Thursday, September 23, 2010

Tribute to Abang PosLaju

Al-fatihah pertama-tamanya untuk En Ghani sekeluarga atas pemergian En Ghani [Abg Pos] pada 13 Syawal.

Sebenarnya, hari ni bila lalu di tempat Abang Pos [panggilan saya untuk En Ghani] rasa sayu dan sunyi. Maklumlah, saya ni memang dalam seminggu at least ada 1 parcel yang akan sampai. Jadi sangat selalu berurusan dengan beliau.

Encik Ghani pergi pada umur 48 thn disebabkan sesak nafas sewaktu bangun tidur. Beliau dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Sangat sayu ketika melawat ke rumah beliau. teringat-ingat saat mengebumikan Aiesya lebih kurang 8 bulan lepas....Apa lagi bila memeluk isterinya....terasa sangat kehibaan dan kesayuan...

Ya Allah tempatkanlah roh mereka di tempat orang yang beriman. Amin

Al-Fatihah

Saturday, September 18, 2010

Jom Raya & Kenangan

Salam,

Just want to update my life without my Mr Lappy....wah! sunyi terasa...seriously, I cant deny the feelings... rasa cam tak keruan...hehehhe macam kene tinggal kekasih pulak ye...
Apa boleh buat, kata zaman technology, dunia di hujung jari, tul tak?
Nasib baiklah, En Shah saya sudi pinjamkan laptopnya...sayang cik abang saya..:)

oh ye, di kesempatan ini, saya nak cerita tentang kunjungan raya kami ke Kluang. Alhamdulillah lepas almost 4 years married to Mr Shah Rizal Ahmad, dapat juga mengunjungi Makcik yang tinggalnya tak de lah jauh mana...Bayangkan anak dah 2, baru nak menziarah. Bukan tak mahu, kurang berkesempatan.

Alhamdulillah dapat juga sampai ke rumah Mak Uteh di Taman Sri Kluang, Kluang. Juga ke rumah Mak Yam dan Mak Kiah di Simpang Renggam. Tq for the treats..

On the way back, sempat juga kami singgah ke Batu Pahat, Taman Soga. Ingat lagi sahabat yang saya ceritakan semasa bersalinkan Aiesya? Kami singgah di rumah Iza yang terletak berhampiran Hospital Batu Pahat. Sunyi dan jauh rasanya bila singgah di Masjid Daerah Batu Pahat; tempat Aiesya disembahyangkan....terkenang saat saya memangku jenazah sementara suami solat maghrib. Saya bacakan Yasin dan saya bermonolog dengan jenazah Aiesya. Ya! di hadapan masjid ini....rasanya seperti semalam saja......

Al-Fatihah for Aiesya Zaffan bt Shah Rizal

Thursday, September 16, 2010

Not with me anymore..

Salam...

I writing this entry specially for my beloved Mr Lappy. My Mr Lappy will not be mine anymore after today. Today is the last day we will be together dear Mr Lappy. From now on you will be in Cdeq responsibility.

Dear Mr Lappy,
Thank you so much for being there for me for almost 4 years. Bnayak suka duka kita dah kongsi bersama. Thank you for being there when I need you, yelah bila nak ngadu apa-apa,kan...
Semoga My dear Mr Lappy akan terus memberi khidmat yang terbaik pada Cdeq. Bukannya aku tak sayang kat ko, tapi Cdeq lebih memerlukan ko for this time being.
So, tolonglah beri khidmat terbaik, yek..Jangan malukan tuan lama ye..:)
So long, farewell, I hope I'll see you again....
Thank you so.....much.

[dengan itu, saya mungkin akan memakan masa yang lama untuk update Joy tercinta. Maklumlah terpaksa berkongsi dengan Hubby pulak lepas ni. But I'll try my best to update sekerap yang mungkin. Maklumlah, entry raya pun tgh draft lagi...so...hope to see you again Joy!]

Tuesday, September 14, 2010

myMetro | Empat juga disembelih

Salam,

Mulanya, salam takziah buat keluarga mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 individu lain yang bersamanya. Semoga roh mereka sentiasa dirahmati dan ditempatkan di tempat di kalangan hamba Allah yang beriman.

Sesungguhnya saya dan keluarga berasa sangat bersimpati dengan mangsa pembunuhan yang terlibat. Walau apapun motifnya, pembunuhan tidak sepatutnya berlaku.

Jadi, korang semua marilah sama-sama kita berdoa semoga seluruh keluarga kita dan umat Islam sekelian sentiasa dilindungi Allah.


myMetro | Empat juga disembelih

Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran kepada Aiesya

Salam Anakku Aiesya Zaffan,

Maafkan Ibu kerana lambat utuskan berita. Ibu pasti Aiesya tahu semuanya, walaupun ini semua tidak penting bagi Aiesya lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI anakku sayang. Ibu pasti Aiesya merayakannya dengan lebih meriah dan gembira di sana. bagi Ibu di sini, Alhamdulillah... raya kali ini Ibu lalui dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Bukan selama ni Ibu tidak bersyukur tapi kali ini dengan lebih kesyukuran. Alhamdulillah sekali lagi, anakku.... Pagi raya Ibu dan Ayah sangat syahdu. Dengan diiringi takbir "Allahu Akbar" beserta hari mendung yang penuh sayu, Ibu dan Ayah mulakan Hari Raya tahun ini dengan melawat pusara Aisya, sayang. Syahdu betul rasa hati Ibu. Dari jauh Ibu lihat Aiesya setia menanti. Walaupun hanyalah tinggal 2 nisan sahaja.... Rasanya seperti menghantar jenazah Aiesya sekali lagi, sayang.

Maafkan Ibu kerana menangis di pagi mulia di pusara Aiesya. Seawal jam 7.00 am dah ramai rupanya berada di perkuburan,kan? Mujurlah Tanah perkuburan belum sesak. Ibu dan ayah bacakan surah Yasin seperti biasa dan doa yang tak putus-putus kami utuskan untukmu,nak... Namun, kesyahduan itu tak dapat Ibu bendung sampai air mata Ibu berjujuran tak henti-henti. Rasanya waktu mengebumikan Aiesya pun tak sebanyak ini tangisan Ibu...

"Maafkan Ibu, nak...Ibu terasa rindu dan jauh sangat dengan Aiesya"


Seterusnya pagi yang mulia diteruskan dengan solat Aidilfitri. Ibu kempunan nak solat sunat, maklumlah Abang Adam masih perlu disiapkan. Siapa lagi nak jaga rumah, kan sayang?
Selepas itu barulah Ibu dan ayah bermaaf-maafan dengan Tok Mad, Tok Limah, Mak Su dan Pakcik Suki. Rafiki and the family tak sempat datang sebab penat berjual kuih raya pada malam raya.... Ibu rasa kekosongan, sayang... Kalau Aiesya ada, mesti Aiesya dah pandai bertatih...macam anak Pakcik Nor sepupu Ayah tu....Entahlah sayang. Inilah ujian Ibu dan Ibu harus ikhlas sepenuh hati....

Sejahtera dan amanlah Aiesya di sana. Al-Fatihah. Amin

on 10th September 2010

Thursday, September 9, 2010

Lagu Raya 2010

Salam...

Like year 2009, we all ada lagu tema raye,kan? Tahun nih JOY nak pilih lagu ni lah.

Mensyukuri Syawal by Meet Uncle Hussain feat L. Danielle


Hari Mantai:)

Salam lebaran yang hampir tiba...

mmm, macam mana agaknya puasa akhir ramadhan thn ni?
Harapnya berjalan lancar, sibuk-sibuk mengemas rumah, mengacau rendang, jangan lupa kita masih di bulan Ramadhan dan berpuasa...:)

mmm, korang masak rendang apa ye thn ni? Tahun ni saya akan beraya di Muar, rumah in laws. Alhamdulillah, mana-mana pun sama je. Tapi lain sikit tahun ni, special request from Mr Hubby, nak saya masak rendang nogori pulak kat Muar ni...Adoi hai...[mengeluh...]

Bukan malas tau, tapi RISAU...maklumlah masak kat umah mak mertua...harap-harap jadilah rendang aku ni...hehehehh

So, selamat menghabiskan kemas rumah and what so ever lah...