Thursday, May 27, 2010

Cerita Tentang Rumah

Salam,
Topic Hot FM a.m Crew hari ni ialah RUMAH. Yes! A place called HOME. So, rasanya saya nak bercerita tentang rumah saya lah.

[kalau out of toipc, just stop reading, ye.]




[Sebelum dengar saya merapu, layanlah Gambar Cik Google ni. Like the Modern and simple Concept]

Rumah kami selesa untuk ahli keluarga kami yang hanya 3 orang setakat ini. Sebuah rumah teres 'corner lot' kos sederhana dan ia boleh dikatakan terletak di jalan utama di taman kami. Rumah kami 'easy layout'; living hall yang bersambung dengan dining hall, 3 buah bilik, 2 bilik air dan of course sebuah ruang dapur. Kiranya, senang cakap rumah kami ni, comel jelah.

Walaupun rumah kami comel, angan-angan kami tetap besar...hehehhe
Dan rasanya, kewangan kami belum stabil lagi nak memastikan angan-angan kami tu akan tercapai. Macam-macam lah nak buat. Antaranya;
[urutan berdasarkan kepentingan]

1- Nak sambung porch depan with wider gate, so that fair to Mr OOzy and Si Kilat
2- Nak tiling porch depan and side porch
3- Nak tiling ruang belakang rumah yang hanya bersimen
4-Nak tambah Side porch guna awning polycarbonate angan-angannya nak buat ruang tambahan sbb living hall kecik [x penting]
5- Nak tambah built in cabinet kat bilik Adam and Bilik belakang [ruang kerja ni] so that byk barang leh sumbat, rumah x de store room

tulah angan-angan terdekat, long term angan-angan....maleh nak kongsi, hehehhe banyak sangat :)

okeh..habis waktu merapu.....

Wednesday, May 26, 2010

After almost seven years...I bowl

Salam...

Yeah, after seven years...I play bowling again today. Last time I play bowling with my MPOB colleague [Azizah, Kak Suchirah, Abg Mad, Awe dll]

Today I went to Melaka International Bowling Centre with my dear friends...

Actually, my employer had a Bowling Tournament to select participant for SUZON 2010, and all the competitors compete fairly...As for us, kami just main-main saja...bak kata orang meramaikan majlis.... whose in the list? Me [of course] Faizah [ibu aleeya] Jea [cutey] Fiza [everdearest sister....] wanna play bowling more next time??

On the other hand, dear Kak Seela and Aisha joint the tournament...eh, korang dapat no berapa, yek? :)

oh...best nyer kalau Mr Hubby Terchenta ada bersama...:) Jom Yang, kita main bowling nnt. Bawak Adam sekali, sure this would be a best TYPE I activity for him. Nanti kita pergi ye, Sayang...

Jom layan gambarnye...
First try, sure masuk longkang...hahaha...able to get 84 score for 1 game, not bad kut....:)

After the game...Nampak muka tak puas main je...

Lebarnye senyum Mommy with 2 anak dara sweet

Bola yang berwarna warni...Attractive!

Pheewitt...this is Kak Seela

daaa..Salam

Best Way - Easy Toilet Training | eHow.com

Alhamdulillah....


sebenarnya dah lama nak cerita pasal process of toilet training ni....focus on my boy; Adam.
and saya rasa sangat best sebab this process goes smoothly...
but thanks to Mak Noli [Adam's Baby Sitter] for her effort. I agree that Adam spent more time during weekdays at Mak Noli's house; average 8 hours per day....

yang tak berapa best pulak, Adam still wear the diaper in the night, and poo poo on the toilet floor; not in the toilet bowl... he's afraid of the bowl...adoiila.
sorry ye sayang, Ibu tak sempat nak train lagi...lets wait for school break, ye....

Antara langkah yang saya amalkan, based on nasihat org tua-tua
1- keep on asking the boy, if he wants to go to toilet or not [once in 15 min] for the first 2 day, buat untuk 3 jam jer...increase with the improvement...
2-buy him underwear - he keeps on asking for ultraman's underwear...x dapat pun...:(
3-keep on praising him after each session, so that he feels appreciated.

Best Way - Easy Toilet Training | eHow.com


Monday, May 17, 2010

Happy Teacher's Day to Me..:)

Salam,
Semalam 16 mei, dan seperti biasa pada tarikh ini Hari Guru akan disambut.
Pada saya, cikgu, guru atau apa saja panggilan kepada golongan ini, baktinya dan peranannya hampir sama kepada setiap individu. Ya, saya juga kini seorang guru. Tidak dinafikan guru saya juga memberi banyak inspirasi kepada saya, apatah lagi kini saya juga mengajar di sekolah saya dahulu....mungkin ini dinamakan rezeki.:)

Pada tahun yang penuh cabaran pada saya ini, saya berazam melahirkan lebih banyak calon-calon anak bangsa yang bakal menerajui Malaysia yang saya harap lebih berkredibiliti dan mampu bersaing di peringkat yang lebih global. Saya yakin semua anak murid saya mempunyai kebolehan itu, cuma yang saya risaukan adalah keinginan mereka. Nampaknya keinginan mereka untuk berjaya masih diperingkat awal. Bak kata orang enjin kereta baru nak panas.

Semoga mereka akan beroleh kejayaan,Insyaallah.
oh ya, gambar sambutan hari guru peringkat sekolah kami akan saya upload kemudian,ya.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu....:D

Salam...

Selamat Hari Ibu, Mama and Mak....
Saaaaayaaaang anda berdua....:DGambar ni Cik Google yang carik...

Take care...daaa:)

Tuesday, May 4, 2010

Kecik Hati

Salam,

Lama sungguh tak update this blog...kan JOY...I'm so sorry:(
dah seminggu saya sangat stress dengan tugas marking exam papers...hehhehe then, yesterday, hilang beban yang ditanggung di bahu....:D Saya dah settle masukkan markah dalam program dan saaaangat penat. I really admit yang saya seorang last minute person, sangat tidak bagus, tau....alhamdulillah, tidak lambat dari due-date and on time....


So, apa yang kecik hatinya??? Yeah, I am an ordinary person, saya sangat terasa bila my some of my student kecewa dengan markah mereka...they show it in front of me...kut yer pun nak mencarut ke menyumpah ke jangan lah depan cikgu yang dah 2 minggu mengadap exam paper kamu tu...YE!!!

Salah saya kah mereka tidak perform in the exam? setelah segala macam exercise yang berkaitan diberikan. I admit, bukan mereka tidak pandai, TETAPI mereka DEGIL!!!

WHY?

1- suka sangat ikut suka hati nak menjawab guna perkataan sendiri, REMEMBER no scientific terms means NO MARKS

2- tak ambil berat bila cikgu bagi hints...SIAP bagi hints tu.....

3- tak nak baca nota cikgu, SIBUK nak baca BUKU RUJUKAN yang terlampau byk maklumat and some of it guna terms yang kurang tepat.

Saya sangat kecik hati.......may be hormone tak stabil jugak ni.......

:(