Tuesday, April 21, 2015

PureJuice - Orange Juice

Semenjak tengok segmen JustJuice di Nona beberapa minggu lepas, tekak CR memang ngidam nak minum orange juice homemade je. Homemade tau...



Maka bersegera-segeralah CR survey juice maker di Lazada (ada ke patut, macam dah tak de kedai sangat kat melaka ni) Puas survey, harga x memenuhi budget CR yang ciput ni. Lalu CR intai-intai video di YouTube pula. Akhir nya, dapat juga menyambar electric Citrus Juicer jenama Kenwood dari Lazada. Malas dah nak g tanya kat kedai letrik. Tadaaa... RM139.00 GST telah diserap katanya.



Lalu bermulahlah aktiviti sampingan sebagai pemerah limau di rumah ni... wow...Memang CR dah x pandanglah twister, minute maid dan yang seumpama dengan nya lah...



It is PURE, FRESH and made with LOVE

Saturday, April 4, 2015

Aku Sebuah Papan Gosok

Namaku Si Biru; diberi oleh tuan ku sempena kulit asalku yang kebiru-biruan. Telah lama aku berkhidmat untuk tuan ku...rasanya hampir 9 tahun lamanya. Sejak tuanku masih muda bergaya, sehingga kini patutnya sudah beranak tiga.

Aku memerhati dan menjadi penunggu setia di rumah ini. Untuk pengetahuan semua, partner ku telah 2 kali berganti. Dulu yang pertama, si genit National berwarna merah hati, kini aku dipasangkan bersama Si hitam Panasonic yang beratnya, Ya Ampuun...kepalang. Adakalanya, terpeleot kaki ku yang pernah dipateri ini dibuatnya.

Iya... Selama umurku di rumah ini, kaki ku pernah patah akibat komitednya aku terhadap tugasku. Alhamdulillah, aku tidah dicampak ke tepi rumah sebagaimana pengakhiran hidup barang-barang kelengkapan rumah yang rosak. Ku fikir, berakhirlah khidmatku dalam hayat ini apabila patahnya kakiku... Namun, kerana sifat berjimat tuan ku, aku dihantar hingga ke Masjid Tanah untuk dipateri. Dibengkel pertukangan kereta Kolej Kemahiran Tinggi MARA; sempat aku menjeling di pintu masuknya. Lalu aku masih dapat berdiri dan masih utuh memberi khidmat bakti kepada tuan ku. Akan ku balas kepercayaannya kepada ku ikrar ku dalam hati.

Sebenarnya sepanjang tempoh perkhidmatan ku, sarung ku sudah beberapa kali diganti. Yang pertama dulu, alasannya aku tidak gebu, susah untuk menggosok katanya. Lalu aku disarungkan dengan alas Biru 'heat absorber' yang kononnya berfungsi menambah nilai kualiti gosokkan ku. Namun, mmg indah iklan daripada hakikat....alas Biru masih pada tahap ok-ok saja kata tuan ku. Namun disebabkan telah dibeli, alas Biru masih kekal menjadi sarungku. Yang kedua, alas Kelabu 'built-in metal heat reflector' katanya. Mmm ku risik2 getus hati tuan ku, akhirnya aku tahu tuan ku agak berpuas hati dan merasa berbaloi mengeluarkan RM 25.00 di Jusco membeli alas Kelabu. Masa menggosok berkurang sedikit katanya... Maka jadilah aku Si Biru yang dibaluti alas Kelabu selama hampir 3 tahun.

Namun minggu ini, ku dengar2 kata hati tuan ku ingin menukarkan alas Kelabu. Kesian, alas Kelabu telah lama berjasa, terkoyak sudah permukaannya. Nampaknya, x lama dah masa si alas Kelabu ni, kataku di dalam hati. Namun, untuk kesekian kalinya sifat berjimat dan 'do it yourself' tuan ku memungkinkan si alas Biru, si alas Kelabu dan aku Si Biru masih mampu menjalankan peranan kami... Ini kerana, aku yang masih disaluti si alas Biru pada lapisan pertama dan si alas Kelabu pada lapisan kedua akhirnya disaluti si Fabric IKEA. Maksudnya, kami bertiga masih diperlukan di rumah ini, masih diperlukan untuk terus menabur bakti, masih boleh menemani tuan ku menggosok baju-bajunya....alhamdulillah, kerana aku adalah Si Papan Penggosok yang kini berwajah baru.