Monday, October 31, 2011

1 jam 30 min sahaja?

Salam,
Teringin nak berkongsi dengan rakan-rakan blogger.[kalaulah ada yang sudi nak baca]
Hari ni CR ditemani ustaz yang sangat berhemah tutur katanya dan setiap ayat yang keluar dari bibirnya mempunyai pengertian yang sangat mendalam.  Tak hairan beliau mampu menjadi pendakwah.  Semoga lebih ramai lagi insan yang berhikmah seperti beliau.

Dalam ceramah/tazkirahnya, beliau ada menyebut  

kelahiran merupakan permulaan kepada sebuah kematianPerasankah kita bahawa diawal kelahiran kita diazan dan diiqamah.  Biasanya selepas iqamah apakah yang dilakukan?  Ya, kita akan sembahyang.  Begitulah pendeknya diibaratkan kehidupan ini.  Seolah-olah di antara waktu iqamah dan solat sahaja.

Benar rakan-rakan, mati itu sangat hampir dengan kita.  Mari kita buat sedikit perkiraan kerana bagi CR manusia teknologi kini memang suka bercakap berdasarkan fakta.
Dikatakan 
  • sehari di akhirat adalah 1000 tahun di dunia
  • 12 jam di akhirat adalah 500 tahun di dunia
  • 1 jam di akhirat adalah 41.6 tahun di dunia
  • dianggarkan umur umat Nabi Muhammad SAW adalah sekitar 60 tahun di dunia
  • maka sesungguhnya kita hanya hidup 1 jam 27 minit sahaja di akhirat
Pendeknya usia kita kawan-kawan.  Janganlah kita membazirkan umur kita yang hanya 1 jam 30 minit ini dengan perkara yang lagha.  Gunakanlah sebaik mungkin.  Semoga CR dan rakan-rakan akan terus berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik.  InsyaAllah.



PANDUAN - Grillling [Mix & Match Menu - Grilled Lamb] ;)

 Mix and Match??? Usually people use this terms in fashion.  Selalu terbaca di majalah. Tapi kali ni CR nak guna dalam MEMASAK pula. Boleh?

Bukan apa, sometime untuk menjimatkan masa yang sangatlah berharga we have to do something that will cut the time to half [bukan sebab penyakit M ke CR?:)]

HOW?
STEP 1 :
Belilah marinated Lamb [apa sahaja bahagian yang anda suka]
Grill the lamb sehingga masak dengan kegaringan yang anda suka kerana you don't have to ask for it, sebab anda sendiri yang memasak:)
Untuk process grilling, CR sangat rasa beruntung kerana membeli Grill Pan from IKEA. Grilling sangatlah mudah, mencucinya juga hanya menggunakan sponge, tak perlulah nak beli iron wool yek.
 
Promo sikit:)
Lively look, berkilat2 permukaannya, that is the reason why it is easy to clean:)

during the process

STEP 2 :
Mix and Match Grilled Lamb anda dengan apa sahaja yang anda suka. As for me, CR beli je Whipped Potato and Coleslaw dari KFC yang berhampiran.  Di mix lagi dengan tomato slice, cucumber, and some fresh salad yang crispy.

Tadaaa. Siap dah menu makan tengah hari:)

SELAMAT ber 'MIX &;MATCH'



Wednesday, October 26, 2011

Adam's First Outing

Salam,

Been a month,rite....CR sangat busy [itu jelah alasannya...memang pun  hehehhe] try my best to update JOY.
For this month entry [tahu, saya memang blogger yang tak productive:)] just want to update about my BOY.  Yeah, I never think I am willing to let my 4 yo boy to go outing without me.  Seriously, bagi CR yang agak convensional ni, 4 tahun sangat kecil tau.  Tapi akhirnya, melihatkan Adam yang sangat excited dan begitu beriya-iya bercerita tentang lawatan yang dirancang, apalah salahnya memberi kepercayaan kepadanya.  Tapi haruslah bersyarat.

Awal-awal lagi syarat supaya sentiasa holding hands,  dengar cakap Teacher-teacher yang cun , dan no runing and jumping.  Haaa, sikit je syarat,kan.

Alhamdulillah, according to the teachers, Adam behave well.  Maklumlah, teacher dah separate the gangs into 3 different groups, mahu tak behave well. Pandai Teacher ni:)

So, layan gambar anak bujang saya ye:)

Teropong apa tu?? Mr Crocs ke?

With Teachers and Friends, can you spot him?

Ye ke tido tu???
Penat berjalan, balik taska makan dengan semangatnya....Comelkan Mohamad kat sebelah tu??