Monday, July 2, 2012

Great Era for Spanish Football


Congratulation to Spain who won the UEFA EURO this morning:)

Tergoleklah adik CR yang fanatic Italy dan Terlonjak-lonjaklah seorang adik lagi yang Silent Fanatic Spain heheheh  Apapun, team CR awal-awal dah bungkus, 2nd team pun dah bungkus masa Semi-Final....
Boleh lah Sideque belanja ye dik...:)

COMPARING

Salam,

I am pretty sure everyone akan rasa sangat pissed off jika dibandingkan dengan orang lain.  Betul tak?  Tapi secara tidak sengaja perbualan dan cara kita memotivasikan anak memang tak lari daripada kaedah membandingkan ni.  Seriously, I hate my cousin and neighbours sebab my mom keep on cakap derang bagus, rajin and the list goes on....Walaupun masanya dah lama berlalu [of cause saya dah tak bencikan mereka, I have accept it positively] tapi perasaan tak suka dibandingkan tu masih ada sampai sekarang.

Jadi saya memang berazam tak akan membandingkan anak-anak saya dengan sesiapa pun.  Paling-paling pun dihadapan mereka sendiri.  Saya mengaku ada juga ketikanya saya terlajak kata, namun cepat-cepat saya cover dengan nasihat supaya ia taklah 100% comparing:)

Jadi,

Saya juga sangat tak suka jika orang membandingkan anak saya dengan anak orang lain.  Tolonglah membaca dengan empaty kepada saya:)  Bukan nak menangkan anak sendiri, kalau salah tetap salah.  Saya akui, tapi salah ke kalau anak saya still minum susu dalam botol?  Memalukan ke kalau anak saya minum susu dalam botol hanya di rumah? [at least dia minum dalam cawan di sekolah] Salah ke?

I have my own reason kenapa saya tak halang anak saya minum susu dalam botol dan paksa dia minum dalam cawan.  My son, tak minum langsung and almost stop drinking milk bila kami cuba kurangkan penggunaan botol.  Jadi, biarlah dia menyusu dalam botol selagi dia masih mahu minum susu.  Kerana saya yakin, once he is in primary school, dia akan belajar minum dalam cawan dengan sendirinya.  I promise to do it myself.

Jadi, please....anak saya pun ada perasaan malu bila he was compared to sombody else [yang dia kenal] hingga dia tertidur tanpa minum susu.  Saya tahu anak saya nak susu but he force himself at that time.  Kesian budak-budak.  Please, nampak remeh,kan?  Tapi fahamilah ego and pride mereka as a children......

Sunday, June 24, 2012

PREGNANCY : Yang paling ditakuti

Salam,

Memang ramai yang pregnant and masing-masing ada kenangan dan igauan yang mereka paling takuti.  As for me, pengalaman memang sangat menakutkan.  Pengalaman bleeding during pregnancy.  Mana taknya, bleeding? pregnancy? Sangat ironic!

Pengalaman mengandung kali kedua dengan bleeding yang agak teruk since 5 month.  Ditambah dengan placenta previa stage 2.  Bukan setakat bleeding sikit2 sampai terbocor2 pad.  Rupa-rupanya, amniotic fluid CR bocor campur darah.  Kenapa?  Towards the end, Dr pun tak dapat detect sebabnya.  Ishk, itulah kenangan yang tak boleh CR lupakan.  Minta-minta Allah jauhkan dari semua ibu-ibu yang mengandung...Amin.

CR berdoa, mengandung kali ini akan lebih dipermudahkan oleh Allah.  Semoga CR diberi kesihatan untuk mengandungkan adik Adam yang sihat. Amin....

PS:  Kalau ada yang mengalami pengalaman yang hampir same, janganlah tunggu, terus sahaja ke Hospital ataupun dapatkan second advice daripada Gynea anda...Duit boleh cari,kan?....

Saturday, June 23, 2012

RESEPI: Coleslaw

Salam,
Ramai yang suka makan KFC, al maklumlah dishes "yang sedap sehingga menjilat jari".  kenapa sedap ye?  Mungkin all the food that served together, lengkap melengkapi:)

Hari ni CR terajin pulak masak.  Even the simple one:)

Would like to share my simple recipe on how to make Simple Coleslaw [Untuk 3-4 orang]

Bahan-bahan:

  1. Kobis [1/2 biji]
  2. Lobak Merah [1/2 batang]
  3. Bawang Besar [1/2 biji]
  4. Lada hitam [serbuk/coarse]
  5. garam
  6. gula
  7. cuka [kalau tak suka x perlu pun tak pe]
  8. mayonaise
  9. fresh milk
Cara:

  • Cincang / potong kecil kobis, labak merah and bawang merah tadi.  Gaulkan sekali.
  • masukkan 

  1. 3/4 sudu kecil lada hitam
  2. 1/2 sudu kecil garam
  3. 1 sudu kecil gula
  4. 5 sudu besar penuh mayonaise
  5. 1/2 cawan fresh milk

  • Gaul semua bahan sehingga sebati.  [Kalau suka tambahkan 1 sudu besar cuka.]
  • Cover bekas yang berisi bahan-bahan tadi dengan plastic wrapper dan masukkan ke dalam peti ais at least 1 jam.
  • tadaaa..dah boleh dimakan.
[lagi lama disejukkan dalam peti ais lebih sedap rasa coleslaw kerana ia lebih matang dan lebih berperisa:)]


Kalau suka boleh dihidang bersama grilled chicken/beef/lamb ditambah dengan mashed potato and salad....wah makan tengah hari mesti tak sempat boraklah:)

Selamat mencuba:)

Thursday, June 21, 2012

Terima Menantu?

Salam,

Mmm logicnya umur baru 30-an cam CR ni nak terima menantu dah ke? Hehehe iye... Menantu pertama tau, xsabar pulak rasanya nak terima menantu ni.
Tulah dia,kan. Kalau dah name cikgu tu...anak orang pun rase macam anak sendiri, menantu orang macam menantu sendiri... Kejayaan anak orang, kami ni tumpang senyum same... Alhamdulillah atas nikmat ini Allah.

Azli Nasiruddin, insyaallah i'll be at tmn bukit cheng this becoming Saturday. Ingat lagi, kedatangan anda dalam majlis saya dulu:)

On that day:

Alhamdulillah dapat juga hadirkan diri, TAPI terlupa bawa camera pula:(
Ambil gambar ni dari FB colleague di sekolah juga yang turut hadir...Tq kak Muhi:)

Pengantin lelaki ni anak HOMEROOM batch pertama CR. Zaman-zaman bujang dulu.  Alhamdulillah dah pun beristeri.  Semoga gerbang perkahwinan ini membawa seribu berkat dan rahmat buat mempelai...:)


Tahniah Azli & Fatiha


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, June 14, 2012

I am G4P2+1

YSalam,
Its been a while since CR updates this blog. Sorry JOY.
Yeah, Alhamdulillah syukur yang teramat sangat pada Allah CR kini Gravida4 Para2+1. Apa pulak la istilah kali ni?

Untuk ibu-ibu mesti familiar with this term,rite. Cuma different mommy have different numbers. As for me, Gravida4 means CR mengandung kali keempat (banyak dah anak if ada rezeki,kan) Para2+1 pula bermaksud total anak yg ada plus yg sedang dikandungi adalah 2, campur seorang anak lagi pernah dilahirkan tetapi telah meninggal.

CR sekeluarga amat bersyukur dgn rezeki ini, namun perjalanan masih jauh dan CR berdoa semoga Allah memberi kemudahan dan memurahkan rezeki kami kali ini...

Please pray for me too everdearest;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, May 11, 2012

Sejadah Kaabah dan Saya

Salam,

Lama tak post something...Seperti biasalah, usual reason:)
Hari ni tengok ulangan Cerekarama Sejadah Kaabah di TV3, ending cerita ni Ibu (Eja) kehilangan anak bongsunya akibat langgar lari.  Semasa nazak, anaknya sejuk lalu meminta Ibu memeluknya.  Saat-saat begini CR sangat tersentuh mengenangkan pengalaman diri berdepan dengan anak yang menghadapi skaratul maut.  Walaupun situasi agak berlainan, tapi naluri tu tetap sama...

CR memang tak sanggup menghadapi kehilangan lagi.... Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan pada kita semua, Amin...