...

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?

Mestilah!

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Dari dulu, bila cik abang nak bawa saya pergi, ye? Niagara Falls


13. pilih salah satu, peluk atau cium?

Hugs, biar absorb sikit kasih sayang [kata dah halal,kan?]

14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

di tag oleh anak murid Faizah
dia becok
dia pandai, aminnnn
dia suka buat-buat comel hehhe

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

My Oozy Orange
My tepon buruk, banyak jasa tu
My engagement Ring
My Black HyPpo
My everdearest Singer 8280 sewing machine:)


16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?

alamak, saya xde fav song, but selalu dengar Senyum by Malique Fea Najwa

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?

9th February 1981
Kat umah with Hubby and Adam

18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.

ZZ
Akma Azlin
Myzatun Husna {Anak HR tercinta}
Sis Baya
MamaElly

You are invite to do this tag, it is not compulsary:D

Penilaian Tahap Kecekapan [PTK]

mmm, bagi penjawat awam, istilah ini mungkin sudah biasa didengar. Tapi, percaya tak tahun ni kali pertama saya nak menduduki PTK ni. Walaupun PTK akan dimansuhkan tahun hadapan, sebab kami dah mendaftar untuk mendudukinya....harung juga lah...

Bukan saja-saja nak berkongsi...nak mengadu pada korang semua sebenarnya....
SAYA MALAS NAK BUAT TUGASAN!!!! Ada 4 paper tau!

2 aneka pilihan --- saya suka!
1 assignment --- saya tak suka!
1 presentation --- lagi saya tak suka!

Adoi, terpaksalah saya jadi budak sekolah semula dalam 2 minggu ni...Doakan saya ye kawan-kawan!

Aidiladha Kami

Salam Aidiladha,

Tahun ni seperti biasa aidiladha disambut simple je. Yang agak berbeza ialah tahun ni saya sebagai tuan rumah. Maklumlah, Mama n Papa mengerjakan haji di mekah. So, I am the one who take incharge di rumah nenek saya. Jangan tanya kenapa, bukan tak de pakcik makcik lain tapi mereka tak berkesempatan pulang awal. Banyak sangat komitmen lain. Jadi, kamilah cucu yang setia ni korbankan masa bersama nenek yang tinggal berseorangan.

Aidiladha saya dimulai dengan menyediakan persiapan adik-adik dan suami untuk ke solat hari raya.

Kemudian, usai solat...kami breakfast makan nasi goreng, rendang ayam pencen dan rebusan tulang yang saya sendiri sediakan. Saya mengaku saya memang x pandai masak. tapi sebab terpaksa....
Meaning, aidiladha kami, makan-tunggu tetamu-makan lagi-borak...sampai malam:)

So, macam mana aidiladha korang?

Sebenarnya ada benda yang nak saya kongsikan, namun risau kepantasan teknologi bakal menggugat silaturrahim...so, biarlah saya saya yang ambil iktibar...

Wednesday, November 17, 2010

Pertunangan Putera Britain

Hye,


Erm kalau korang, apa korang rasa dapat cincin tunang mak mertua?

hehehe...soalan cepumas ni. As for me, I think I'm honoured. Tapi bila cincin tu sejarahnya bukan manis-manis sahaja...it's creepy.


Tapi saya rasa Putera William ni beegitu menghormati Ibunya; Puteri Diana. Sebagai tanda menghargai Ibunya dia memberikan cincin milik Ibunya kepada insan tersayang....Cayalah! Satu penghormatan bagi ibu-ibu:)


Jom layan gambar pasangan secocok ini.



Wow! Sayang, saya nak satu! :)

Monday, November 15, 2010

Apa keje si becok ni?

Salam hari Isnin korang...

Nak bagi tahu yang saya dah start cuti yeay!!
And saya akan pulang beraya bersama uwan (nenek panggilan org nogori) terchinta.. And saya nak buat Aktiviti Type 1 dengan anak saya hari ni.

Untuk yang tak tahu apa aktiviti Type 1 ni, dalam sistem MR*M kami ada jalankan School Enrichment Program [Senang cerita pendedahan dan practical] ada 3 type altogether. So, Type 1 ni kira pendedahan lah cam lawatan, tgk wayang ke hehehehe...

Ok tak mau cerita pasal sekolah lagi, baru start cuti dah rindu sekolah ke Cikgu Ila???

lupa lak nak bagi tahu Type 1 apa yg saya nak buat? Saya nak balik kg naik bas sampai seremban. Berdua je dengan Adam. Sbb Adam x pernah naik bas... Nak tengok macam mana reaksi dia. Doakan saya selamat ye kawan-kawan...

Haa, actually nak tayang some of pics captured by Adam. Ntah apa-apa gambar yang dia amek. Kita saksikan ye, perspektif seorang anak kecil...

dari kiri; monyet tgh panjat divider, Ibu yang tembam, meja n kerusi yang sepah
kipas pun jadi bahan, edge cabinet and Ran detective Conan

Actually, saya bukan saja-saja tak sayang camera bagi anak main... tapi camera ni memang dah bengong sikit, so kami pun tak de la ralat bagi kat Adam... Amek la gambar banyak-banyak,nak...