Saturday, January 30, 2010

Spring Cleaning or Hot Cleaning :P

Salam Joy....

Here is the definition of spring cleaning I found it in wikipedia.

"SPRING CLEANING is the period in spring time set aside for cleaning a house, normally applied in climates with a cold winter.

The most common usage of spring cleaning refers to the yearly act of cleaning a house from top to bottom which would take place in the first warm days of the year typically in spring, hence the name. However it has also come to be synonymous with any kind of heavy duty cleaning or organizing enterprise. A person who gets their affairs in order before an audit or inspection could be said to be doing some spring cleaning."

Why do we do our said to be spring cleaning in this very hot period??? heheheh Simple answer, because here in Malaysia there is no spring time...hehehe As I mentioned in this entry we are waiting for new member of the house. But the member isn't human ya. So, bermulalah sesi mengemas rumah, actually can't say it as cleaning. Should refer it as arranging, plus cleaning. Adoi....penatnya Ibu. Yang paling penat, Adam kut. Apa yang ayah and Ibu buat semua budak kecik ni nak tiru. When Ibu using the duster, he also want to use it. Bila ayah panjat tangga, dia pun nak panjat tangga. End up, kami penat melayan si kecik ni jer...

Adam, jangan time kecik jer buat-buat rajin sudah....but doing the activity together is really satisfying....

daa..take care

Friday, January 29, 2010

Asam Pedas Mak Mertua

Salam Joy,

Asam pedas is my Hubby Buchuk favourite....tapi bukan sebarangan asam pedas tau. Asam pedas mak dialah yang dia nak, sebijik cam rasa mak dia masak. Malang bagi Hubby Buchuk ku, isteri dia tak reti masak sebiji rasa cam mak masak. Lalu selalulah aku diperli. Tapi logiklah, aku bukan orang Muar, nak reti masak Asam Pedas Muar tu...tul tak??
Asam pedas mama aku retilah.

Selepas berkali-kali mencuba, malam ni lah rasa asam pedas ku seakan-akan
asam pedas mak mertua, tapi lebih masam...hehehehh

Terlebih letak asam jawa ADABI pulak. Sorrylah, tak sempat nak snap pic. Khusyuk sangat memasak tadi, :P

Happy weekend kawan-kawan....

Wednesday, January 27, 2010

Rindu...

Salam Joy,

Aku tak tau macam mana nak mulakan entry ni. Lalu, this entry is posponed for about 3 days. Memang 3-4 hari ni, rasa rindu pada Aiesya sangat-sangat dirasakan. Lagi-lagi masa nak tidur. May be sebab I'm sleeping alone. Maklumlah, 2-3 minggu nih kami bergilir-gilir kene sakit mata, terpaksalah mengasingkan tempat tidur.

Balik pada tajuk, rasa macam Aiesya panggil aku jer. Memang setiap kali teringat aku akan cuba sedekahkan Al-Fatihah. Adakah sebab aku tak tunaikan janji pada Aiesya lagi?

Memang aku berjanji nak Aqiqahkan Aiesya walaupun umurnya tak panjang. Tapi, aku bercadang untuk jalankan aqiqah melalui TM, sebab ibadah aqiqah tu akan dijalankan di kawasan orang yang memerlukan such as Kemboja, Bangladesh dan negara islam yang miskin. "Aiesya, Ibu tak pernah lupa janji ibu. Sabar ye, sayang."

mmm...sampai hari ni aku masih mengepam susu untuk Adam. Sebenarnya aku memang nak susu ni sentiasa ada walaupun dah berkurangan. With this activity, I feel so close to Aiesya. Aku terlalu ikutkan perasaan ke?

Blurrrr....can't write anymore...daaa take care.


Tuesday, January 26, 2010

Aku, Kain Batik dan Rumahku

Salam Joy,

mmmm...actually tak tau nak tulis apa to update the blog. Blur sikit. Tapi tajuk kali nih cam ok jer, belasah jerlah...

If orang dah lama kenal Ila, sure rasa cam pelik jer nak mengaitkan aku dengan kain batik. Cam tak sinonim je. Kalau tak kerana berpantang, takkan ku pakai kain batik punya. Tapi semenjak habis berpantang kali kedua nih, cam selalu pulak kain batik tersidai kat belakang rumah. Tandanya selalu dipakailah tuh, sebab tu selalu berbasuh....heheheh. Ibu dah jadi Ibu ayu ker??? mmm...kena fikir banyak kali tu...:P

Gambar pinjam Cik Google


Apa kaitan dengan rumah pulak??? Just nak update, Sabtu lepas Mr and Mrs Ong dah datang ke rumah. Mengukur apa yang patut. Based on quotation yang diberikan, Insyaallah by next month dapatlah merasa TV cabinet baru. hehehe.... Beside that, kitaorang cadang nak tambah wardrobe kat bilik plus divider kat 2 bahagian rumah. Camner lah rupa bila dah siap nanti, sebab they just give us some rough draf.

Nanti dah siap lehlah aku update yer. Daa...Take care

Monday, January 18, 2010

Nafsu!!!

Salam Joy,

I just don't know...that's all I would like to say about my recent activity....menghabiskan duit. Sangat-sangat membazir. I feel very satisfying went I'm able to shop and now banyak sangat benda yang sangat-sangat ingin dibeli. Get it? ingin dibeli, tapi rasanyer tak terbeli,kut...

Yang dah beli

pair of Scholl sandal [keperluan]






2 pairs of Baju Kurung Pahang [keperluan, dah lama tak beli baju kerje baru...my students are bored with me agaknya]
Watch [keperluan yang rasanya boleh ditangguhkan, coz I still have the old one. Actually, jam murah jer...i'm not brand concious type...lagipun ganas sangat...kalau beli mahal2, alih2 jadi imaginary bajak Adam jer :P]















Yang ingin dibeli
Samsung Corby Handphone

















[nampak iklannya masa Hubby beli handphone, terminat laks. coz the colours make me happy, have very attractive colours. Actually, it is design for teenagers...but me...hahahha remaja emas lah kiranya...]

Habib Jewel's bangle / wrist chain

[nak tukar bangle Habib yang lama tu, dah patah...ganas sangat tukang pakai nyer.]
Beside these, I'm alsi in process to add some build in cabinet/wardrobe to my tiny heaven.....nnt update yeah...
daa...take care

Sunday, January 17, 2010

Birthday Hubby Buchuk

Salam Joy,

Just to update one of the most important date in my life. Today is Mr Hubby's Birthday. Yang ke berapa? heheheh biarlah kami sahaja yang tau...

This year, no suprise for my lovely Hubby. Just ordinary routine. Smalam beli Tiramisu Cake and share it with in laws and nephews at Muar... and today, kitaorang makan-makan jelah... This year, we decide to spent more quality time together for our special date....yerlah kami sama-sama kena menyokong antara satu sama lain, right?

mmmm...pagi tadi alhamdulillah kami selamat dilapangkan masa untuk menziarahi kubur Aiesya. Dah 10 hari Aiesya pergi. Parut sedih masih terasa. Hubby nampaknya telah redha dengan ikhlas hati. But me, I think I'm not 100% ikhlas merelakan pemergian Aiesya. Aku masih bersedih. Ya Allah, berilah kekuatan supaya aku ikhlas dengan sepenuh hati. Aku ingin pasrah dengan sepenuh hati......

Thursday, January 14, 2010

Genap Seminggu

Salam Joy,

Hari ni hari Khamis. Genaplah seminggu pemergian Aiesya.

Alhamdulillah, telah 2 hari aku mula bekerja kembali. Jadi most of my time adalah di sekolah. Kawan-kawan dan kakak-kakak banyak membuatkan aku lupa tentang ujian yang kami lalui....aku mula belajar akan kehilangan ini dan try to think at the bright side. Aku mengaku 70% aku berjaya. Namun, bila pulang ke rumah, sunyinya sangat-sangat terasa. Aku masih tidur bersama kain batik yang digunakan untuk membalut Aiesya. Maafkan aku, aku masih merindui anak aku. Hanya kain batik ini sahaja yang aku ada. InsyaAllah, as time goes by, aku akan cuba membuang tabiat ini.

Alhamdulillah juga, Shah telah berjumpa dengan bilal Masjid Kg Tun Razak berhampiran rumah kami dan beliau sudi membantu mengadakan tahlil untuk arwah Aiesya. Lagipun, hari ini malam Jumaat. Kami tidak mampu untuk mengadakannya di rumah. Bukan sebab kewangan, tapi urusannya.

Setelah 7 hari, Adam semakin kurang bertanya tentang adiknya. Budak-budak, ingatannya lebih kepada apa yang selalu berlaku. Namun, bila melihat baby [jika kami keluar] pasti Adam akan tunjuk dan menyebut adik Aiesyanya. Sedangkan Adam yang hanya sekali melihat Aiesya pun masih teringatkannya, apatah lagi aku yang mengandungkan dan berkongsi segalanya dengan Aiesya.....tapi, hidup perlu diteruskan. Aku mesti kuat, I don't want this situation to affect Adam. He deserves full attention.

"Anak Ibu, semoga Aiesya aman di sana. Ibu doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Aiesya. Ibu doakan kita sekeluarga akan dikumpulkan di hari akhirat kelak. Ibu doakan Aiesya akan mengenali Ibu nanti, InsyaAllah.....Amanlah di sana"


video

Monday, January 11, 2010

Menguruskan Jenazah Anak Kecil

Salam Joy,

Berdasarkan entry ini , aku telah berjanji akan menulis how was the flow during pengurusan Jenazah Aiesya.

Selepas Aiesya disahkan meninggal dunia, kami diberi masa bersama jasad Aiesya sementara nurse datang untuk membersihkan jasad bayiku dari segala macam wires and tubes. [Untuk pengetahuan, Aiesya merupakan bayi pramatang kami yang dilahirkan selepas berada hanya 31 minggu dalam rahim Ibu. Jadi Aiesya needs breathing support, medicine and so on from the Dr. Aiesya juga meninggal dunia akibat chronic respiratory distress syndrome - kegagalan peparu untuk menyerap oksigen].

Ibu usap ubun-ubun Aiesya yang sudah tidak bernyawa sambil berusaha sedaya upaya untuk bersabar. Ye, Ibu mengaku Ibu menangis....Ibu tidak sekuat mana, namun Ibu cuba untuk mengawal tangisan dan perasaan Ibu supaya Aiesya yang telah pergi takkan ralat melihat keadaan Ibu. Berkali-kali Ibu ucapkan "Allahu Akhbar" supaya Ibu lebih kuat menghadapi jasad bayi Ibu yang pernah berkongsi segalanya dalam rahim Ibu.

Selepas jasad Aiesya siap dibersihkan, Aiesya dibaluti dengan kain hospital dan kain batik yang Ibu bawa. Ibu mohon untuk memangku jasad Aiesya buat kali pertama dan terakhir. Badan Aiesya yang lembut Ibu pegang berhati-hati kerana bimbang Aiesya merasa sakit...kerana apa yang ibu tahu bila jasad bercerai dengan nyawa sakitnya bagai ditusuk 1000 bilah pedang. Ibu berdoa, agar insan sekecil dan sesuci Aiesya tidak melalui sakaratul maut yang menyakitkan. Untuk pengetahuan, mata Aiesya tidak tertutup rapat, jadi Ibu urut dan usap perlahan-lahan.

Sementara pihak NICU menyediakan surat-surat berkaitan, Ibu dan ayah diberi masa bersendirian di dalam bilik Aiesya. Kami memaklumkan kepada Iza [insan juga nurse yang menganggap kami saudara walaupun hanya mengenali Ibu semasa Ibu melahirkan Aiesya di Hospital Bt Pahat] dan beliau bergegas datang ke NICU. Apabila Iza peluk Ibu, air mata Ibu mengalir laju sambil tangan Ibu masih mengusap wajah Aiesya.

Alhamdulillah....hampir kesemua urusan kami dipermudahkan. Kami dihubungkan ke bilik mayat untuk urusan pengkafanan Aiesya. Ayah takut Ibu tak mampu menghadapi situasi ini, namun Ibu bertekad dan berdoa supaya Allah memberi Ibu kekuatan kerana Ibu ingin menghabiskan sisa masa yang tinggal bersama Aiesya. Lalu jasad Aiesya Ibu kendong ke bilik mayat. Semasa memandikan Ibu juga berada di sisi Aiesya ditemani Iza dan suaminya. Ayah terpaksa menguruskan beberapa perkara lain. Alhamdulillah sekali lagi Allah pinjamkan Iza untuk menemani Ibu...

Selesai mengkafankan Aiesya, Ustazah memberi kami masa untuk mengucup Aiesya. Cantik dan tenang sekali wajah anak Ibu. Ibu tahu Aiesya telah mendapat tempat yang baik dan inilah yang terbaik yang Allah janjikan untuknya. Alhamdulillah Ibu sempat membacakan Yaasin sambil memangku jenazah Aiesya yang siap berkafan di dalam kereta sementara menunggu Ayah, Ayah Mad dan Cha'an solat Maghrib. Jenazah Aieysa disembahyangkan di Masjid Daerah Bt Pahat yang terletak berhampiran dengan hospital. Jam 800 pm kami bergegas pulang ke Muar. Sekali lagi Allah memudahkan urusan kami di mana Cha'an dan Ayah Mad sempat datang ke Bt Pahat kerana risau kami tidak mampu menghadapi saat ini.

Sampai di Muar hampir pukul 900 pm. Ibu lihat ramai yang hadir. Terima kasih semua...\
Turun dari kereta sambil mengendong Aiesya, Mak segera menyambut Aiesya dan dibawa ke dalam rumah. Ibu lihat Adam bergegas berlari ke arah Ibu. Ibu ajak Adam berjumpa Adik Aiesyanya sambil menahan sebak. Semasa Adam melihat Ibu mengalirkan air mata, dia turut menangis. Hibanya hati Ibu.

Ibu pangku Adam menghadap Jenazah Aiesya. Adam berkata, "bu, Adik Aiesya tido, eh?" Ibu anggukkan sahaja...namun tatkala Mak hendak menutup semula wajah Aiesya dan membalutnya semula dengan kain batik, Adam bertanya lagi, "bu, Adik Aiesya nak pegi mana? Nape selimut Adik Aiesya" Ibu tak mampu hendak menjawab pertanyaan anak kecil ini.....Ya Allah, berilah aku kekuatan....

Jenazah selamat disemadikan tepat jam 945 pm di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Batu 6, Bakri...kira-kira 500m dari MRSM Muar. Alhamdulillah, hasrat kami untuk segera menyempurnakan Jenazah Aiesya telah dipermudahkan Allah. Alhamdulillah juga Ibu mampu memangku dan mengendong Aiesya sehingga ke kawasan perkuburan sebelum disambut oleh Ayah. Ibu puas hati kerana inilah yang terbaik yang Ibu mampu lakukan. Ibu tinggalkan Aiesya di tempat yang terbaik untuk mu, nak....Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anakku Aiesya Zaffan bt Shah Rizal.....

Aku ingin berkongsi hari-hari yang aku lalui dalam entry akan datang....what is the most hardest things is when I have to answer all type of questions from Adam....Insyaallah dalam entry akan datang.

Sunday, January 10, 2010

Ingatan saat akhir Aiesya Zaffan bt Shah Rizal

Salam Joy,

Today is 10th of January. Telah 4 hari puteri ku meninggalkan kami. Entry ini hanyalah imbasan saat-saat akhir aku bersama Aiesya. Semoga kenangan ini terpahat kukuh dalam ingatan aku.

Selasa 050110
Rupanya hari ni merupakan kali terakhir Aiesya membuka mata sewaktu Ibu datang. Pandangan matanya sangat tenang dan memandang Ibu dengan sayu [seperti dalam entry ini] Padanlah hati Ibu sangat berat hendak melangkah pulang. Malah Ibu berpatah balik selepas melangkah pergi.

Rabu 060110
Jam 1130 am Ibu menerima panggilan dari hospital meminta Ibu datang kerana Aiesya lemah, Dr inginkan sampel darah Ibu supaya blood transfusion dapat dilakukan. Ayah juga membatalkan meeting, lalu kami bergegas ke Batu Pahat selepas meninggalkan Adam di Muar [rumah MIL]

Ye, mmg Aiesya sangat lemah, tidak seperti semalam. Malah matanya tertutup rapat, tangan Ibu pun tak mampu digenggam lagi. Kami pulang ke Muar selepas blood transfusion dijalankan kira-kira pukul 9 malam. Jam 1130 pm Ibu menghubungi hospital dan telah dimaklumkan bahawa keadaan Aiesya telah kembali stabil.

Sementara itu, di Muar [diceritakan oleh Mak] semasa sedang bermain, Adam tiba-tiba menunjuk ke arah kereta Atuk Mad dan berkata "Atuk, adik Aiesya!" bila Mak bertanya di mana, Adam berkata "kat Kereta Atuk". Kami terfikir Adam memang tidak pernah berjumpa Aiesya, malah kami memamg tidak pernah mengambil gambar Aiesya. Setelah Aiesya pergi, kami terfikir mungkin kah Aiesya datang berjumpa abangnya sebelum dia pergi jauh........Allah sahaja yang tahu.

Khamis 070110
Jam 9 pagi, Shah call hospital untuk bertanyakan keadaan puteri kami. Beritanya adalah positif. Aiesya kelihatan baik. Lalu kami bercadang untuk pulang ke Melaka. Dalam perjalanan pulang, lebih kurang jam 1130 am, Ibu menerima panggilan dari hospital mengatakan Aiesya amat kritikal dan Dr ingin berjumpa. Shah buntu, kerana makluman ini bercanggah dengan makluman yang kami terima pagi tadi. Malah kereta kami hampir terlanggar sebuah Mercedes kerana Shah tak perasan. Kami berpatah semula dan meninggalkan Adam di rumah MIL.

Sampai di hospital, keadaan Aiesya memang menyayat hati. Matanya terbuka separuh dan tiada lagi daya untuk bergerak. Hati Ibu memang telah pasrah kerana hujung kaki Aiesya telah mula sejuk. "Ya Allah, puteri ku dalam sakaratul maut." detik hati Ibu.

Dr memaklumkan beliau tidak pasti Aiesya mampu bertahan atau tidak kerana sebelum kami sampai, jantungnya telah terhenti namun kembali berdegup selepas diberi bantuan. Detik hati Ibu makin kuat....selepas kami membacakan Aiesya Yaasin, zikir dan kalimah syahadah....keadaan Aiesya makin lemah sehingga sensor sudah tidak mampu mengesan SpO2 [level of oxygen] dalam badannya.

Ibu bergegas ke bilik solat untuk menunaikan tanggungjawab solat Zuhur dan Asar [Jamak Takdim]selepas Ayah selesai menunaikan tanggungjawabnya. Ibu bisikkan ke telinga Aiesya supaya menunggu Ibu. Ibu ingin berada di sisi Aiesya di saat akhirnya. Alhamdulillah Ibu sempat mengerjakan Solat Hajat dengan doa supaya Allah memudahkan Aiesya dan supaya Malaikat Maut menjemput Aiesya dengan cara yang paling lembut.....Apalah lagi yang mampu Ibu lakukan....

Dan Alhamdulillah...Allah memberi Ibu peluang berada di sisi puteri Ibu di hujung usianya. Ibu bersyukur kerana Ibu dan Ayah sama-sama membacakan Yaasin sekali lagi dan mengucapkan kalimah syahadah berkali-kali kerana ECG telah menunjukkan degupan jantung Aiesya sangat-sangat lemah.....Ibu tak dapat kongsikan bagaimana rasanya seorang Ibu menghadapi saat-saat akhir bayinya di sini...there's no words to describe it....

Akhirnya, jam 430 pm Dr Ahmed [Specialist] telah mengesahkan Aiesya telah kembali ke rahmatullah secara rasmi. Namun, Ibu dan Ayah yakin sebenarnya Aiesya telah pergi lebih awal daripada itu, around 400 to 415 pm.....Pergilah bidadari Ibu....Ibu redha walaupun rasanya bagai separuh nyawa Ibu hilang sekelip mata.

Maaf....Aku tak mampu meneruskan entry ini. Ianya sangat menyakitkan dada....
Next entry Ibu akan kongsikan saat-saat kami menguruskan Jenazah Aiesya selepas Bidadari ku disahkan meninggal dunia.

Friday, January 8, 2010

Aiesya telah pergi.

Salam Joy,

hanya untuk makluman roza and kak anne,
saya hanya sempat memberitahu di sini kerana menghadapi simcard failure.

Puteri saya, Aiesya Zaffan telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 070110 at 4.30 pm.
Semoga roh puteri saya dicucuri rahmat. InnalillahiwaInna ilaihirajiun...

take care.

Wednesday, January 6, 2010

Hari yang penat...

Salam Joy,

Smalam 050110...sangat penat, dah lama tak driving jejauh...I think since kawen, long distance driving semuanya Mr Hubby yang buat...heheheh....I really not so independant...

Tapi anak punya pasal, Ibu gagahkan juga...and alhamdulillah...the journey was fun...
1- since I don't get sleepy
2- leh press minyak kuat2...tak laju mana pun stakat max 120kM/hour jer...[tapi kalau dapat saman nnt padanlah muka aku]
3- rasa cam more confident...maklumlah tak payah depend on somebody else...

and yang paling fun skali ialah dapat tgk muka Aiesya. Aiesya nampak berisi sikit, kulit pun become fairer. Alhamdulillah...tapi yang sedihnya Oxygen level drop semula to 70-81% only. tak macam last weekend, the Oxygen level could reach 97%. May be because the Dr have reduce the ventilator setting to 80 compared to before this, 90.

And aku berdoa Aiesya akan dapat bertahan, coz next week aku dah start keje. Akan cuba sedaya upaya to visit her once per weekdays and once masa weekend. So, have to get Mrs Principle's approval first...Bukan tak mahu tgk anak sendiri, tapi Melaka ke Batu Pahat agak jauh and need at least 2 hours to arrive.

So, Aiesya....I'll try my best and I hope you will try harder,dear...

Take care...daa...

Tuesday, January 5, 2010

Fully Breast Pumping

Hello Joy,


Pic from Google
I'm blogging while breastpumping....I've been breastpumping since the 2nd day after giving birth to Aiesya. Alhamdulillah, there are still breast milk (BM) in every pumping session, not much but enough for Aiesya consumption [3-5 Oz per pumping session-4-5 session per day]. And this fact, deny all the rumours that if we didn't direct feed, we will not able to breastfeed our child exclusively.... I'm hoping that I'm able to produce BM for a longer period, as Aiesya is still in the NICU at Hospital Batu Pahat. Amin...

Urm...for your information Joy, eventhough I've failed to breastfeed Adam until 6 months [manage to feed him until 5 months only but not exclusively] this time I'm able to give Adam my BM...funny coz he is 2+ years now....why??? Aiesya can't consume much BM at the time being, so why wasting......am I right???

So, till then....I'm driving to batu pahat today, after 3 months on leave....dah lama tak drive...

can't wait to see my Aiesya....

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru 2010

Salam Joy...

Selamat datang tahun 2010....
Semoga tahun baru yang menjelang ini membawa seribu rahmat dan rezeki bagi semua....
As for me, I'm hoping this year will bring us prosperity...and my baby Aiesya will recover from her illness...
InsyaAllah...

New Year, hope that I'll be a better person....Amin...

Daaa...Take care