Monday, November 28, 2011

Hari Keluarga 2011 - PD

Hye,

lama sungguh dah basi cerita ni. CR tak sempat and x bermood nak update. Gambar tak banyak hehehhe...
Tapi boleh lah di kala kekontangan idea.

Just nak share Hari Keluarga sekolah kami. Rancang punyalah baik tepi pantai sambil menikmati angin Selat Melaka dan panahan matahari negeri sembilan. Tanpa diduga, langit bukan setakat mendung malah galak mencurahkan titisan H2O bersama rahmat Allah....

The activity was still conducted but indoor lah. Baguslah Golden Straits Villas PD ni. They have all the back-up plan. Bolehlah daripada kami bersidai kat corridor menunggu hujan berhenti,kan:)

Kids game - rebut gula-gula...oh mana anak teruna saya ye?

Lorrr, mengurat anak dara orang kat tepi tangga ye Adam.... Marah aunty Faiz nnt! Adam with Aleeya.

Game untuk Ibu-ibu pula. Terompah gergasi.  Cayalah kami dapat third place walaupun leading pada mulanya.

Semangat tu, dengan Kak Rosni yang sentiasa energetic:)

Game ayah-ayah pula.  Lari dalam guni. HubbySayang ku ni dapat second place. heheheh ringannye dia melompat :P

Tengok isterinya pulak, tak terlompat tapi laju gak lari [dah nama game pun lari dalam guni, watpe nak melompat -- ye dak? we won first place yeeeehaaa:) 
Kesimpulannya, CR balik kepenatan.  Dah lama tak bersenam ni.  Tandanya HubbySayang, kita kene banyakkan berjalan ni...JOM SHOPPING..heeeeeeeeeeeeeeeee

sedih pulak...

sampai je dari muar berkejar on tv....ohhhhh tetiba rasa sayu and sedih pulak.  tak lah sampai menangis, tapi ntah tak pernah pulak CR sedih semata-mata sebab sukan ni... CR bukannya ada bayang atlit pun hehehehe

tapi rasa ini merupakan something new to me.  Memang tak munasabah, tapi dah berlaku. Kalah 2-3 pada 6 minit terakhir selepas mendahului 2-0.  apa agaknya headline esok?

Tak nak kutuk-kutuk. Mereka bermain dengan baik. Tapi over confident terlalu awal dan lalai menjadi pemusnah. macam tu agaknya bila main depan penyokong sendiri yek???



Wednesday, November 23, 2011

Bola Handsome

Hye,
Update CR sejak akhir-akhir ni memang kebanyakkannya tentang anak bertuah tulah.  Tak cukup masa nak mengulas isu-isu lain ye kawan-kawan.
Adam ni memang sangat petah bercakap.  Tapi yang menjadi kerisauan CR adalah sifat malunya. Adam sangat malu, namun sifat itu sudah mampu diatasi sedikit demi sedikit. Semoga malu Adam ni bertempat ye nak.

Actually, bola handsome bukannya tentang malu, tapi tentang kenaifan anak kecil berfikir.
Sedang kami menonton bola Kelayakan Olimpik 2012,

Acu  :  Cantiklah bola tu...
Adam  :  Ayooo mana boleh cantik, cantik untuk girl aje.  Handsome lah Acu...
Ibu  :  Kenapa, Adam?
Adam  :  Acu cakap orang tu cantik.  Mana ada boy cantik [merujuk pada footballers]
Ibu  :  Oooo patutnya handsomelah bola tu ek..
Adam  :  Haaa, bola tu boy, handsomelah...

Adam, adam....
Bola cantik ke handsome kawan-kawan???







Monday, November 21, 2011

Tribute to MALAYSIA!!!

Salam, Sempena Sukan SEA yang ke-26 yang hampir melabuhkan tirainya CR nak abadikan Theme Song "Kita Bisa" dan "Gemuruh Suara" Malaysia's Theme Song.  Actually, kini sedang berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.  CR sangat-sangat berdoa Malaysia akan mengekalkan Pingat emas 2009 pada malam ini.




UPDATE :
Akhirnya EMAS itu milik MALAYSIA.  Kerana tak tertanggung gemuruhnya CR tak dapat nak menghabiskan entry ni malam tadi. Alhamdulillah MALAYSIA MENANG 5-4 Tendangan penalti.  Cayalah Harimau Muda. Terbaikkkk:)

Today [22/11/11] was a great day. Senyum sampai ke telinga masing-masing hehehhehe...happy tuesday peeps:)



Friday, November 18, 2011

VBloger - Rokok dan Kopiah

salam,

dulu CR pernah share video dari vbloger ni,kan? Suka lah video dia kali ni:)
Layan ye...

Oh ye, korang boleh subscribe this Malaysian Student 2 Youtube matluthfi channel okeh.





Bakal Si Gigi Besi


Salam,
Update lagi tentang buah hati pengarang jantung CR ni. Dlm 2, 3 bulan kebelakangan ni Adam selalu mengadu sakit gigi. Kami agak gigi depannya sudah mula rosak disebabkan karies gigi. Tapi silap kami kerana tak bawa Adam berjumpa Dentist.
Dalam 2 mibggu kebelakangan ni, Adam selalu demam lewat malam. Boleh kata every nite, walaupun b4 tido dia active dan sihat. Memang amat merisaukan.
So, CR decide to take him to dentist. Kenapa dentist? Sebab dah jumpa Dr and Paed, tetap mcm tu juga. Akhirnya, jumpa juga masalah Adam ni. Rupanya gigi depan dia yg 2 btg tu dah mati akarnya. Dr kata mungkin disebabkan banyak kali terantuk pd bhgn tu (memang pun, pencil box besi pun perbah digigitnya). So, Dr suggest cabut je. Alhamdulillah, drpd kene infection yg lebih teruk. Adam dah tak demam malam lagi:)
Ada satu lagi, Dr pesan supaya CR n husband bersedia sbb she is very sure Adam terpaksa pakai gigi besi. MEMANG ANAK IBU N AYAH, hehehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 16, 2011

BERDIKARI

Ada yg bertanya pada CR pernahkah kami suami isteri terasa bersalah menghantar Adam ke taska pada usia 3 tahun 3 bulan. Yang bertanya merasakan Adam terlalu kecil untuk mengharungi rutin sebegitu.

Terus terang CR katakan tiada ibu bapa yang tidak berasa ralat dihati meninggalkan anak dlm jagaan org lain. Apatah lagi menjalani rutin yg memenatkan sepanjang hari. CR sedih, tapi tidak berasa ralat. Itu pengorbanan yg perlu kami lakukan atas nama mencari rezeki. CR percaya ada kebaikannya untuk masa depan Adam. Memandangkan CR turut membesar dlm keluarga yang ibu bapanya berkerjaya. CR ditumpangkan di rumah jiran sejak berumur 5 tahun sebelum mendapat pembantu rumah. Selepas berusia 9 tahun CR sudah tinggal berseorangan di rumah sementara menunggu giliran untuk ke sekolah agama. Tiada perkhidmatan transit ketika itu. Tanggungjawab memastikan rumah lengkap berkunci tergalas di bahu CR sejak dr itu. Itu merupakan harga yg perlu dibayar oleh org tua CR atas nama mencari rezeki.

Maka,CR yakin dan percaya bahawa Adam mampu berdikari dgn cara ini. Tambahan pula setelah bersekolah kami nampak perkembangan positif dengan cara Adam bergaul; tidak lagi mendominasi malah lebih bertolak ansur. Maklumlah anak bujang CR ni agak pemalu orangnya. Maka, harapan kami cara menghantar anak ke nursery adalah win-win situation pada kami bertiga.

Macam mana dengan anda pula?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, November 7, 2011

salam eidul adha

Salam,

Ya allah, kau beri kami ujian
Tanda kasih sayang dan perhatian Mu
Kau beri kami kesakitan
Tanda rindu pada rintihan kami
Kau beri kami merasai kehilangan
Agar kami kembali dan terus berpaut pada Mu
Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Rabb
Terimalah secubit pengorbanan ku...

SALAM AIDIL ADHA, CR dan keluarga
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 3, 2011

Lilitlah anak-anak...

Sekadar berkongsi video ini... focus!!
and we have to implement FIRST, IMPORTANT, PRIORITIES

Wednesday, November 2, 2011

CERITA BASI #2 - Ragam Si Cikgu dan Anak Murid

Hye, tak de issue nak dikupas dengan lancar hari ni. So, boleh tak kita layan gambar BASI je.  Gambar ni semua compilation masa kami bertiga [ Saya; CR dan 2 anak murid saya ke  
International Environment & Science Project Olympiad 2011, Amsterdam Netherlands 

Baru sampai ni...first sight bumi Netherland

Harith and gigantic Ice-Cream

Apa pesen lah ko bergambar tu, Shaz...

Nice Fur Cap

Si Cikgu dengan cuaknya memegang kuda Si Polis

Boleh buat postcard gambar ni...Siapa yang capture? Credit to Shaz

Trademark di kota ni is bicycle...Kita posing sikit

SALE sangat lah tu....Apa yang she sell?

With a genius 13 yo Philipino girl. She'll go to University next year

Terduduk kepenatan baru sampai 1/4 height DOM TORRENT

With Miss Barbie Doll Mexico. Paling atas DOM TORRENT. Bangunan tertinggi di Utrecht. Naik tangga tau.

Trademark orang dapat pingat ye?

Alhamdulillah we won Silver

3 of us. Malaysia Deligation.

Tuesday, November 1, 2011

BELUM LAGI

Belum lagi, dikatanya belum lagi
Masih mahu menguji sabarku ug nipis ini

Belum lagi, masih dikatanya belum lagi
Hingga bila tidak ku ketahui
Mungkin masa yg takkan ku sangka

Masih lagi belum masanya
Belum lagi tikanya
Belum ditakdir kun fayakun dariNya
Published with Blogger-droid v1.7.4