Friday, July 4, 2014

Ramadhan Kareem are here...

Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan yang sentiasa dinantikan. Apa cerita Ramadhan anda semua? Pasti masing-masing sibuk mempertingkatkan amalan, In ShaaAllah.

Bagi CR Ramadhan kali ini merupakan pengalaman pertama berpuasa bersama Adam. Hero pertama CR. Sebelum ni kami memang tak pernah memaksa dia mengerjakan ibadah berpuasa. Hanya tidak makan untuk 5 ke 6 jam sahaja di sekolah tadikanya.

Namun, menginjak usianya 7 tahun, wajar rasanya memperkenalkan keindahan berpuasa kepada beliau. Natijahnya, Adam masih tidak faham akan nikmat dan hikmah berpuasa, namun bagi kami mengikuti rutin bersahur, berbuka dan bertarawikh (jika sekolah cuti) sudah cukup baik untuk Adam. Solat pun sebenarnya Adam x cukup lagi. 3 waktu selalunya. Namun nampak perubahan positive dari minggu ke minggu. Semoga Allah mempermudahkan usaha kami mendidik amanah yang diberikan ini. Ameen.

Bagi Amsyar pula, Ramadhan yang hampir seminggu ini menyaksikan keletahnya yang mencuit hati. Berbuka memang waktu yang ditunggu untuk buat sibuk heheeheh. Anak CR yang ini pun gemarkan suasana berbuka dan makan bersama-sama satu meja. Aktiviti ini jarang kami buat jika di luar Ramadhan. Amsyarlah pak sibuk bak kata Adam.

Setakat ini, main dish masih CR cuba memasak. Lauk berbuka dan sahur pun simple-simple belaka. Kuih muih memang kurang laku di rumah kecil kami. Bezanya kali ini, CR harus melayan order dari Hero Pertama  kami; Adam. Berbuka dan bersahur bukan lagi ikut selera kami heheeheh....pasti ada sahaja extra dish untuk Adam. In ShaaAllah akan cuba CR sediakan jika termampu. Tak susah pun yang Adam order kuey tiow goreng masa bersahur, nasi goreng daging, burger simple. Yang paling-paling pun Chicken Chop (berkejar ayah ke shopping mall nak mencarinya).

Selamat mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan kawan-kawan dan anak-anak (ex-student) CR semua. Semoga Ramadhan ini bukan setakat menjadi bulan di mana kita hanya menahan lapar dan dahaga. InShaaAllah.