Teringin nak berkongsi dengan rakan-rakan blogger.[kalaulah ada yang sudi nak baca]
Hari ni CR ditemani ustaz yang sangat berhemah tutur katanya dan setiap ayat yang keluar dari bibirnya mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Tak hairan beliau mampu menjadi pendakwah. Semoga lebih ramai lagi insan yang berhikmah seperti beliau.
Dalam ceramah/tazkirahnya, beliau ada menyebut
kelahiran merupakan permulaan kepada sebuah kematian. Perasankah kita bahawa diawal kelahiran kita diazan dan diiqamah. Biasanya selepas iqamah apakah yang dilakukan? Ya, kita akan sembahyang. Begitulah pendeknya diibaratkan kehidupan ini. Seolah-olah di antara waktu iqamah dan solat sahaja.
Benar rakan-rakan, mati itu sangat hampir dengan kita. Mari kita buat sedikit perkiraan kerana bagi CR manusia teknologi kini memang suka bercakap berdasarkan fakta.
Dikatakan
- sehari di akhirat adalah 1000 tahun di dunia
- 12 jam di akhirat adalah 500 tahun di dunia
- 1 jam di akhirat adalah 41.6 tahun di dunia
- dianggarkan umur umat Nabi Muhammad SAW adalah sekitar 60 tahun di dunia
- maka sesungguhnya kita hanya hidup 1 jam 27 minit sahaja di akhirat
Pendeknya usia kita kawan-kawan. Janganlah kita membazirkan umur kita yang hanya 1 jam 30 minit ini dengan perkara yang lagha. Gunakanlah sebaik mungkin. Semoga CR dan rakan-rakan akan terus berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment