Friday, June 6, 2014

Cuti Sekolah Saya Part 2

Salam,
Panas-panas ni tambahan pula aktiviti cuti sekolah asyik depan tv jer...so decided to have fun with kids dalam kolam...
Nak korek swimming pool cam orang belakang kat tanah tepi ni idak ler CR. Jadi online shopping jerlah kolam plastic yang agak besar. Selera besar pulak tu hihihi comes with electric pump, 2 water gun n 5 plastic balls. Beli dari Little Hijjaz Wardrobe, boleh cari di fb okeh.
Apa yang penting, masa terisi...anak2 seronok... duit air bulan ni confirm naik hahaahahah
Take care....

Posted via Blogaway

Cuti Sekolah Saya Part 1

Salam,

First semester break kali ni is shorter than it should be. Sad... and cuti kali ni kami anak beranak tak ke mana. Just habiskan masa di Melaka.

We start our school holiday dengan meraikan Adam habis exam. Ada jugak ye ibu yg nak meraikan anak habis exam... maklumlah first timer. Bukan sekejap tau exam. 2 weeks sebab campur dengan sekolah agama. What did we do?

We did a pre-camping in my porch...hahahaah korang ada? Nilah padah mak ayah x begitu adventurous. Tapi ada hati....heheeheh bak kata orang; introduction dulu. Started at 8.30 pm. (Khemah petang tu jugak dah naik...korang ada khemah?)

Kitaorang anak beranak yg jakun ni makan2 dulu. Makan snacks je malam ni coz dah ambil early dinner at 6.00 pm. Penangan ibu yg kelaparan menanda paper exam. Snacks ialah nuggets, drummets and homemade pizza (guna roti pita jer). Layan anak2 main dalam khemah, amek feel.

Then buat puzzle sikit (Eh My English!) Mini puzzle book yang adam beli kat sekolah RM1. Ok jugaklah to set extra challenge in memorizing english words. Coz the puzzle asked us to translate malay to english.

Lepas tu, kemuncaknya, layan movie 'frozen' sambil golek2 dalam khemah. Layaaan. Amsyar seronok sangat coz dapat berlari kluar masuk rumah. Berapa kali dia saie x surelah pulak....habis frozen, kemas2 mainan, zip khemah, bawaklah anak2 masuk rumah yang sekangkang kera jer dari khemah heeheheh...