Friday, August 31, 2012

Antenatal Check-up

Salam,
Alhamdulillah, usia kandungan CR telah pun masuk 6 bulan lebih dan menghampiri 7 bulan. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan Allah dan CR berdoa semuanya berjalan lancar dan rezeki kami dimurahkan lagi kali ini.

Untuk pregnancy kali ini muka CR ni mmg muka g klinik tuk check-up. Kami ambil keputusan untuk hadiri check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak selain daripada pemantauan Doktor Pakar di hospital swasta. Kenapa? Pengalaman lepas membuatkan CR lebih berhati-hati memandangkan masih ada trauma di sudut hati. Lagipun, CR percaya Allah akan bantu andainya kita lebih berikhtiar,kan?

So, entry kali ni CR nak banding-bezakan apa yang berlaku during antenatal check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) serta Klinik Oby-Gyn.

Rutin Check-Up:
Di KKIA, kita perlu daftarkan diri dan buat buku pink sebelum usia kandungan mencecah 12 minggu.  Lagi awal, lagilah baik,kan supaya perkembangan janin dapat dipastikan seawal mungkin.  Bagi CR untuk kali ini, CR menyerah diri seawal 8 minggu mengandung.
Setiap kali lawatan [3-4 minggu sekali check] berat badan, blood pressure, urine test and Hb test akan dilakukan. Lepas tu masuk bilik nurse check tinggi perut [lepas 16 minggu] and jantung baby [lepas 20 minggu].  Then jika perlu dirujuk kepada Peg Perubatan aka Dr untuk scan atau pemerhatian.  Kali pertama Dr scan, and akan beri appoinment utk scan yang berikutnya [20 minggu] dan perancangan berdasarkan rekod pregnancy lepas.

Buku Pink KKIA - ada makluman untuk kita ambil perhatian:)

CR memulakan sesi dengan Oby-Gyn ni sejak sebelum pregnant kerana pregnancy kali ni memang dirancang selepas lebih 6 bulan berusaha dan mengambilkira previous history.  As stated in this entry, CR menggunakan bantuan hormone untuk meningkatkan kesuburan.  Jadi 6 minngu selepas consume hormon tersebut, check-up mendapati ada tanda CR mengandung. Lalu series of check-up pun bermula hingga sekarang

Check up di Klinik Oby-Gyn hanya merekodkan berat badan, blood pressure dan urine test.  Selain itu, ultra-sound dan consultation dari Oby-Gyn sendiri.  Kiranya setiap kali check up dapatlah bertanya terus apa-apa yang merisaukan dan boleh request for extra appoinment jika ada keganjilan yang berlaku [such as extra discharge dll]

Appointment Card - Ni jelah yang kita bawa, no rujukan, ingat je,ye

Perasaan:
Kita di Malaysia patutnya bersyukur kerana diberikan banyak subsidi tentang perubatan.  Walaupun pelbagai aduan dan complaint, kita harus terima kerana perkhidmatan yang diberikan adalah percuma dan mereka mencuba sehabis baik.  Cuma ketegasan petugas-petugas ni adakalanya membuatkan kita agak stress.  Pelbagai protokol perlu diikuti.  Namun, CR ambil pendekatan, senyum sahaja supaya mereka pun tak menyampah, CR pun tak stress.

Mungkin sebab CR sentiasa mendapatkan details and consultation dari Oby-Gyn, jadi kerisauan dapat dikurangkan.  Kalau anda pernah dengar, yeast infection in pregnant women is common.  Dan situasi ni dah 2 kali melanda CR.  Ya, ia agak merisaukan kerana yeast and bacteria infections during pregnancy merupakan salah satu sebab kepada kelahiran bayi pra-matang dan penyebab kebocoran amniotic fluid.  Jadi dah 2 kali CR terpaksa consume antibiotic and undergoes HVS test [High Vaginal Swab].

Dan sehingga saat kelahiran kelak, Oby-Gyn telah menyenaraikan series of test and precautions yang perlu diambil berdasarkan past pregnancy history CR which is


  1. @28 weeks - CR perlu ambil betamethasone injections 1 cycle [2 injections]
  2. @32 weeks - CR akan jalani HVS sekali lagi
  3. pemantauan kedudukan uri/placenta [i've history with placenta previa and bleeding during pregnancy]


Bayaran:
Pastilah KKIA yang menerima subsidi daripada kerajaan mengenakan bayaran yang murah.  Kalau anda penjawat awam semuanya FOC.  Alhamdulillah...

Tapi jika di Klinik Specialist bayarannya berbeza mengikut tempat dan bandar yang kita bermastautin.  Bagi CR minimum charge adalah RM80 setiap kali pertemuan.  Jika ada ujian-ujian tertentu yang perlu dilakukan, charge tambahan akan dikenakan.

So, kawan-kawan buatlah pilihan yang tepat ketika memilih tempat untuk antenatal check-up berdasarkan budget, keperluan dan kemudahan masing-masing.

Take care lovelies:)




Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam Kemerdekaan 55 Tahun


Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-55 tahun

"Merdekakan minda, diri dan perbuatan dari masih lagi dijajah.  Kita masih perlu untuk maju dan bergerak kehadapan sambil mengekalkan nilai-nilai murni keislaman dan ketimuran" 

Tuesday, August 28, 2012

Rangkuman Aidilfitri 2012 Kami


Ist Syawal
Our small family in Earth Tone Raya costume:)

With Tok Mad and Toh Mah

2nd Syawal
4 cousins at Pantai Leka

AidilAdha 2002 [Ten years ago]
Capture this picture coz Adam said, "kurus nye Ibu....kurus sangat... Sekarang Ibu gemuk sangat-sangat..." Hahahahaha...

Our small family Kuala Lumpur 2002

7th Syawal
@IKEA...waiting for his turn to get into Smaland.
Senyum meleret lagi:)

Monday, August 27, 2012

Wanita Malaysia Ketiga Paling Curang

Salam,

CURANG? haa, tulah tajuk artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo 27/8/2012.  Panas,kan?
apa pendapat korang?

Mendengar topik ini dibincangkan di Hot fm pagi tadi, memang agak mengejutkan...Di samping ketidakpuasan hati beberapa orang wanita, masih ada wanita yang mengaku dan merasakan perkara ini adalah biasa.  Bagaimana suatu yang agak berat untuk dilakukan ini dikatakan biasa?

Mereka menjadikan alasan kecurangan suami sebagai punca mereka mencurangi pasangan.  Pendapat ini menjadikan mereka ternyata sama dengan suami mereka.  Ya, CR tidak berhak untuk menghakimi, namun CR berpendapat, apa-apa juga yang dilakukan atas kehendak dan kerelaan diri sendiri.  Don't drag anybody else atas kesalahan kita.


Jujurlah dengan pasangan masing-masing tanpa mengira gender.  Dan tak salah jika kita memulakan langkah jujur ini dahulu.  Berdoalah kepada Allah semoga kita dijauhkan daripada gejala tidak sihat ini.

Amin...

Saturday, August 25, 2012

Suamikah? Ibukah?

Salam,

Selam Aidilfitri daripada CR.  Sudah hampir seminggu kita meraikan kemenangan, cukupkah?  Harapnya telah mencukupi.  Ya, Syawal itu sebulan, namun haruskah dihabiskan sebulan untuk bersuka-sukaan?  Jangan lupa memulakan puasa enam yang banyak keistimewaannya,ye...

Sepanjang Aidilfitri pada tahun ini, CR banyak belajar erti kekeluargaan dan tanggungjawab.  Ya, dalam bulan Syawal inilah kita masing-masing berusaha merapatkan silaturrahim dalam kalangan sanak saudara.  Namun tak kurang juga yang masih terasa hati antara satu sama lain.  Inikah erti silaturrahim?


Haa...jomlah CR kongsikan pengalaman ni bersama-sama.  Nenek CR telah mencapai umur 80-an dan mula uzur.  Penyakit orang tua.  Nenek tidak betah tinggal dirumah dirumah anak-anak.  Jadi tanggungjawab menjaga nenek diberi bulat-bulat kepada Mama kerana Mama telah pencen.
Mama anak perempuan pertama daripada 9 orang adik beradik. Mama hanya ada seorang lagi adik perempuan dan 7 adik beradik lelaki.  Dalam pada itu, Papa juga telah agak uzur walaupun baru berusia lewat 60-an.  Maklumlah, Papa penghidap Diabetes dan darah tinggi.

Persoalannya, wajarkah tanggungjawab itu dipikul oleh Mama semata-mata sedangkan Papa juga memerlukan perhatian Mama.  CR cuma kasihan melihat Mama yang tersepit antara Ibu dan Suami.  Namun, pada pandangan CR, tanggungjawab menjaga ibu seharusnya dipikul oleh anak lelaki.  Tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa sehingga mereka kembali dijemput Ilahi.  Namun bagi yang perempuan, tanggungjawab mereka lebih berat kepada suami mereka.

Dalam kes Mama, wajar dan lebih bertoleransi jika giliran itu dibahagi sama-rata.  Masing-masing wajar mengambil giliran demi kemaslahatan bersama berserta nenek juga.

Situasi ini benar-benar mengajar CR supaya bersedia mental dan fizikal.  Bukan kerana merasa terbeban, tetapi sebagai isteri CR rasa wajar bagi CR sentiasa mengingatkan diri dan suami bahawa kami sanggup dan bersedia bersama-sama menjalankan tanggungjawab itu.  Dan pada CR semua anak harus memikirkan situasi ini bersama-sama kerana zaman ini semua anak-anak telah bekerjaya, dan jarang yang tinggal berdekatan dengan ibu dan bapa.

Semoga, kita sama-sama mengambil iktbar demi kesejahteraan suami dan isteri serta keluarga...amin....

Saturday, August 18, 2012

Salam Hari Lebaran 1433H

Salam Aidilfitri...

Semoga Hari Raya yang menjelang tiba membawa seribu rahmat dan kegembiraan kepada semua.  CR berdoa semoga kita semua akan dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang, Amin.


Tuesday, August 7, 2012

RESEPI : Ayam Percik Kelantan

Salam,

CR ni ada darah Kelantan dari sebelah ayah...kira Kelantan celop lah, that's why kalau suruh cakap tu, lambat lah nak dengar bunyinye hehehhehe... satu resepi kelantan yang sangat CR idam ialah ayam percik Kelantan ayah CR.  Dah lamenye Papa tak buatkan hehehhe [anak dah besar panjang pun nak suruh ayah masakkan lagi...soryy Pa...] Smalam berkesempatan masak untuk diri sendiri, alhamdulillah tak jauhlah rasa dengan Ayam Percik Ayah CR tu :)

Bahan-Bahan

Ayam [banyak mane yang cukup untuk korang, CR masak utk 3 orang]

A
Serbuk Kunyit
Bawang Putih 3 ulas
Halia sedikit
Serai 2 batang
Garam

B
Santan pekat 1 cawan [sebaiknya santan kelapa ori]
Bawang merah [CR guna 1/2 biji bawang besar coz kat umah ni xpernah pakai bawang merah :( ]
Bawang putih 5 ulas
Halia sedikit
Serai 3 batang
serbuk ketumbar and jintan kisar
asam keping
Garam and gula as perasa

Cara:

  1. Bahan A dikisar dan di lumur pada ayam.  Perap paling kurang 1/2 jam.
  2. Then bakar dalam oven / griller [mana yang ada kat rumah korang.  Dulu ayah CR guna arang, lagi sedap]
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai.  Tumiskan hingga pecah minyak [sebab CR guna santan kotak, so kenelah tumiskan bahan ni dulu.]
  4. Masukkan santan tadi, masakkan dengan api sederhana sehingga sehingga pecah minyak / pekat /  baunya harum.
  5. Tambahkan sedikit serbuk ketumbar dan jintan kisar serta asam keping
  6. Tambah bahan perasa [garam dan gula] ikut selera masing-masing
  7. Ayam yang separa masak tadi diterbalikkan dan dilumurkan dengan kuah, dan dimasak hingga boleh dimakan.  Sepanjang korang terbalikkannya, lumurlah dengan kuah supaya rasa kuah sebati dengan ayam...:)


Boleh dihidang dengan salad segar..yummy:)

Thursday, August 2, 2012

Hadiah utk Minggu Ini

Salam,

Alhamdulillah, hari ni kandungan dah masuk ke Minggu ke-23... Setakat ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan CR mengharapkan Allah akan terus memudahkan urusan ini, InsyaAllah.

Memandangkan CR memang berazam nak puasa penuh tahun ni [moga diberi kesempatan, InsyaAllah] maka, CR dah laburkan untuk menghadiahkan diri sendiri dengan ini:)


Yelah, setakat ni, alhamdulillah penat sangat ke, penat sikit ke... CR memang akan memasak untuk family.  Maklumlah, tak sampai hati menolak permintaan suami yang agak cerewet kalau nak makan di luar @ beli ni.  Tak pelah, bukan untuk siapa,kan?

Tapi memang berpuasa menguji kesabaran sebab bawak ke petang, memang sangat exhausted.  Mesti tidur walau sekejap untuk boost tenaga.  So, CR perlukan extra supplement selain daripada prenatal vitamin yang telah dibekalkan.

Semoga pelaburan ini berbaloi!