Wednesday, November 16, 2011

BERDIKARI

Ada yg bertanya pada CR pernahkah kami suami isteri terasa bersalah menghantar Adam ke taska pada usia 3 tahun 3 bulan. Yang bertanya merasakan Adam terlalu kecil untuk mengharungi rutin sebegitu.

Terus terang CR katakan tiada ibu bapa yang tidak berasa ralat dihati meninggalkan anak dlm jagaan org lain. Apatah lagi menjalani rutin yg memenatkan sepanjang hari. CR sedih, tapi tidak berasa ralat. Itu pengorbanan yg perlu kami lakukan atas nama mencari rezeki. CR percaya ada kebaikannya untuk masa depan Adam. Memandangkan CR turut membesar dlm keluarga yang ibu bapanya berkerjaya. CR ditumpangkan di rumah jiran sejak berumur 5 tahun sebelum mendapat pembantu rumah. Selepas berusia 9 tahun CR sudah tinggal berseorangan di rumah sementara menunggu giliran untuk ke sekolah agama. Tiada perkhidmatan transit ketika itu. Tanggungjawab memastikan rumah lengkap berkunci tergalas di bahu CR sejak dr itu. Itu merupakan harga yg perlu dibayar oleh org tua CR atas nama mencari rezeki.

Maka,CR yakin dan percaya bahawa Adam mampu berdikari dgn cara ini. Tambahan pula setelah bersekolah kami nampak perkembangan positif dengan cara Adam bergaul; tidak lagi mendominasi malah lebih bertolak ansur. Maklumlah anak bujang CR ni agak pemalu orangnya. Maka, harapan kami cara menghantar anak ke nursery adalah win-win situation pada kami bertiga.

Macam mana dengan anda pula?
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

  1. pada wawe, bagus juga pendedahan awal sebegitu. oklah tu. bila anak dah mula bercakap, boleh je nak hantar ke taska. sekurang-kurangnya dia boleh berinteraksi dengan aktif dan kita tak risau sangat sebab boleh dapat feedback dari anak. anak pun boleh mengadu kalau jadi apa2 di taska. anak jadi independent. boleh asah social skill. dia pun boleh berkawan dan belajar banyak benda dari pergaulan dan persekitaran. memang sebagai ibu kita memang kalau boleh nak didik dan jaga anak sendiri. tapi sebagai ibu berkerjaya, kita takde banyak pilihan. semua ibu mahu yang terbaik. kita boleh berdoa untuk yang terbaik bg anak kita dan berikan yang sebaik mungkin setakat ini mengikut kemampuan kita.

    ReplyDelete