Saturday, November 13, 2010

POLYVORE: Greyish Blue

Hari terakhir sekolah?

Sebenarnya dah beria menanti hari ini. dah berbulan-bulan lamenye. Kalau students dah beria-ia nak pulang ke rumah masing-masing, Cikgu pun same jugak...dah tepu rasanya dengan kerja-kerja sekolah yang tak berkesudahan.

Mesti korang kate jadi cikgu ni beruntung,kan? Boleh cuti lame2 dengan budak sekolah. Tul tak? betul,kan????
Lenkalilah saya cerita apa yang cikgu rasa pula...InsyaAllah.

Tapi hari ni nak cerita tentang hari terakhir yang tak menjadi....SEBAB, esok sekolah lagi. Walaupun students dah selamat sampai ke rumah. Cikgu still have to work. Sebab banyak laporan yang perlu disiapkan. So, Esoklah hari terakhir persekolahan semester ini......

Akan merindui students form 5 yang akan tamat persekolahan selepas 17 Disember nanti. So, kononnya Hari Jumaat yang mulia ni, berduyun-duyunlah pelajar saya datang memohon maaf, nak periksa lah katakan...I'll miss this moment. Sangat!

Thursday, November 11, 2010

EDUCATIONAL TOYS : Main Jigsaw Puzzle

Hye korang,

Saya memang suka jigsaw puzzle berbanding cross-word puzzle. It is very entertaining:)

So, saya memang nak introduce jigsaw puzzle pada anak saya.

Actually saya start beli jigsaw puzzle untuk Adam masa umurnya dalam setahun lebih. Gambar-gambar baby. Tapi, Adam just suka menyepahkan puzzle tuh sampailah sekarang banyak yang dah lesap...sabar jelah.

Baru-baru ni saya belikan a bigger jigsaw puzzle at MPH book fair. Saya aim nak cari gambar transportation, but end up with group of animals. May be korang leh beli gambar yang anak-anak korang suka.

Apa yang paling saya seronok ialah anak saya dah mula minat layan jigsaw puzzle ni. Dan semalam, dia dah boleh buat the whole jigsaw puzzle on his own! A big clap for Adam! As a token, saya belikan chocolate ZIP for him.

Hari ni Adam dah boleh buat lagi, sbb saya cakap nak ambil gambar dia attaching the jigsaw puzzles:) Bukan main belagak lah dia heheheh

"Jigsaw puzzles are fast gaining recognition as a useful educational tool that will help improve hand-eye coordination, spatial skills, analytical skills and much more in young children. The best way to enhance a toddler's experience and maximize the benefits of jigsaw puzzles is to start them young under the guidance of an adult."

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Lucas_Beown

Ha...a good activity with your child tau...lets have a quality time together!


Ibu, I'm trying to attach it...

Part by part ye...

Now it become a bigger attachment...

Tada...lost another 2 pieces...alllaaaaaaaaaa

Fuh!! Akhirnya

oh akhirnya siap juga. as usual menanda, menanda dan terus menanda....
stress! penat! tapi kena ikhlaskan hati....
Kalau markahnye macam ni, kan seronok menanda...


Tapi, kalau macam ni?


Cikgu yang sama, kenapa ada budak 8As in PMR leh dapat result cam ni????

Nampaknya, tugas berat menanti saya tahun depan....

Tuesday, November 9, 2010

Kurang sabar ---> A bad parenthood

Salam,

feeling so sad rite now. Secara tak sengaja menjerit kat Adam sbb dia pun tak sengaja menjatuhkan Netbook saya. Kawan-kawan, ini adalah satu cara yang tak baik pada anak-anak. Saya mengaku, saya memang kurang sabar, sbb tgh sibuk menyiapkan kerja untuk esok.

Saya tahu, Adam sebenarnya bosan sebab nobody accompany him. Ayah dia dah terlelap kepenatan. Ibu pulak sibuk mengadap kerja dengan kertas budak bersepah depan mata and busy typing list of students. Penting! Coz it related with money...salah kira nnt kene ganti laks.

Adoilah Adam, Ibu minta maaf,sayang. Ibu terjerit pada Adam. Terus Adam tertidur kesedihan. Sian anak Ibu....Maafkan Ibu,nak.

Monday, November 8, 2010

Senyum :)

Korang suka tak lagu ni? Saya suka, dengar tajuk pun saya dah senyum....
Jom kita senyum sama-sama:)


Sunday, November 7, 2010

Afiq Rafiqi bin Suffian

Pandanganmu
Menggamit kisah
Suka dan duka

Pandanganmu
Seolah memberi erti
Setulus salam dari yang dirindui

Pandanganmu sayang
tulus dan menenangkan
harummu mengasyikkan

Membesarlah sayang
Dengan sihat dan sejahtera
Sebagai pengubat duka
Di hatiku yang ditinggalkan....


Afiq adalah anak buah saya yang dilahirkan sehari selepas pemergian Aiesya. Maafkan Mak Long kerana memandang Afiq menghibakan hati Mak Long. Kerana luka ditinggalkan masih ada parutnya.