Thursday, March 24, 2011

Saya perlu kerja keras!


Salam,

Result SPM dah selamat sampai ke tangan pemiliknya. Dan kami selaku guru-guru juga selamat menerima analisa subjek masing-masing.

First of all, ALHAMDULILLAH kerana result tahun ni melonjak dengan saujananya:) Bukan senang nak capai percentage A sebanyak 81% iaitu seramai 358 orang daripada 438 orang pelajar.
Seronok tengok slip masing-masing dengan huruf A+, A dan A-. So anak murid sekelian, subjek yang korang fobia tu harapnya tidak lagi menjadi subjek yang dibenci,ye!

Tujuan entry ini ditulis untuk mengingatkan CR tentang prestasi kelas CR. Daripada 73 orang pelajar, yang terbahagi kepada 3 kelas seramai 58 orang pelajar mencapai gred A, 12 orang mencapai gred B, 2 orang gred C dan seorang D.
Mmmm. Itulah CR kene kerja keras lagi ni how come pelajar yang datang dengan 8A membawa pulang C dan D dalam SPM.
Tapi students sekalian, CR tak pernah membezakan pelajar... semuanya diajar dengan adil selagi semua student mahu mengambil kesempatan. Usaha daripada sebelah pihak sahaja tidak akan bermakna.

Diharap students CR tahun ini lebih berusaha. CR juga akan terus berusaha membantu!

Tahniah kepada anak Homeroom Delima 1 yang diingati. Semoga akan teliti memilih course di peringkat yang lebih tinggi!

Monday, March 21, 2011

Serupa tapi Tak Sama

Salam,

Hye entry ni sebenarnya entry saja-saja...
Bukan tak ada kerja, tapi kerja yang tiba-tiba terlambak depan mata cause me to be like this...
Ampun dan maaf pada mama dan mak,ye...

Anak mu ini memang dah blurrr nak menyiapkan powerpoint presentation hehehhe lalu terciptalah ini....

CR selalu teringat Rubiah Suparman kalau Mama tengah marah. Tak tahulah kenapa, time Mama membebel tu memang nampak cam Rubiah Suparman, dengan matanya yang agak sepet... Adalah iras. Tapi Mama CR tak lah bermake-up sakan...
[Point to note: Rubiah Suparman; kalau umur cam CR agak-agak kenal kut, dia dulu pelakon drama tapi dah pencen buka restoran yang Erra Fazira wat majlis nikah tu - tak ingat lak namanya]
Kalau korang rasa tak same, tak pelah...sbb CR tetap rasa sama...ada masa-masa gitu

Lagi satu Mak pulak. My brother in law, selalu ejek Mak Fauziah Nawi Muar hehehhe sekali pandang ada jugak betul cakap si Sukri ni. Dengan badannya, iras mukanya... For sure lah, Fauziah Nawi lagi glamour, My Mother In Law simple je orang nye:) Acu tengok irasnye...
Sapa setuju tekan enter banyak kali hehehhehe

K lah...tak tau dah nak cakap apa...take care and Salam:)

Monday, March 14, 2011

crEEpy - Perlukan pandangan Anda

Salam and Hye...

Actually this entry is related to what happen to me month ago... This entry is actually a question or should I say "What should I do???"

Berjumpa makcik-makcik selepas keguguran,
soalan yang akan ditanya adalah "Kenapa hari tu?"
Dan jawapan yang keluar adalah "Gugur, Tak de rezeki lagi"
Lalu akan disambut "Cuba lagi lah ye..."
Dan jawapan nak menjaga hati " Tulah..." sambil menguntum senyum sumbing.

Ye CR keguguran... itu satu cerita. Tapi yang memusykilkan adalah bila ada yang mula berkata rumah kami sebenarnya "PANAS" atau lebih tepat lagi bukan kami bertiga je tinggal di rumah kami. Ada makhluk yang tidak kelihatan menumpang sekaki. Dan kemunginan ketidak-berhasilan kami menambah bilangan ahli keluarga adalah disebabkan itu.

Kenapa selepas terjadi benda macam ni baru nak kata "tulah, hari tu masa aku datang, aku dah perasan....tapi..."
Kenapa dah jadi benda macam ni baru nak cakap? Bukan tak jumpa sebelum tu. Kalau tak jumpa pun ingatkan kat phone tak boleh ke?
Kenapa belum jadi tak nak pulak ingatkan?
CR bukan nak cari pasal menyalahan orang, tapi sedih bila cerita macam ni timbul di sebalik kesedihan yang kami alami.

Yelah, CR bukan tak nak percaya. Memang ada makhluk Allah yang lain selain manusia. Tetapi kenapa selepas semua terjadi diungkit-ungkit cerita kematian Aiesya, keguguran CR, accident-accident Adam [memang Adam selalu jatuh. Tapi sebab anak lelaki kan lasak]. Entah lah. Nak menolak, makcik-makcik juga yang menyuarakan.

So, kalau korang jadi CR apa korang buat?

Orang Baru

Hye,

Salam Cuti Sekolah...sekarang ni semuanya dimulakan dengan salam...Alhamdulillah.
Orang Baru??? Haaa...bukan dalam keluarga kecil kami, tapi dalam keluarga besar kami:)
Permulaan cuti sekolah adalah sangat memenatkan...maklumlah CR kan menantu 'kesayangan' [label sendiri,ye...sorry lah biras ku...hehehhe] kiranya terasalah juga proses menambah ahli keluarga tu:)

Rombongan kami empat kereta je, maklumlah...pengantin lelaki dah tiba belah perempuan 2 hari awal,ye...Zaman moden ni, dah xde malu-malu kucing.... mana yang memudahkan je. Tak sabo beno pulak rasanya adik ipar aku ni hehehhe... Nak dapat isteri comel lah katakan:)

Oh ye, Adik ipar aku ni, aim dia xnak anak 'Pak Tam' macam anak-anak buah yang lain...[termasuklah Adam heroku seorang tu] Korang mesti dapat tangkap,kan? Tu yang dia cari isteri putih gebu cam Zizie Ezzete tu... Tapi tulah, kalau dah ada gene pigmen terlebih cam aku and Hubby Buchuk aku...haaa cam ner tuh?

Oh ya, Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kg Paroi, Seremban seawal jam 10.00 pagi. Alhamdulillah dengan empat kali percubaan... termeterailah ikatan janji... cheewah... Ayat bunga lah CR. Majlis bersandingnya pula 3 jam kemudian. Majlis di Senawang, Seremban ni mengambil warna hitam purple dan pink sebagai theme colour. Frankly speaking, I like the combination... menarik gitu...

oklah, xnak celoteh panjang... nak pergi kumpul idea membaja bunga dalam taman hati laksss...

Selamat Pengantin Baru kepada Suhaimi dan Zeity. Semoga kasih berbunga setiap masa:)
Haaa, Ziety selamat menjadi ahli keluarga Ahmad dan Alimah ye... Pakat-pakat ler merajinkan diri kat umah mak mertua [ucapan untuk diri sendiri juga hehehhe...Mak, menantu minta maaf,ye:)]

layan gambar lah:)


Wednesday, March 9, 2011

ZZ, aku dapat barang juga:)

Salam,

Merujuk pada entry ZZ - Permata Hati Mama CR sangat jeles kuangkuangkuang... sbb miss ZZ dapat barang free... Apa lagi, tanpa berlengah lagi, CR pun join lah OnlyBeauty di www.onlybeauty.com.my

haaa...di website ni, ada banyak juga info tentang penjagaan diri - kalau rajin nak cari ler hehehhe
yang saya nak ialah nak dapat free sample:) tapi bukan dapat je tau, kita buat lah review sikit lepas mencuba. Social responsibility juga tu:)

So, tgk lah kat bawah ni CR dapat barang apa...hehehehheeh...
Elseve Smooth-Intense Ultra-Riche Leave-In Mask
Lepas ni dah x frizz lah rambut CR hahahhahah


korang join ye:)

Tuesday, March 8, 2011

PANDUAN : Perlu ke toner?

haaa.. tak pernah wat tips kecantikan,kan?
so, apa salahnya...once in a while kita berkongsi=)

Actually, fungsi toner ni adalah untuk skin post-cleanse [after cleanse it with facial foam] dan untuk mengecilkan liang roma pada kulit muka. Ada banyak cara nak apply toner ni. Antaranya;
  1. lembabkan facial cotton dan apply lah ke muka
  2. spray je ke muka
  3. haa yang ni CR cari kat google ye - apply pada mask muka pastu letak mask tu on your face for several minutes
haaa...korang pakai jenama apa ye?as for me; I use NUTOX Skin Refining Astringent |PARABENS FREE|
[entry ni bukan nak promote tau, just nak share je.]
kenapa CR suka dengan product ni?

First
: sebab tak payah apply pada facial cotton. Just spray je ke muka, then tunggu dia kering. In a few minutes, CR dapat rasa fresh, tapi bukan sejuk tau.
Second : harga dia affordable. RM22-23 [tapi selalu beli time sale je RM18.00 to RM19.00]
Third : yang paling penting, product ni sesuai dengan skin type CR.

Ni sedikit infos tentang NUTOX Skin Refining Astringent |PARABENS FREE|
mengandungi BNest Collagen dan merupakan penyegar yang lembut untuk kulit. Ia membantu mengecilkan liang roma muka, revitalises sin tissues so that the skin will have fresh-looking skin. Best sekali, sesuai untuk semua jenis kulit:) Pakai di waktu pagi dan malam to fresh up your skin.

Jom kongsi skin toner korang pula:)

Monday, March 7, 2011

Theta - Anugerah dari Allah

Salam,

hari ni CR nak berkongsi satu info daripada radio. Maaf, CR tak pasti siapakah penyampainya. Tetapi motivator ni adalah motivator jemputan bulan ini di Radio IKIM - slot Motivasi pagi jam 7.30 am.

Apa yang menariknya adalah dikatakan bahawa pada setiap masa di dunia ini akan berlaku perubahan gelombang disebabkan aktiviti dan pergerakan bumi itu sendiri.

Dalam banyak-banyak gelombang ini, gelombang theta adalah anugerah Allah pada setiap yang berada di dunia. Pada ketika gelombang theta ini dipancarkan, akan berlaku perubahan hormon dalam tubuh manusia ke arah kebaikan.

Contohnya pengeluaran hormon endorphin iaitu hormon penenang dan menggembirakan. Haa..katanya, masa pancaran gelombang theta ni kita lebih tenang.



Contoh yang lain pula adalah pelepasan hormon serotonin yang fungsinya adalah brings good mood. Jadi kita dapat lebih fokus dalam setiap tindakan.

Haaa...cakap je pasal gelombang theta ni, how to make use of it???
Percaya tak bila CR katakan waktu di mana gelombang theta dipancarkan adalah
  1. Subuh
  2. Waktu Dhuha
  3. Waktu Asar
  4. Selepas Azan
Haaa.. nampak tak significant nya waktu-waktu ini dalam hidup kita. Sebenarnya, kalau diamati, waktu ini adalah waktu di mana afdhal kita untuk berdoa. So, berdoalah pada masa kita lebih fokus, pada masa kita lebih gembira dan tenang. InsyaAllah dengan izinNya doa kita Allah akan sambut.

Selamat berdoa kawan-kawan...Mari kita guna anugerah Allah itu seoptimum mungkin:)

p.s - picture adalah ihsan Google.TQ

Wednesday, March 2, 2011

Sel otak mula berhubung...

Salam,

Have several minutes to update bout my Boy; Adam...
We are having fun time together when doing the colouring activity today. During the task,

khusyuk tak dia colour

Situasi 1

Adam: Ibu, mata elephant ni satu je. Mana satu lagi?
Ibu: oh...kat belakang dia lah [i mean the other side of the head]
Adam: o ye ke? tak ada pun...
Ibu:....mmmm, masa orang lukis gambar ni, dia tak nampak mata satu lagi...tu dia tak lukis...

Situasi 2

In the middle of the activity.
Adam: Adam dah penat lah Ibu.
Ibu: haa..stop lah dulu. pergi tengok kartun... [Ibu lak ngajar tengok kartun ish, ish..]
Adam: Adam belom siap lagi lah. Kene colour giraffe dulu sampai siap.
Ibu:???? haa yelah....
Moral of the story:
Always ask a question to your child. Let them think and increase their ability to relate things...
Children gives a good critic, you can never deny them. So, we have to tell and show them the good habit:)

boleh tahan juga mamat ni colour...banding dengan masa mula-mula pegang pencil...
cara pegang pencil, kureng cam Ibu juga...

Video Lagi:)

Salam,

Kebelakangan ni Asik-asik Video je yang CR share... hehehhe...
Masa terlalu cemburu nak mengadu or berkongsi yang lebih ilmiah...
Tapi rasanya, kecomellan Heliza ni boleh juga dikongsi, tambah pula dengan kecomellan lagu ni hehehhe

layan ye korang:)


Tuesday, March 1, 2011

Ada apa dengan Awan Nano?

Korang semua mesti pernah dengar lagu Hafiz; Awan Nano,kan? Apalah agaknya awan nano tu?
CR pun tertanya-tanya, maklumlah bila tengok video klip lagu ni, cam sedih-sedih lah kan...

From the lyric, CR rasa Awan Nano yang dimaksudkan pelindung. Dalam aspek cintan cintun tu kiranya your love one lah... Dalam konteks kekeluargaan... I like to give the credit to the parents... Most of parents would give anything for theit child? Agree with me?

Begitulah awan nano, setia melindungi diri tika panas mencuba mengguris pipi dan bibirmu

Tapi, disebabkan skema nye CR ni [hehehe] CR google lah...mana ada maksud tertentu! Try nano cloud lak hehehheh [yelah, manalah tahu kut-kut dia amek dari english terms ke,kan?]

What I get is...

Nano Cloud Computing through Hybridized..... Apa lah pulak tu? Ada kaitan dengan Nano Tech in Computing. Hah! Tak sesuai

So, ada sesapa yang tahu apa maksud awan nano?

last but not least, layan lah video ni...