Friday, December 5, 2014
CR Beli Baju Nursing
Rasanya entry ni cam dah lewat sangat untuk diupdatekan. Tapi xpelah InShaAllah ada manfaatnya pada sesiapa yang Google for baju menyusu or nursing attire.
Ya, CR memang fully breastfeed anak kedua CR. Alhamdulillah rezeki yang Allah beri. So baju menyusu memang sangat perlu jika keluar bersama anak. Lagi-lagi sekarang Anak Soleh CR ni dah 2 tahun. Macam-macam gaya menyusu dibuatnya. Alhamdulillah, dia boleh kompromi supaya bersabar hingga ke Baby Room atau kereta.
Favourite Nursing Attire site adalah .... MUMSLUV.
Memang puas hati. Inilah kerjanya orang yang tiada masa nak bershopping di luar ni.
CR dah try
a) Awatif Fish-Tail Blouse RM100
b) Sarah Blouse RM90
c) Qarissa buttoned-Blouse RM80
d) Dress Marissa RM169
e) Ainy Nursing Kurung RM159
f) Ariana and Arissa Nursing T RM65
haaa... x perlulah letak gambar CR sebab CR memang bukan jenis yang OOTD tu kan... Cukuplah dengan gambar model dari website mumsluv.com
Yang pentingnya, kenapa CR suka nursing attire dari MUMSLUV?
i) Sizenya sesuai dgn bentuk badan CR yang bukan macam supermodel ni. Inilah masalah yang biasa dialami oleh orang yang portion badan dia x seimbang... hahaha tidak perlu diulas di situ ye.
ii) Material yang selesa dan tak panas untuk ibu-ibu yang sangat aktif :)
iii) simple yet elegant. Tak perlu diulas di situ. Betul,kan?
ok...Selamat Bercuti untuk ibu-ibu yang masih bercuti.... Assalamualaikum.
Wednesday, December 3, 2014
Cikgu Rozila di alam maya
oh my, oh my gosh... this year would be the most unproductive year for me as blogger... sungguh, peranan blogger pada CR dah banyak diambil alih oleh peranan sebagai ibu yang selalu berlagak 'hulk', cikgu yang merangkap tukang buat report, laminator and the list tak pernah stop...
Maafkan CR JOY kerana telah mengabaikan kamu sepanjang tahun ni... meh kita tengok statistic sikit.
haaa??? 7 entry jer tahun 2014 ni? uish..uish uish... ada eloknya ditutup sahaja kamu JOY. Tapi, sayanglah pulak... kalau CR nak ngomel, mana nak diomelkan?
okey, enough membebel... before I change my mind, better for me to resume the aim of today's entry. CR nak share tentang lambakan media sosial. Apakah apps atau media sosial yang anda semua gunakan? As for me...
i) Facebook paling aktif digunakan. Sharing and Like lah selalunya.
Friday, July 4, 2014
Ramadhan Kareem are here...
Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan yang sentiasa dinantikan. Apa cerita Ramadhan anda semua? Pasti masing-masing sibuk mempertingkatkan amalan, In ShaaAllah.
Bagi CR Ramadhan kali ini merupakan pengalaman pertama berpuasa bersama Adam. Hero pertama CR. Sebelum ni kami memang tak pernah memaksa dia mengerjakan ibadah berpuasa. Hanya tidak makan untuk 5 ke 6 jam sahaja di sekolah tadikanya.
Namun, menginjak usianya 7 tahun, wajar rasanya memperkenalkan keindahan berpuasa kepada beliau. Natijahnya, Adam masih tidak faham akan nikmat dan hikmah berpuasa, namun bagi kami mengikuti rutin bersahur, berbuka dan bertarawikh (jika sekolah cuti) sudah cukup baik untuk Adam. Solat pun sebenarnya Adam x cukup lagi. 3 waktu selalunya. Namun nampak perubahan positive dari minggu ke minggu. Semoga Allah mempermudahkan usaha kami mendidik amanah yang diberikan ini. Ameen.
Bagi Amsyar pula, Ramadhan yang hampir seminggu ini menyaksikan keletahnya yang mencuit hati. Berbuka memang waktu yang ditunggu untuk buat sibuk heheeheh. Anak CR yang ini pun gemarkan suasana berbuka dan makan bersama-sama satu meja. Aktiviti ini jarang kami buat jika di luar Ramadhan. Amsyarlah pak sibuk bak kata Adam.
Setakat ini, main dish masih CR cuba memasak. Lauk berbuka dan sahur pun simple-simple belaka. Kuih muih memang kurang laku di rumah kecil kami. Bezanya kali ini, CR harus melayan order dari Hero Pertama kami; Adam. Berbuka dan bersahur bukan lagi ikut selera kami heheeheh....pasti ada sahaja extra dish untuk Adam. In ShaaAllah akan cuba CR sediakan jika termampu. Tak susah pun yang Adam order kuey tiow goreng masa bersahur, nasi goreng daging, burger simple. Yang paling-paling pun Chicken Chop (berkejar ayah ke shopping mall nak mencarinya).
Selamat mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan kawan-kawan dan anak-anak (ex-student) CR semua. Semoga Ramadhan ini bukan setakat menjadi bulan di mana kita hanya menahan lapar dan dahaga. InShaaAllah.
Friday, June 6, 2014
Cuti Sekolah Saya Part 2
Panas-panas ni tambahan pula aktiviti cuti sekolah asyik depan tv jer...so decided to have fun with kids dalam kolam...
Nak korek swimming pool cam orang belakang kat tanah tepi ni idak ler CR. Jadi online shopping jerlah kolam plastic yang agak besar. Selera besar pulak tu hihihi comes with electric pump, 2 water gun n 5 plastic balls. Beli dari Little Hijjaz Wardrobe, boleh cari di fb okeh.
Apa yang penting, masa terisi...anak2 seronok... duit air bulan ni confirm naik hahaahahah
Take care....
Posted via Blogaway
Cuti Sekolah Saya Part 1
Salam,
First semester break kali ni is shorter than it should be. Sad... and cuti kali ni kami anak beranak tak ke mana. Just habiskan masa di Melaka.
We start our school holiday dengan meraikan Adam habis exam. Ada jugak ye ibu yg nak meraikan anak habis exam... maklumlah first timer. Bukan sekejap tau exam. 2 weeks sebab campur dengan sekolah agama. What did we do?
We did a pre-camping in my porch...hahahaah korang ada? Nilah padah mak ayah x begitu adventurous. Tapi ada hati....heheeheh bak kata orang; introduction dulu. Started at 8.30 pm. (Khemah petang tu jugak dah naik...korang ada khemah?)
Kitaorang anak beranak yg jakun ni makan2 dulu. Makan snacks je malam ni coz dah ambil early dinner at 6.00 pm. Penangan ibu yg kelaparan menanda paper exam. Snacks ialah nuggets, drummets and homemade pizza (guna roti pita jer). Layan anak2 main dalam khemah, amek feel.
Then buat puzzle sikit (Eh My English!) Mini puzzle book yang adam beli kat sekolah RM1. Ok jugaklah to set extra challenge in memorizing english words. Coz the puzzle asked us to translate malay to english.
Lepas tu, kemuncaknya, layan movie 'frozen' sambil golek2 dalam khemah. Layaaan. Amsyar seronok sangat coz dapat berlari kluar masuk rumah. Berapa kali dia saie x surelah pulak....habis frozen, kemas2 mainan, zip khemah, bawaklah anak2 masuk rumah yang sekangkang kera jer dari khemah heeheheh...
Saturday, March 15, 2014
Day 8th
CR 15th March 2014
Friday, March 14, 2014
Semester 1 yang PENAT
Salam,
Hai JOY...salam pada kawan-kawan guru yang mungkin terbaca. Just to share with all of you Jadual saya di sekolah. Ini adalah jadual sesi akademik.
Tahun ini saya memegang 3 kelas Tingkatan 5 dan 2 kelas Tingkatan 4. Still ok with me kerana saya pernah mengajar 3 kelas Tingkatan 5 dan 3 kelas Tingkatan 4 semasa mengandungkan Adam dahulu.
Namun, meningkatnya usia menyebabkan kepenatan semakin dirasai. Tanggungjawab di sekolah mahupun dirumah juga semakin bertambah.
Waktu sarapan pun kadang-kadang diskip. Tanggungjawab sentiasa diutamakan. Justeru, minuman inilah pengalas perut saya sementara menanti suapan makanan tengah hari.... Jom ESP!
Salah etika?
Salam,
I am sorry boy, but this is too much!!! I dont want to teach student who don't know how to respect me.
Pagi jumaat yang mulia ni saya mulakan dgn halau budak dari kelas chemistry saya. Maafkan saya, saya tak pernah terfikir utk halau pelajar sebelum ini. Namun bila role saya sebagai seorang guru diperkotak katik kan, saya tak sanggup.
"Semalam semasa sedang mengajar dihadapan, saya tangkap seorang pelajar sedang menggunakan handphone di bawah meja. Saya bertanyakan dgn nada biasa apa yg beliau sedang lakukan. Beliau terkejut dan menjawab yang beloau sedang bermain dgn scientific calculator. Malang bagi beliau, kerana calculatornya berada di atas meja. Atas desakan, beliau shut down handphone dan memberikan handphone tersebut kepada saya."
Saya memang berniat mengembalikan handphone berkenaan kepadanya, sambil memberikan amaran. Lalu saya letakkan handphone tersebut di atas meja guru.
"Di akhir kelas tersebut, ketika pelajar puteri berpusu2 bersalam dgn saya dan berjalan ke blok akademik (kelas saya di makmal) saya dapati handphone tadi telah tiada dan pelajar berkenaan telah berjalan ke kelas."
Beliau ambil handphone tanpa meminta kebenaran saya?
Ya
Beliau ambil handphone whitout saying sorry?
Ya
Maruah saya tercalar....
Itulah pelajar yg saya halau pagi tadi. Maafkan saya wahai Jumaat yg mulia...
Saturday, January 4, 2014
2014
Bismillhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum.
Its been almost 5 days since the new year holiday. Alhamdulillah, CR still here. Allah still gives me chance to improve myself and be a better muslim.
What are your new year resolutions? Hihihi... better make some; the specific one. Mine? Still trying to specify some...
So...best of luck. And have a splendid year ahead peeps...in shaa Allah.
Take care