Sunday, March 25, 2012

72.3% A's

Salam,

First of all, ALHAMDULILLAH kerana Allah memberikan rezeki yang murah ini.  Apa yang 72.3% nya?  72.3% A untuk subjek KIMIA [yang susah tu - kata students]. 72.3% A dari 447 orang pelajar tau which is 322 orang.  I think ini pencapaian yang baik.  Walaupun ada terdetik sedih di hati kerana peratusan ini menurun sebanyak 9% berbanding tahun lepas.

Mungkin Allah mahu memperingatkan CR supaya berusaha lebih lagi untuk SPM 2012.  Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar-pelajar Batch 2010/2011, guru-guru MRSM TGB, staf-staf dan ibu bapa yang banyak memberikan sokongan kerana maktab kita telah dinobatkan berada pada tempat pertama antara MRSM se-Malaysia.

WELL DONE you guys!

3 comments: